Apakah itu Spread Forex?

Dalam pasaran forex, spread forex merupakan salah satu faktor yang akan memberikan kesan kepada keuntungan anda dalam dagangan forex. Anda boleh mengambil kesempatan ke atas spread forex untuk menjana keuntungan, terutama sekali jika anda merupakan seorang scalper

Dalam setiap mata wang forex, akan terdapat dua harga iaitu pembelian sebagai bid dan ask untuk harga pembelian.

Contoh bid dan ask:

Mata WangBid Ask
EUR/USD1.225491.21559

Harga spread selalunya akan di bayar oleh pedagang itu sendiri, bergantung kepada harga yang di tawarkan. Pedagang baru harus tahu bahawa semakin luas jurang atau gap antara harga bid dan ask, semakin tinggilah jumlah yang harus di bayar apa bila posisi dagangan telah di tutup.

Jika anda masih tidak faham, mari lihat contoh mudah ini:

Daniel merupakan seorang pemilik kedai runcit yang menjual makanan. Untuk mendapatkan keuntungan hasil jualan runcit, Daniel akan memborong barang dengan harga yang murah dari kilang. Kemudian akan menjual dengan harga yang lebih tinggi kepada pelanggan yang membeli dari kedainya. 

Broker menjana keuntungan melalui perbezaan spread. Ini merupakan salah satu cara untuk pedagang membayar servis kepada broker untuk memastikan aktiviti dagangan anda berjalan dengan lancar.

Sebagai pedagang, anda ingin mencari broker yang menawarkan spread yang rendah, untuk anda mendapat keuntungan dengan maksimum.

Apakah Jenis Spread Yang Terdapat Dalam Forex?

Fixed Spread (Spread Tetap)

Jenis spread ini ialah nilai jurang spread atau gap telah di tetapkan oleh pihak broker tanpa ada perubahan.

Kelebihan Spread Tetap

Tidak Di Ganggu: Walau pun berlaku berita ekonomi dunia dan politik antara bangsa  yang memberi kesan kepada pasaran kewangan, namun apa bila melabur forex menggunakan fixed spread, anda terselamat dari pada terjadinya perbezaan spread yang besar dan tidak di sangka.  

Lebih Sesuai Untuk Strategi Dagangan Singkat: Adakah anda seorang scalper, yang mencari keuntungan dalam dagangan yang singkat? Fixed spread adalah sesuai untuk anda. Ini kerana anda boleh menjangka perbezaan spread dengan mudah dan pantas.

Anda boleh menjangkakan paras harga yang tepat untuk anda meletakkan posisi limit atau stop, termasuklah paras take profit dan stop loss. 

Caj Tidak Disembunyi: Satu kelebihan berdagang dengan fixed spread adalah anda tidak perlu risau dengan caj yang tersembunyi kerana anda telah mengetahui berapa jumlah yang harus di bayar. Spread yang tetap membantu anda mengira keuntungan dan kerugian.

Sesuai Untuk Pedagang Pemula: Jika anda baru mula berdagang dan berjinak-jinak dalam forex dengan menggunakan modal sendiri, fixed spread lebih sesuai. Ini di sebabkan anda tidak perlu memikirkan tentang risiko volatiliti pasaran yang laju sehingga membuatkan spread semakin membesar. Anda hanya perlu fokus untuk memperbaiki cara analisis dagangan anda.

Mengelakkan Kerugian Dari Volatiliti: Anda boleh menjana keuntungan dengan strategi berdagang ketika data ekonomi di keluarkan oleh kerana volatiliti yang pantas. Namun anda juga boleh terdedah kepada kerugian oleh kerana spread mengembang. Pedagang fixed spread tidak perlu risau oleh kerana spread yang mengembang dan mengelakkan terkena stop loss.

Kekurangan Spread Tetap

Slippage: Ia merupakan mimpi ngeri buat semua pedagang. Slippage merupakan suatu kejadian di mana broker tidak mampu mengekalkan posisi kemasukan harga yang di ingini, lalu posisi dagangan tidak seperti yang di harapkan oleh pedagang dengan harga yang berbeza dari yang asal. Biasanya perkara ini akan terjadi semasa volatiliti pasaran yang tinggi.

Pengguna fixed spread boleh terdedah dengan slippage namun pengguna floating spread akan lebih berisiko.

Nilai Deposit Lebih Tinggi: Sesetengah broker akan mengenakan minimum caj nilai deposit yang lebih tinggi dari floating spread seperti deposit minima sekurang-kurangnya $100. 

Floating Spread (Spread Terapung)

Ia bermaksud perbezaan nilai spread akan sentiasa berubah. Perbezaan nilai spread bukanlah benda baru di dalam pasaran kewangan, kerana inilah cara bagaimana broker serta institusi kewangan seperti bank mendapat keuntungan.

Kelebihan:

Ada Masanya Spread Lebih Rendah: Spread yang tetap tidak semestinya lebih rendah dari spread yang berubah-ubah. Jika pasaran kewangan di dalam situasi yang tenang, spread biasanya akan menjadi lebih rendah. Ini kerana salah satu faktor mengapa spread menjadi tinggi adalah di sebabkan situasi kelam kabut di pasaran kewangan.

Sebagai contoh, fixed spread akan menetapkan EUR/USD pada 3.0, namun ada masanya floating spread boleh mendapat spread serendah 1.0.

Tidak Mengganggu Strategi Dagangan Jangka Panjang:  Jika anda berdagang menggunakan strategi swing atau position, floating variable tidak akan menjadi masalah, malahan mungkin mampu memberikan kelebihan buat anda. 

Menggurangkan Risiko ‘Requote’: Requote terjadi apa bila broker tidak mampu memasuki posisi harga yang anda inginkan.  Ini biasanya akan terjadi kepada pedagang yang menggunakan akaun fixed variable. Namun bagi pengguna akaun floating spread, ini akan jarang berlaku. 

Kekurangan

Spread Boleh Mengembang Semasa Volatiliti Tinggi: Apa bila terjadi volatiliti tinggi, terutamanya ketika data ekonomi di keluarkan,

Masih Boleh Terdedah Dengan Slippage: Kedua-dua akaun dagangan fixed spread dan floating spread masih boleh terdedah dengan slippage. Sebagai pedagang, anda harus mencari broker yang boleh memberikan anda kepuasan pengalaman dagangan yang baik.

Anda Membayar Spread: Sebagai pedagang, anda harus ambil maklum bahawa setiap perbezaan spread akan di bayar oleh anda sendiri. Walau bagaimanapun, ini merupakan perkara yang biasa kerana anda membayar servis yang di tawarkan oleh broker anda kerana berdagang menggunakan platform mereka.

Fixed Spread vs Variable Spread: Mana Lebih Baik

Sudah menjadi suatu kebiasaan buat pedagang untuk mencari jenis akaun spread yang bersesuaian dengan cara serta strategi dagangan masing-masing. Namun, mana satu yang lebih baik?

Lihat carta di bawah untuk melihat mana satu yang lebih baik:

Jenis SpreadFixed SpreadVariable/Floating Spread
Jumlah Spread KekalYaBerubah-ubah
Spread RendahMedium, namun tidak semestinya lebih rendah dari floating spread. Bergantung kepada keadaan pasaran, biasanya lebih rendah pada keadaan yang biasa dan tenang. Boleh menjadi menaik jika volatiliti tinggi.
Risiko RequoteTinggiRendah
Slippage Besar kemungkinan terdedahBoleh terdedah
Kos TransaksiKos yang tetap.Rendah, tetapi ia tidak tetap dan boleh berubah.
Jenis DaganganScalper dan IntradayIntraday, Swing dan Position Trader.
Jenis PedagangSesuai untuk pedagang baru kerana berisiko rendah.Sesuai untuk semua pedagang.

Bagaimana Mengira Spread?

Untuk mengira spread dalam forex, anda perlu mencari perbezaan antara harga beli dan jual dalam pip. Anda melakukan ini dengan menolak harga bida daripada harga permintaan. Sebagai contoh, jika anda berdagang EUR/USD pada 1.2254/1.252, spread dikira sebagai 1.2254 – 1.2252, iaitu 0.0002 (2 pip).

Mata WangBid Ask
EUR/USD1.22541.2252

Spread: 1.2254 – 1.2252 = 2 pip

Spread boleh sama ada lebar (tinggi) atau ketat (rendah) – lebih banyak pip diperoleh daripada pengiraan di atas, lebih luas spread. Pedagang selalunya menggemari spread yang lebih rendah, kerana ini bermakna dagangan lebih menguntungkan. Jika pasaran sangat tidak menentu, dan tidak terlalu cair, spread berkemungkinan besar akan menjadi luas, begitu juga sebaliknya.

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan