Pelaburan emas adalah salah satu jalan untuk melindungi nilai terhadap inflasi dan juga alatan yang baik untuk kepelbagaian portfolio, namun terdapat pelbagai cara untuk pelaburan emas yang lain, yang mana satu yang terbaik? Panduan ini akan membantu anda memulakan pelaburan dalam pasaran emas. Kami akan meneroka semua cara bagaimana anda boleh melabur emas dan membincangkan kebaikan serta kelemahan supaya anda dalat belajar lebib lanjut bagaimana untuk melabur didalam emas.
Apa Itu Pelaburan Emas
Secara tradisional, pelaburan emas dibuat dengan membeli emas fizikal seperti syiling, bar,artifak atau barang kemas, bagaimananpun kini terdapat pelbagai jenis pelaburan emas termasuk ETF emas, kontrak hadapan emas, saham emas dan lain-lain.
Jadi kenapa anda perlu melabur dalam emas? Kami akan meneroka kelebihan dan kekurangan bentuk jenis pelaburan ini.
Kelebihan Pelaburan Emas
- Kecairan Tinggi :Emas boleh ditukarkan kepada matawang secara mudah dimana sahaja dalam dunia ini. Selain tunai, emas juga sangat cair.
- Kepelbagaian Portfolio : Emas boleh digunakan untuk mempelbagaikan portfolio anda, ia cenderung untuk melantun naik apabila aset lain (seperti saham dan hartanah) mengalami kejatuhan nilai.
- Melindungi Terhadap Inflasi : Dalam sejarah, emas adalah paling terbaik sebagai lindung nilai semasa inflasi.Semasa deflasi pula, kuasa membeli emas melonjak.
- Memelihara Nilai : Simpanan nilai emas lebih stabil walaupun meningkat seiring masa.
- Fungsi Lindung Nilai : Sebagai aset simpanan selamat, harga emas meningkat dengankehadiran faktor yang menyebabkan ketidakpastian ekonomi.
Kekurangan Pelaburan Emas
- Keuntungan rendah untuk jangka masa panjang : Emas mempunyai pulangan yang rendah berbanding aset lain.
- Memerlukan ruang simpanan dan insuran : Jika anda membeli emas fizikal, anda memerlukan ruang simpanan yang selamat, juga risiko emas fizikal rosak atau dicuri tinggi.
- Emas tidak menyediakan pendapatan pasif : Tiada keuntungan atau sebarang pendapatan tetam dalam memegang emas fizikal.
- Turun Naik : Emas biasanya akan mengekalkan nilainya untuk jangka masa panjang, tetapi harganya boleh turun naik untuk jangka masa sekejap.
Faktor Utama Yang Memberi Kesan Terhadap Harga Emas
Sebelum memahami bagaimana untuk melabur dalam emas, penting untuk memahami faktor yang mungkin memberikan kesan terhadap prestasi harga emas, termasuk :
- Nilai Dolar : Sejak emas disebut harga dalam dolar Amerika, kenaikan harga emas dikaitkan dengan dolar, kekuatan dolar secara automatik meletakkan tekanan negatif terhadap harga emas
- Polisi Monetari :Harga emas secara songsang berkait dengan kadar faedah dan apabila kadar faedahnya jatuh, orang tidak mendapatkan pulangan yang baik yang mana ia membawa kepara permintaan tinggi dalam emas serta harganya.
- Bank Pusat : Institusi yang besar ini akan menjual beli emas untuk mengawal selia rizab institusi mereka dalam menstabilkan nilai matawang. Ini akan menolak naik harga emas sewajarnya.
- Permintaan dan Sumber : Asasnya, emas adalah komoditi jadi harga emas juga di pengaruhi oleh sumber dan permintaan pasaran, peningkatan permintaan untuk emas biasanya akan menjadi lonjakan harga emas.
- Inflasi : Apabila inflasi meningkat, nilai duit jatuh,kebanyakan pelaburan memberikan pulangan yang kurang daripada inflasi dan orang ramai akan berlaih kepada pelaburan emas.
- Trend Kadar Faedah : Terdapat hubungan yang negatif antara harga emas dan juga kadar faedah, kadar faedah yang rendah menukarkan kepada lebihan tunai ditangan untuk pengguna, membawa kepada peningkatan permintaan emas sekaligus menaikan harga metal tersebut.
>> Cek harga semasa emas di Mitrade
6 Cara Popular Untuk Melabur Emas
Anda boleh melabur emas dalam banyak jalan, sebelum itu apa yang penting ialah menimbang pelan pelaburan anda untuk memastikan ia sesuai dengan objektif dan toleransi risiko anda. Cara biasa pelaburan emas termasuk :
1. Pelaburan Dalam Emas FIzikal
Emas fizikal termasuk emas bar, syiling emas, barang kemas dan lain-lain. Cara biasa dalam pelaburan emas fizikal ialah membeli emas bar. Emas bar adalah pelaburan emas gred, biasanya ia datang dalam bentuk bar, ingoit atau syiling.
Pelaburan emas gred selalunya 99.5 % ketulenan dan bar akan dicop dengan nama pengeluar, berat dan ketulenan. Emas bar biasanya dalam rangka 1/10 troy auns (1 troy auns = 31.1grams) hingga ke 1 kg.
Diberi harga semasa emas lebih kurang $1,900 per auns (sehingga September 2020), ia menjadikan pelaburan emas sesuatu yang mahal.
Pilih kedai emas yang kukuh dan bereputasi, terdapat banyak kedai emas yang bereputasi di Malaysia untuk anda pilih seperti :
- Kedai Emas Anuar Kota Tinggi, Johor
- Kedai Emas Tanah Merah
- Kedai Emas Sri Tanah Merah Wangsa Maju, Kuala Lumpur
- Kedai Emas Rozita
Kelebihan dan Kekurangan
- Emas fizikal kurang risiko berbanding pelaburan lain
- Emas fizikal mudah dibeli, anda boleh membeli daripada penjual yang berwibawa.
- Emas fizikal menyediakan keselamatan kewangan
- Tinggi kecairan dan lebih fleksible semasa dagangan
- Penjual emas biasanya akan menaikkan harga tinggi atas jualan dan pembelian
- Emas fizikan boleh jadi tulen atau palsu
- Perlu membayar harga simpanan yang tinggi dan yuran insurans
- Emas fizikal tidak mendatangkan keuntungan
2. Pelaburan Emas ETF
Cara lain untuk mendapatkan keuntungan daripada pelarasan harga emas ialah melalui dana mutual. Dana Dagangan Tukaran Emasn (ETF) membenarkan anda untuk melabur dalam emas tanpa perlu membeli emas fizikal. Ia dalah sebuah dana dalam julataset bersandarkan emas yang berbeza. Beberapa emas ETF senang untuk di kesan dan meniru pergerakan harga emas fizikal manakala yang lain mungkin termasuk dalam saham galian emas atau derivatif emas yang berbeza.
Emas ETF mudah untuk didagangkan dan biasanya tidak mahal dalam terma dana saham, menyingkirkan keperluan untuk pelabur biasa bagi membayar yuran penyimpanan dan kos insuran yang berkaitan dengan memegang emas fizikal. Jika anda ingin melabur didalam ETF Malaysua, anda perlu membuka akaun saham dagangan. Anda boleh mencari senarai penuh ETF Malaysia di laman sesawang Bursa Malaysia.
Beberapa Emas ETF di Malaysia yang Popular :
- TradePlus Shariah Gold Tracker
- SPDR Gold Trust (GLD)
- Sprott Junior Gold Miners ETF (SGDJ)
- Aberdeen Standard Gold ETF (SGOL)
Kelebihan dan Kekurangan
- Anda boleh membeli melalui melalui firma broker, memudahkan urusan pengeluaran untuk pengguna.
- Emas ETF mempunyai kecairan yang lebih berbanding emas fizikal
- Anda tidak memerlukan jumlah yang besar dalam modal untuk melabur
- Emas ETF boleh mempelbagaikan portfolio dan lantunan terhadap turun naik pasaran yang negatif.
- Tidak memiliki emas fizikal
- Turun naik nilai tidak berapa seragam dengan emas fizikal
- Caj yuran kecil
- Memerlukan kebiasaan dengan dagangan saham.
3. Pelaburan Saham Gali Emas
Pelaburan saham emas adalah pemilikan peribadi terhadap saham emas dalam syarikat emas, sebuah syarikat penggalian dimana dia secara amnya anda memiliki sebahagian kecil daripada syarikat tersebut. Dengan membeli saham syarikat yang terlibat dalam perniagaan emas, pelabur boleh mendapatkan keuntungan tanpa membeli atau menjual emas tersebut, tetapi harga dalam syarikat tidak selalu mengikut harga emas dan nilai sahamnya juga turun naik besar-besaran disebabkan oleh kesan positif dalam nilai emas. Jika syarikat penggalian emas ini mempunyai pengurusan yang lemah, tidak produktif atau operasi negara yang tidak stabil, harga mungkin mengecut dan membuka ruang untuk pelabur kerugian.
Beberapa saham popular dalam sektor ini termasuk :
- POHKONG 5080
- TOMEI 7230
- BAHVEST 0098
- MUIPROP 3913
Kelebihan dan Kekurangan
- Boleh dibeli melalui firma broker
- Kecairan, boleh dibeli dan dijual didalam pasaran saham
- Sesetengah syarikat emas membayar dividen kepada pelabur
- Anda tidak pernah memiliki emas
- Keuntungan tidak dijamin, ambil risiko yang sama dengan pelaburan lain
- Saham carigali emas boleh menjadi lebih tidak menentu daripada harga emas
- Tidak boleh dipelbagaikan seperti ETF
4. Paper Gold (Akaun Emas)
Akaun pelaburan emas adalah akaun yang membenarkan anda untuk melabur di dalam emas tanpa memegang emas fizikal. Melalui akaun emas, anda boleh membeli emas berdasarkan harga ask bank dan sell. Perbezaan antara harga bid dan ask bank adalah keuntungan atau kerugian anda, pulangan yang anda terima daripada pelaburan akaun anda bergantung kepada sebahagian besar turun naik nilai dalam emas itu sendiri.
Di Malaysia, sesiapa sahaja boleh memohon akaun pelaburan emas selagi mana anda memenuhi keperluan minimum umur (biasanya 18 tahun keatas) dan mempunyai dana yang mencukupi yang memerlukan pembelian asas minimum untuk membuka akaun pelaburan emas. Yuran yang dicaj untuk akaun pelaburan emas termasuk yuran tahunan dan duti stamp.
Sesetengah bank yang menawarkan akaun pelaburan emas di Malaysia
- Public Bank Gold Investment
- Kuwait Finance House Gold Investment
- Maybank Gold Investment
- UOB Gold Investment
- CIMB Bank Gold Investment
Kelebihan dan Kekurangan
- Anda boleh membeli dan menjual emas tanpa emas fizikal
- Anda boleh membeli emas secara atas talian tanpa perlu risau mengenai isu simpanan dan keselamatan
- Yuran spread dicaj oleh bank lebih tinggi daripada yuran dagangan ETF
- Harga sebenar tidak setinggi dan seaktif dagangan ETF
- Pulangan bergantung atas turun naik harga emas, pulangan pelaburan emas tidak menentu.
5. Pelaburan Emas Hadapan
Emas hadapan, kontrak hadapan dengan harga emas pada point tertentu dimasa hadapan dalam pasaran emas antarabangsa sebagai asas transaksi, keuntungan dan kerugian pelabur dalam jual beli emas hadapan diukur oleh perbezaan harga emas diantara waktu masuk dan keluar, dan kontrak tamat tempoh dengan penghantaran fizikal.
Tidak seperti pelaburan emas fizikal, pelaburan emas hadapan tidak memerlukan penghantaran fizikal dan boleh dimulakan dengan pendaftaran mudah di platform atas talian. Sebagai tambahan, emas hadapan boleh didagangkan di kedua-dua arah sama ada pasaran turun atau naik, terdapat peluang untuk membuat keuntungan.
Jika anda ingin berdagang dalam emas hadapan, anda perlu membuka akaun dagangan dengan pertukaran, isi borang dan submit kepada strip KYC asas, jika anda berminat untuk melabur, anda boleh lawati laman sesawang bursa malaysia untuk maklumat lanjut. Sebelum membeli anda perlu mengetahui semua maklumat mendalam, kaedah dagangan,kontrak dan lain-lain.
Isnin hingga Jumaat (waktu Malaysia)
Sesi dagangan pagi : 9.00 – 12.30
Sesi dagangan tengahari : 14.30 – 19.00
Isnin hingga Khamis (Waktu Malaysia)
Selepas jam (T+1), sesi dagangan : 21.00 – 23.30
Kelebihan dan Kekurangan
- Boleh mengambil kesempatan keatas trend harga untuk keuntungan daripada kontrak bullish dan bearish.
- Pasaran hadapan tinggi kecairan, membenarkan pelabur untuk keluar masuk posisi dengan mudah tanpa kos transaksi yang tinggi.
- Kontrak hadapan lebih tinggi leveraj alatan kewangan, membenarkan pulangan lebih lumayan dengan modal pelaburan terhad.
- Leveraj tinggi dimana pelabur boleh kehilangan lebih banyak daripada pelaburan asas.
- Emas hadapan sesuai untuk pelabur berpengalaman, kurang pengetahuan boleh membawa kepada kerugian.
- Emas hadapan boleh jadi tidak menentu dan pasaran boleh runtuh atau melalui fasa tidak stabil.
5. Dagangan Emas CFD
Cara yang lebih mesra pengguna dan murah untuk dagangan emas ialah melabur emas sebagai kontrak perbezaan atau CFD, jutaan pelabur kini mengambil peluang dan cara yang lebih mudah untuk dagangan emas
Anda boleh memilih untuk berdagang apabila harga logam turun atau naik, jika pasaran jatuh, anda boleh aset “short” dengan menjual emas dan membelinya dengan harga yang tinggi. Sebaliknya anda boleh “buy low” dan jual apabila nilai emas meningkat.
Kelebihan dan Kekurangan
- Anda boleh berdagang emas pada kos rendah, anda hanya perlu 7-10% daripada modal untuk melabur dan membuat keuntungan.
- Anda boleh melabur dalam emas tanpa memiliki posisi emas
- Peluang untuk berdagang long atau short, tanpa mengira pergerakan pasaran.
- CFD biasanya produk yang tinggi kecairan, anda boleh membeli dan menjual sebarang jumlah emas bila-bila masa sahaja.
- Emas CFD sangat fleksibel, tiada tarikh luput seperti hadapan atau pilihan.
- CFD adalah alatan kompleks dan membawa risiko yang besar dalam kerugian cepat kerana leveraj.
- Anda tidak memiliki sebarang aset emas
- Apabila pasaran turun naik dan produk asas terkesan, spread diantara harga ask dan bid menjadi besar.
Bagaimana anda berdagang emas sebagai pemula?
Find the right broker – Most trading platforms offer gold. Mitrade has a wide range of trading instruments, which means traders can trade all currencies, metals, stocks, cryptocurrencies and commodities in one place. Simply register for a live trading account.
Cari broker yang betul – kebanyakan platform dagangan menawarkan emas. Mitrade mempunyai julat yang luas dalam alatan dagangan dimana pelabur boleh melabur dalam semua matawang, logam,saham,matawang kripto dan komoditi di satu tempat. Pendaftaran juga mudah untuk akaun dagangan sebenar.
Bagaimana berdagang emas dengan Mitrade
- Klik sini untuk Daftar Masuk atau cipta akaun
- Pergi ke muka Pasaran Komoditi, pilih “Emas” untuk mengakses ke papan pemuka emas, dan pilih “dagang”.
- Pilih untuk membeli atau menjual bergantung kepada apa yang ingin anda dagangkan.
- Masukan jumlah tunai atau nombor unit anda ingin dagangkan
- Lihat dan tetapkan stop loss, leveraj dan parameter keuntungan.
Anda bersedia untuk berdagang emas hari ini?
Mulakan dagangan anda bersama Mitrade dan nikmati manfaat dagangan dengan broker yang dikawal setia pemenang anugerah!
Syarat Dagangan Tertinggi Mitrade
- Leveraj sehingga 1:200
- Saham CFD – Tiada komisen
- Percuma carta waktu sebenar, berita pasaran dan penyelidikan
- CFD lebih daripada 4,000 matawang, tenaga,logam,indeks dan saham
- Anda boleh mulakan dagangan dengan serendah $50
Perlukah anda melabur dalam emas sekarang?
Tahun ini, harga logam berharga telah naik kepada yang tertinggi kerana kesinambungan turun naik pasaran yang disebabkan oleh Covid-19 secara global. Namun dengan pemulihan ekonomi baru, harganya mungkin jatuh bermakna sesiapa yang mencari keuntungan perlu menganalisa emas apa untuk dibeli dan dapatkan keuntungan dan buat keputusan segera.
Jika anda ambil peduli tentang inflasi dan musibah lain, emas mungkin menjadi tempat berlindung untuk anda. Walaupun ia mungkin turun naik seperti saham untuk jangka masa pendek, emas mengekalkan nilai terbaik untuk jangka masa panjang.
Jika anda ingin mengambil kesempatan keatas emas yang tidak menent8, anda perlu membeli dalam bentuk yang paling cair. Bergantung kepada minat anda dan toleransi risiko, anda mungkin boleh memilih untuk melabur dalam emas fizikal, saham emas, emas STF dan dana mutual atau spekulatif hadapan dan kontrak hadapan.
Ringkasan
Ini ialah 5 tips dan cara untuk pemula ikut untuk melabur emas, and kami berharap maklumat diatas dapat membantu mereka yang mencari maklumat tentang alatan pelaburan emas, bagi memastikan penyelidikan dibuat sebelum memilih jenis emas yang ingin anda laburkan dalamnya, juga membantu dalam mencapai kestabilan kewangan.