6 Broker Saham Malaysia Terbaik Untuk Pemula

Sekiranya anda ingin bermain saham di Malaysia, langkah yang paling utama untuk dipertimbangkan adalah memilih broker saham yang terbaik dan sesuai dengan keperluan anda. Anda perlu mengetahui broker-broker yang ada di Malaysia dan bagaimana untuk membuka akaun saham di Malaysia. Artikel ini akan memperkenalkan anda kepada 6 broker saham yang terkenal dan kaedah pembukaan akaun saham di Malaysia, serta kaedah untuk bermain saham, dengan harapan dapat membantu anda membina asas pelaburan yang kukuh.

Terdapat banyak cara pelaburan saham untuk menjana keuntungan, yang pertama anda harus memilih sebuah broker untuk buka akaun, untuk membantu anda mencari broker terkemuka bagi memenuhi keperluan anda, berikut adalah senarai Broker Saham Terbaik di Malaysia dan dipercayai oleh ramai pelabur:

  1. AFFIN HWANG
  2. KENANGA INVESTMENT
  3. MAYBANK INVESTMENT BANK
  4. HONG LEONG
  5. RHB INVESTMENT
  6. Mitrade

Perbandingan Ciri-Ciri Saham Terbaik Di Malaysia

BrokerAFFIN HWANGKENANGA INVESTMENTMAYBANK INVESTMENT BANKHONG LEONGRHB INVESTMENTMitrade
Waktu Pembukaan Akaun1-2 hari waktu bekerja7 hari14 hari14 hari3 Hari bekerja1 – 3 hari
Deposit MinimumRM 10RM 1000RM 5,000RM 200RM 2000 sebulan50 USD(RM 210)
Yuran Pembrokeran0 – RM 100k = 0.7%
>RM100k = 0.5%
0.42% < RM100k 
0.21%  >RM100k 
<RM 100k = 0.42%
>RM 100k = 0.21
0.106%0.42%
Minimum RM 12
0
Carta TeknikalYAYaYaYaYaYa

Peringatan Saham
YaYaYaYaYaYa
Dagangan Saham USYaYaYa YaYaYa
PendidikanYa (EduSave)Ya(KenTrade E-Learning)Ya(Global Trading)Ya(Market Watch)Ya (Online Trading Futures)Ya
Penilaian4/54/52.5/55/54/54.8/5 

1. AFFIN HWANG INVESTMENT

Affin Hwang bermula pada tahun 1970 an di mana ia dibawah nama Affin Hwang Investment Bank dan Hwang DBS. Di Malaysia Affin Hwang dikenali dalam kalangan tentera dimana setiap tentera mempunya saham di Affin Hwang. Tahun 2014 Affin Hwang telah melonjak naik dalam bidang pasaran dimana Affin Hwang Investment bank telah menjadi kumpulan perbankan pelaburan, sekuriti dan pengurusan aset terkemuka di Malaysia. Mempunyai lebih dari 110 cawangan di seluruh Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Affin Holdings Berhad.

Tahun Penubuhan: 1973

Pasaran Pelaburan : Bursa, Saham U.S, Saham Hong Kong ,Saham Singapura

Jenis Akaun CDS : Akaun Langsung & Akaun Penama

Jenis Akaun Transaksi: Akaun Tunai dan Akaun Margin

Jumlah Deposit Minimum : Tiada minimum deposit yang dikenakan untuk transaksi ambang dan komisen yang dikenakan ialah 0.1%/ minimum RM8 (Akaun Tunai)

0.42% / minimum RM12(Akaun Margin)

Yuran Lain: Pembukaan akaun CDS ialah RM 10

General Information

Laman SesawangAffin Hwang Investment Bank Berhad
Alamat27th Floor, Menara Boustead,69 Jalan Raja Chulan,50200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Maklumat Untuk DihubungiTel: +603 2142 3700E-Mail: enquiry@affinhwang.com
Waktu OperasiIsnin – Khamis ( 9.15 pagi – 4.30 petang)
Jumaat (9.15 pagi – 4.15 Petang)
Dokumen Untuk Membuka AkaunSalinan Kad PengenalanSalinan Buku Akaun Bank atau pengesahan bankSurat Pemberian Unit Amanah Saham
Pros
  • Mudah untuk buka akaun
  • Cepat
  • Minimum deposit rendah
  • Fee broker rendah
Cons
  • Tidak sesuai untuk jangka masa pendek

2. Mitrade-Malaysia’s (Aplikasi Dagangan Saham Terbaik dengan 0 Komisen)

Mitrade ialah pilihan yang terbaik apabila bercakap mengenai dagangan saham terbaik di Malaysia. Hal ini kerana ia adalah satu aplikasi baru yang terbaik dalam menyediakan kekayaan aset dengan yuran terendah, mempunyai banyak ciri-ciri terbaik dan juga cemerlang dalam penggunaannya

Salah satu yang menjadikan Mitrade adalah terbaik ialah ia menyediakan jenis saham yang besar dengan lebih dari 300 jenis saham di seluruh dunia bermakna anda boleh berdagang dengan syarikat-syarikat ternama dunia. Dalam Mitrade sendiri menawarkan saham dalam bentuk CFD dimana ianya ialah dagangan saham yang pendek dan dapat berdagang dengan leveraj. Selain daripada saham, anda juga boleh berdagang didalam indeks, pertukaran mata wang asing , komoditi dan matawang kripto dalam aplikasi mobile mereka

Dalam soal yuran, Mitrade adalah aplikasi dagangan yang terendah di dalam pasaran dan semua aset mempunyai spread. Jadi anda tidak perlu risau untuk membayar yurannya dan dalam masa menulis artikel ini, saham spread Apple hanyalah 0.05 sahaja dimana ianya adalah terpaling rendah berbanding semua broker lain

Seandainya anda ialah pedagang baru yang ingin memulakan dunia dagangan, Mitrade adalah pilihan terbaik untuk anda mendaftar akaun anda dan kepada sesiapa yang masih menimbangkan pilihan lain, anda boleh menggunakan akaun demo secara percuma untuk mencuba  dan melatih ilmu dagangan anda.

Selain itu, Mitrade adalah salah satu broker yang paling selamat dan dipercayai kepada mempunyai beberapa lesen dibawah beberaoa bidang kuasa. Jika anda ingin memulakan dagangan tunai secara segera, anda boleh membuka akaun serta merta dengan hanya 50 USD sahaja dimana ia adalah yang terpaling rendah berbanding broker lain. Terdapat banyak cara untuk anda memulakan deposit anda iaitu melalui bank, e-wallet dan juga kaedah lain.

Mitrade memfokuskan saham US dimana anda boleh berdagang dalam syarikat seperti Amazon, IBM, Tesla dan Apple.

Pros
  • 0 komisen dan spread yang terlalu rendah
  • Berdagang dengan lebih dari 200 matawang asing, komoditi,matawang kripto,saham, indeks pasaran lain
  • Dipercayai oleh lebih dari 1 juta pelanggan sedia ada
  • Memounyai jenis pesanan awal (harga had pasaran, stop loss)
  • Membenarkan pedagang baru untuk bermula dengan skala kecil dahulu untuk transaksi pertama
  • Aplikasi mobil yang mesra pengguna
  • Disimulasikan fungsi perdagangan
Cons
  • Hanya menawarkan saham CFD
  • Tiada log masuk secara sentuhan atau Pengecaman wajah
  • Yuran pengeluaran ialah 4 USD

3. KENANGA INVESTMENT BANK (IB)

Kenangan Investment Bank Berhad telah pun bertapak lebih dari 45 tahun dalam dunia pelaburan. Sebuah badan kewangan di Malaysia yang diasaskan oleh Tengku Noor Zakiah Tengku Ismail yang menjadi broker saham wanita bumiputera pertama di Malaysia. Pada thaun 1996, Kenanga Investment Bank telah disenaraikan kedalam KLSE (Kuala Lumpur Stock Exchange) .  

2017, Kenangan IB telah melancarkan Rakuten Trade dengan kerjasama Japan Rakuten Securities dan memulakan broker online Full Fledge (sepenuhnya). Dikenali sebagai syarikat kewangan penyedia yang menwarkan pelaburan, banking, broker saham dan pengurusan pelaburan di Malaysia. 

Tahun Penubuhan :  1973

Pasaran Dagangan :  Dagangan Saham atas talian, Saham Margin, Dagangan Global, EFT, Islamic broker saham, nagawarrant 

Jenis Akaun CDS :  Akaun Dagangan

Jenis Akaun Transaksi :  Akaun Dagangan Atas Talian

Jumlah Deposit Minimum :  RM 1000

Yuran Lain :  Yuran Pembukaan akaun CDS RM 10

General Information

Laman Sesawanghttps://www.kenanga.com.my/
https://www.kentrade.com.my/
AlamatLevel 17, Kenagan Tower 237 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Maklumat Untuk Dihubungi03 21722888Hotline : 1800 88 2274
Waktu OperasiIsnin – Jumaat
9 pagi hingga 4.30 petang
Dokumen Untuk Membuka Akaun-Salinan Kad Pengenalan
-Salinan Passport (untuk bukan warganegara)
-Buku Bank/ Penyata Bank/Surat pengesahan akaun dari bank
Pros
  • Tawarkan skim KWSP
  • Ada akaun patuh syariah
  • Rekod pulangan yang tinggi
  • Syarikat pelaburan yang kukuh di Malaysia
  • Deposit minimum yang rendah
  • Harga Unit tidak tetap
Cons
  • Tidak sesuai untuk jangka masa pendek

4. MAYBANK INVESTMENT BANK

Maybank nama besar di Malaysia dengan tanda dagangan logonya ialah harimau adalah sebuah bank yag terkemuka di Malaysia. Hampir kesemua rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang tinggi dengan Maybank. Ditubuhkan pada tahun 1973. Disenaraikan didalam empat jenama bank di negara Asia, dan ke 70 di dunia. Beroperasi utama di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei menjadikan jenama Maybank sahaja dikenali ramai.

Tahun Penubuhan :  1973

Pasaran Pelaburan :  Saham, Forex,Komoditi,Bom

Jenis Akaun CDS :  Akaun Tunai

Jenis Akaun Transaksi :  Akaun Langsung, Akaun Tunai

Jumlah Deposit Minimum :  RM 5 000

Yuran Lain :  Faedah Penalti 1%, akaun CDS RM 10

General Information

Laman Sesawanghttps://www.maybank2u.com.my/
AlamatNo 10 Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar Kuala Lumpur
Maklumat Untuk DihubungiHotline1 300 88 6688 
Luar Negara03-78443696
Waktu OperasiIsnin hingga Jumaat 8.45 pagi hingga 5 petang
Dokumen Untuk Membuka Akaun-2 salinan Kad Pengenalan atau passport
-Salinan penyata pendapatan tahunan atau penyata pendapatan bulanan 3 bulan terbaru
-Penyata terbaru 3 bulan bank atau penyata KWSP/BorangB/Borang EA
-Dokumen tambahan untuk syarikat seperti SSM, dan lain-lain
Pros
  • Nama besar dalam Malaysia
  • Permukaan laman sesawang yang mesra pengguna
  • Menawarkan sistem mudharabah (perkongsian untung)
  • Patuh Syariah
Cons
  • Ada yuran penalti
  • Deposit agak tinggi
  • Dokumentasi yang banyak

5. HONG LEONG

Hong Leong Investment Bank adalah anak syarikat milik Hong Leong Capital Berhad (HLIB) dan menjadi naib juara dalah anugerah Bursa Excellence Award 2019. Bermula pada tahun 1905 di Kuching Sarawak dan kini menjadi salah satu broker saham paling terkemuka di malaysia dalam membuat keputisan pasaran yang baik. Menawarkan saham di bursa USA, United Kingdom, Singapura, Hong Kong, Shanghai, Australia dan Thailand.

Tahun Penubuhan :  1905

Pasaran Pelaburan :  Saham, Komoditi, Forex,Emas, Minyak

Jenis Akaun CDS :  Akaun Langsung

Jenis Akaun Transaksi :  Pindahan wang

Jumlah Deposit Minimum: RM 200

Yuran Lain :  RM 10 pembukaan akaun CDS

General Information

Laman Sesawanghttps://www.hlib.com.my/
AlamatLevel 28, Menara Hong Leong, No 6 jalan Damanlela Bukit Damansara Kuala Lumpur
Maklumat Untuk DihubungiEmail contactus@hlib.hongleong.com.myTel : 03 76268899
Waktu Operasi9.30 pagi hingga 3.00 petang
Dokumen Untuk Membuka Akaun-1 salinan Kad Pengenalan
-Salinan penyata bank/ Simpanan 3 bulan terkini
-Slip Gaji/Penyata KWSP
Pros
  • Kadar rendah sehingga 0.10%
  • Akses percuma ke Harga Hadapan di HLeBroking Portal
  • Deposit minimum rendah
  • Salah satu broker yang kuat di Malaysia
Cons
  • Masa pembukaan akaun agak lama

6. RHB INVESTMENT

RHB Investment Bank adalah salah satu broker saham yang menawarkan tawaran kewangan Islamik terbaik Asia Tenggara . Diperbadankan [ada tahun 1994 dibawah nama DCB Holdings Berhad dan disenaraikan di dalam Bursa Malaysia pada tahun 1994. Juga antara bank yang mempunyai reputasi terbaik di Malaysia dan Asia.

Tahun Penubuhan :  1994

Pasaran Pelaburan :  Saham, Forex, Komoditi, Emas, Minyak

Jenis Akaun CDS :  Akaun Langsung

Jenis Akaun Transaksi :  Akaun Amanah

Jumlah Deposit Minimum :  RM 2000 sebulan

Yuran Lain:  Yuran Tahunan RM 8.48, Akaun CDS RM 10

General Information

Laman Sesawanghttps://www.rhbgroup.com/index.html
AlamatTingkat 9, Tower Three, RHB Centre 426 jalan Tun Razak Kuala Lumpur
Maklumat Untuk Dihubungi03 92873888
Email : support@rhbgroup.com 
Waktu Operasi8.30 pagi – 5.30 petang
Dokumen Untuk Membuka AkaunSlip Gaji terkini 1 bulan
Penyata Bank TerkiniBorang EA
Pros
  • Akaun Patuh Syariah
  • Broker yang kukuh di pasaran
Cons
  • Deposit agak tinggi

Daftar Untuk Broker Saham Terbaik 2022 Hari Ini !!

Selepas membaca penilaian yang mendalam dalam artikel ini dimana ia memberikan anda bimbingan dan dalam keadaan ini anda sudahpun memahami cara terbaik untuk mencari broker saham terbaik tahun 2022

Untuk sesiapa yang belum pernah mendaftar dengan mana-mana broker saham, proses ini seharusnya tidak memeningkan kepala anda, dimana kami akan membimbing anda untuk melalui proses ini dengan mudah dan ikuti langkah dibawah.

1. Pembukaan Akaun Atas talian

Klik disini untuk terus ke aplikasi stor, muat turun dan terus memasanhkan dimana anda boleh mencipta akaun anda dengan mudah dan cepat dengan hanya menyediakan alamat email dan juga kata laluan anda

Pada kebanyakan masa anda perlu menyediakan maklumat asas seperti nama, alamat dan juga anda mungkin perlu menjawab beberapa soalan seperti jumlah pendapatan atau status anda. pengetahuan tentang kewangan atau pengalaman berdagang.

2. Pengesahan Identiti

Untuk mematuhi semua peraturan yang diperlukan, Mitrade perlu membuat pengesahan kepada setiap akaun yang baru untuk memastikan keselamatan platform kami dan mengelakkan operasi yang luar biasa

Anda perlu menyediakan dokumen yang diperlukan seperti dibawah untuk pengesahan:

  • Kad Pengenalan mengikut negara masing-masing
  • Passport
  • Lesen Memandu
  • Untuk pengesahan alamat pula anda perlu memberi bil utiliti dan penyata bank

3. Dana Deposit

Sebaik sahaja akaun anda telah disahkan, anda boleh teruskan dengan deposit dan pilih kaedah pembayaran yang anda ingini daripada senarai yang ada, masukkan jumlah deposit yang anda inngini dan klik mengesahkan.

4. Mulakan Dagangan

Nah sekarang anda sudah boleh memulakan dagangan anda. Anda boleh melihat-lihat dahulu pasaran saham yang ada atau pun memilih saham yang anda ingini untuk berdagang. Sebaik memilih saham yang anda ingini, nyatakan jumlah yang anda ingin mula dagangan, leveraj anda dan anda sudah boleh mulakan.

Cara Memilih Broker Saham Yang Sesuai Dengan Cita Rasa

Kaedah yang paling mudah untuk membeli saham adalah melalui broker saham dalam talian. Banyak broker menyediakan kaedah perdagangan saham dalam talian. Anda boleh mengaksesnya melalui laman web atau aplikasi. Tetapi sebelum memutuskan broker saham yang hendak digunakan, anda perlu menentukan broker saham mana yang sesuai untuk anda. Oleh itu, dari sudut manakah kita harus melihat sama ada broker itu boleh dipercayai?

Pengawal selia dan berlesen

Memiliki lesen dan kelulusan adalah kriteria yang paling utama untuk menilai sama ada broker boleh dipercayai atau tidak. Kerana ini berkaitan dengan keselamatan modal anda. Bagi pelabur kecil, risiko terbesar adalah apabila broker tidak mempunyai pengawalan selia ke atas broker, ini kerana ia terdedah kepada aktiviti haram dan juga penipuan. Oleh itu, sewaktu memilih broker, anda harus mengesahkan status kelulusan broker di laman web agensi pengawalseliaan yang berkaitan untuk memastikan kesahihannya.

Platform perdagangan yang baik

Selain memberikan akses kepada sebut harga saham yang tepat, platform perdagangan dalam talian juga membolehkan anda menetapkan pesanan dan menerima pengesahan mengenai pesanan saham. Perisian perdagangan juga perlu mudah diakses, mudah digunakan, dan mudah untuk diubah suai. Banyak platform yang menyediakan suapan berita dan alat analisis teknikal yang terkini.

Komisen dan yuran yang rendah

Bergantung pada cara anda berdagang, komisen boleh memberi kesan yang besar pada kos transaksi anda, terutama jika anda sering berdagang. Walaupun anda tidak sering berdagang, kos komisen juga penting, dan broker yang terbaik biasanya mengenakan bayaran yuran atau komisen yang lebih rendah berbanding broker lain.

Khidmat Pelanggan yang profesional

Broker dalam talian dengan khidmat pelanggan yang responsif adalah merupakan ciri-ciri broker yang bagus dan akan memberi kelebihan yang sangat besar. Sama ada anda menghadapi masalah semasa proses pembukaan dan pendaftaran akaun atau proses transaksi, khidmat pelanggan yang profesional dan cepat dapat memberikan panduan transaksi yang baik kepada pelanggan.

Saya memilih Mitrade sebagai platform perdagangan saya, kerana prinsipalnya yang kecil, jadi saya memilih Mitrade sebagai broker saya kerana yuran mereka yang lebih rendah berbanding platform yang lain.

Bayangkan, jika saya mula berniaga dengan bermodalkan sebanyak RM300, jika yuran pengendalian adalah RM10, ia sudah merangkumi 3.33% daripada wang pelaburan saya, apatah lagi ia memerlukan sejumlah masa untuk memperolehi keuntungan sebanyak 3.33%. Oleh itu, memilih broker dengan yuran yang rendah akan membantu anda meningkatkan kemungkinan untuk menjana keuntungan.

Di samping itu, saya juga mempunyai dua kriteria paling penting ketika memilih sesebuah broker iaitu mudah digunakan dan bimbing pelanggan. Platform perdagangan mestilah jelas dan mudah difahami. Dengan alat pendidikan yang maju ini akan membantu kita untuk lebih memahami pasaran pelaburan.

Akaun demo juga membantu saya untuk memahami proses pelaburan dengan lebih cepat. Penyediaan seminar atau kursus dalam talian juga akan memberikan kelebihan kepada broker tersebut. Pembukaan dan deposit akaun perlu mudah, dan mitrade memenuhi kedua-dua kriteria ini dengan baik.

Pembukaan akaun sangat mudah dan akan dilakukan sepenuhnya secara digital. Aplikasi dalam talian boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja.

Cara Membuka Akaun Saham Malaysia

Setelah anda memutuskan broker saham mana yang hendak dipilih, langkah seterusnya adalah membuka akaun. Pertama sekali, anda perlu mengetahui jenis akaun tersebut. Kerajaan Malaysia menetapkan bahawa pelabur yang memperdagangkan saham di Bursa Malaysia perlu membuka akaun Central Depository System (CDS), yang setara dengan akaun bank untuk membeli dan menjual saham. Apabila anda pergi ke bank untuk membuka akaun CDS, biasanya terdapat dua pilihan sama ada Direct Account atau Nominee Account.

Direct AccountNominee Account
1) Saham yang anda beli akan didaftarkan di bawah nama anda, jadi syarikat akan mengetahui bahawa anda merupakan salah satu pemegang saham mereka.1) Saham yang anda beli akan ditandatangani oleh bank atau bank pelaburan, tetapi syarikat tidak mengetahui bahawa anda adalah pemegang saham mereka.
2) Anda akan menerima laporan kewangan syarikat pelaburan (laporan tahunan).2) Anda tidak akan menerima laporan kewangan syarikat pelaburan (laporan tahunan).
3) Bagi dividen, syarikat akan menghantar baucar dividen cek secara langsung kepada anda.3) Anda tidak akan menerima dividen secara langsung dari syarikat. Bank akan memindahkan terus ke akaun perdagangan anda, tetapi bank akan mengenakan yuran-yuran tertentu (sekitar RM2).
4) Anda perlu melakukan transaksi tersebut dengan mengunjungi cawangan mereka (mengisi borang, menyerahkan cek, dan lain-lain), kesemua transaksi tersebut harus dilakukan di cawangan mereka.4) Bank akan mengendalikan semua urusan untuk anda, anda hanya perlu membayar yuran-yuran tertentu, dan anda tidak perlu melakukannya sendiri.
5) Pemilik berdaftar dan pemegang saham dalam akaun ini adalah pemilik akaun tersebut.5) Saham yang dibeli akan didaftarkan atas nama pihak bank, tetapi penerima benefisiari adalah pemilik akaun.
6) Boleh memohon IPO.6) Tidak boleh memohon IPO.
7) Perlu mengunjungi bank sekuriti untuk membuka akaun.7) Anda boleh membuka akaun dalam talian.
Kos transaksi:
Semasa berdagang saham di Malaysia, kerajaan dan broker saham biasanya mengenakan tiga jenis yuran, antara yuran-yuran berikut adalah:
1. Brokerage Fee (setiap broker mempunyai yuran yang berbeza, pilih broker yang mengenakan yuran yang paling rendah).
2. Stamp Duty: Yuran ini dikenakan oleh pihak kerajaan. Kedua-dua pembeli dan penjual mesti membayar 0.1% daripada jumlah transaksi, dengan minimum RM1 dan maksimum adalah RM200.
3. Clearing Fee: Yuran ini dikenakan oleh Bursa Saham Bursa Malaysia. Ia adalah 0.03% dari jumlah transaksi (akan dibayar oleh kedua-dua pihak). Jumlah maksimum setiap kontrak adalah RM1000.00. Tidak ada bayaran minimum.

Sebagai contoh:

Sekira anda ingin membeli saham Apple dan harga saham semasa ialah $119.39, sama dengan RM 488.36 . Di Malaysia, 1 lot sama dengan 100 saham. Untuk membeli 1 lot Apple, perlu dibayar RM 488.36 * 100 = RM 48836, dan Brokerage Fee 2%, Stamp Duty 0.1%, Clearing Fee 0.3%.

Oleh itu, jika anda ingin membeli 1 lot saham Apple, anda perlu membayar sejumlah = RM 48836 + RM 48836 * 2% + RM 48836 * 0.1% + RM 48836 * 0.3% =RM 50008

Walau bagaimanapun, ingat bahawa Brokerage Fee akan dikenakan dua kali, sekali ketika anda membeli dan satu ketika anda menjual.

Modal dan komisen sememangnya agak tinggi, dan bukan setiap orang boleh melaburkan begitu banyak wang. Adakah cara bagi pelabur biasa untuk melabur dalam pasaran saham?

Tentun sahaja, Mitrade menyediakan saham derivatif: penyelesaian yang mudah dan murah, berdagang dari turun naik harga saham, going long atau short berpulang untuk menguntungkan, dan modal kecil juga berpulang jana keuntungan besar.

Kita ambil contoh tersebut untun menjelaskan

Lot Minimum di Mitrade adalah 10 lot, dan leveragenya 1:20

Untuk membeli 10 lot saham apple, anda perlu membayar 10$119.3985%=$56.69, sekitar RM 227 sahaja anda boleh main saham apple, tidak usah bayar jumlah besar, menarikkan?

Ketika harganya naik ke $125, anda menjualnya, keuntungannya adalah=$56.02, anda hanya menggunakan modal kecil, tapi pulangan pelaburan hingga 98%.

Harap perhatikan bahwa: Walaupun leverage meningkatkan keuntungan, ia juga meningkatkan kerugian. Anda perlu memilih leverage yang sesuai dengan tolerasi risiko anda.

Nasihat Untuk Pelaburan Saham

➤ Pastikan anda memahami risiko pelaburan dan toleransi risiko pelaburan anda. Sekiranya anda adalah jenis yang kurang sabar, terburu-buru untuk memasuki pasaran tanpa membuat kaji selidik, dan suka membuat transaksi yang besar ini merupakan sebab-sebab utama yang akan mengakibatkan kerugian dalam pasaran saham.

➤ Pastikan anda memahami trend pasaran saham semasa. Sebelum melakukan pelaburan anda perlu melakukan analisis yang komprehensif, membuat penilaian yang tepat mengenai pergerakan saham di masa akan datang dan mengelakkan daripada melakukan transaksi yang tidak pasti dan hanya mengikuti orang ramai di mana mereka hanya akan tertipu oleh titik panas pasaran.

➤ Harus menetapkan keuntungan yang munasabah. Semasa melabur dalam pengurusan kewangan, jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi, anda harus mempunyai sikap yang positif dalam pelaburan. Saya berpendapat bahawa dengan pergerakan pasaran yang biasa, bagi seorang pemula yang memperoleh keuntungan 20% setahun boleh dikatakan sudah baik.

➤ Belajar untuk melepaskan peluang yang bukan milik anda. Terdapat sejumlah besar pergerakan saham yang sangat menggoda setiap hari. Walau bagaimanapun, kebanyakan peluang ditemui setelah menganalisis fakta-fakta yang sukar untuk difahami. Anda hanya perlu merebut peluang yang lebih pasti agar anda tidak mengalami kerugian dalam pelaburan anda.

➤ Belajar untuk menghentikan kerugian dan mengawal peningkatan risiko yang tidak mempunyai had. Berhenti rugi jauh lebih penting daripada mengejar keuntungan, harus mempunyai corak pemikiran di mana pemeliharaan modal adalah yang paling utama dan mengaut keuntungan adalah yang kedua. Pembentukan prinsip berhenti rugi cukup berkesan dan dapat mengelakkan kerugian untuk terus berkembang.

Baca Juga: Cara Pelaburan Saham Untuk Meningkatkan Kekayaan? Panduan Lengkap 2021

Kesimpulan

Sekarang anda telah mengetahui 6 broker saham terkenal di Malaysia dan cara pembukaan akaun. Anda boleh memilih platform yang sesuai untuk anda dan membuka akaun saham, dan memulakan perjalanan pelaburan saham anda. Walaupun pasaran saham memberi kita peluang untuk menjana pendapatan dengan cepat, pelaburan adalah merupakan usaha jangka panjang. Anda perlu memulakan dengan mengumpul pengalaman, memperbanyakan ilmu pengetahuan anda untuk mempercepatkan process untuk anda jadi seorang yang kaya raya!

Sekiranya anda berminat untuk memulakan pelaburan anda ke pasaran saham AS dan mempelbagaikan portfolio anda, anda boleh memulakan dengan Mitrade.


Bagikan Artikel