Bila bercakap berkenaan saham, ramai orang mahu mencari cara bermain saham dengan modal kecil di Malaysia. Pasti macam-macam yang bermain di fikiran anda sekarang tentang saham juga, kenapa perlu melabur dalam saham? Adakah kaedah melabur yang murah dan mudah? Berapa modal dan macam-macam lagikan?
Jangan risau semua yang berbangkit dalam fikiran anda adalah satu langkah yang baik. Teruskan pembacaan anda dan cari jawaban dalam artikel.
Mengapa Ramai Orang Melabur Dalam Saham?
Bila bekerja makan gaji, selalunya masa 8 – 12 jam yang kita perlukan untuk bekerja demi menghasilkan pendapatan, namun ianya adakalanya tidak mencukupi lebih-lebih lagi jika ahli keluarga yang ramai, tinggal di bandar besar yang segalanya memerlukan komitmen bulanan, mingguan dan banyak lagi.
Tenaga digunakan untuk menghasilkan wang. Namun dengan saham ianya berbaza, wang akan bekerja untuk menghasilkan wang. Jadi kenapa perlu melabur dalam saham?
- Duit Bekerja Untuk Anda
Hakikat kehidupan sekarang, tenaga boleh mendatangkan pendapatan, duit juga boleh mendatangkan pendapatan dengan usaha yang minimum. Bayangkan anda sedang tidur dan pendapatan anda masih bertambah.
Apa yang perlu adalah hasilkan portfolio anda, pilih syarikat yang berpotensi mendatangkan pulangan yang baik untuk anda. Bila anda sudah mengenal pasti syarikat yang berpotensi tinggi untuk bekerja untuk anda, teruskan niat anda supaya duit yang anda ada akan berganda-ganda.
- Tidak Memerlukan Anda Menjadi Profesional
Untuk bergelar seorang trader/pelabur, tak memerlukan anda mempunyai diploma, ijazah, master atau bekerja sebagai seorang profesional. Kalau ada yang kata, perlukan ilmu matematik yang tinggi, semua itu tak perlu.
Anda cuma perlu meletakkan sedikit usaha untuk belajar tentang pasaran saham yang mana kebanyakan broker akan sediakan bahan pembelajaran yang sesuai contohnya Mitrade.
Kenalpasti syarikat yang berpotensi tinggi dan buat penilaian berdasarkan analisa anda sendiri. Setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri mungkin kelebihan anda menilai prospek syarikat saham lebih baik dari orang lain.
- Bebas Cukai
Tahukah anda kerajaan Malaysia menawarkan akaun bebas cukai yang mana anda tidak perlu membayar cukai hasil dari pendapatan anda bermain saham? Apabila anda melabur dalam stock atau saham, setiap pendapatan hasil dari pelaburan anda adalah bebas cukai.
Tetapi ada beberapa jenis pelaburan saham yang termasuk dalam kategori bebas cukai pendapatan contohnya ETF atau Mutual Fund. Contohnya melabur saham dalam ASB (Amanah Saham Berhad), Unit Trust dan lain-lain.
- Boleh Memiliki Sebahagian Dari Syarikat Yang Disukai
Jika anda seorang peminat barangan Apple, semua produk Apple menjadi buruan anda, apa kata anda cuba jadi sebahagian dari pemilikan saham Apple. Dimana jika anda membeli walau 1 unit saham Apple (AAPL) bermakna anda juga adalah pemilik sebahagian syarikat Apple. Bukan sahaja membuatkan anda merasa gembira malahan banyak lagi kelebihan lain antaranya anda bakal beroleh keuntungan.
Berapa Modal Yang Anda Perlukan Untuk Memulakan Main Saham Di Malaysia
Pasti ramai yang tertanya-tanya berkenaan modal saham? Pasti mahal kan? Mesti harganya beribu-ribu?, Jika anda hendak tahu berapa modal minima untuk memulakan dagangan saham anda di Bursa Malaysia. Satu perkara yang paling utama yang perlu anda tahu ialah saham minimum yang boleh dibeli ialah 1 lot bersamaan dengan 100 unit belum termasuk yuran dan komisen lain.
Sebenarnya ianya memerlukan kos yang agak tinggi dan pulangannya pula mengambil masa yang agak panjang serta pulangannya tidak terlalu tinggi. Selain itu prosedur yang agak sukar untuk membuat pelaburan saham sangat rumit apatah lagi saham-saham yang ternama di seluruh dunia.
Contoh jika anda ingin melabur dalam saham NESTLE, harga 1 unit saham NESTLE ialah RM 137.4 seunit (sehingga 16 Disember 2020)
1 unit = RM 137.4 x 1 lot (100 unit)= RM 13 740
Bermakna untuk membeli 1 lot saham sahaja anda memerlukan modal sebanyak RM 13 740 tidak termasuk yuran broker, komisen, duti setem dan kos lain.
Sebenarnya anda boleh memulakan pelaburan anda dengan modal yang sedikit dan mengurangkan risiko kerugian yang besar sekiranya anda tidak begitu mahir dengan pasaran saham. Terdapat 3 cara untuk anda memulakan pelaburan anda dengan modal yang rendah :
Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil
Bermain saham ETF (Electronic Traded Fund) dengan modal kecil
ETF lebih mempunyai persamaan dengan unit trust dimana ia digunakan untuk membeli pelbagai pegangan pelaburan yang lain. Ia adalah satu alatan dagangan yang digunakan untuk melabur dalam pasaran bursa. ETF selalu dikaitkan dengan satu bakul mewakili banyak saham dimana bakul ini ialah unit ETF dan saham-saham didalamnya ialah saham pendasar (underlying stock). ETF popular dikalangan pelabur sebab ianya bersifat Diversity atau Pelbagai
Cara main saham ETF dan Harganya
Anda boleh pergi ke platform dagangan dan mulakan carian ETF, di Bursa Malaysia terdapat saham ETF komoditi, Ekuiti, Patuh Syariah dan Pendapatan Tetap.
Antara contoh ETF di Bursa Malaysia ialah
– FTSE Bursa Malaysia KLCI ETF
– Principal FTSE ASEAN 40 Malaysia ETF
– MyETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titan 25
– MyETF MSCI Malaysia Dividen Islam
Harga saham ETF di Bursa Malaysia ialah 1 lot = 100 unit iaitu RM 1 x 100 = RM 100. Bermakna modal minimum anda perlukan ialah RM 100. Anda boleh membeli beberapa saham ETF untuk dilaburkan tidak seperti saham tunggal, jika anda membeli saham Nestle, anda cuma memiliki saham Nestle, dalam ETF anda membeli ETF dengan mengesan indeks dan mempunyai banyak jenis saham didalamnya.
Kelebihan dan Kekurangan
- Akses kepada stocks dalam pelbagai industri. Banyak industri yang berada dalam satu bakul ETF seperti indeks 50 saham blue chip Malaysia seperti Maybank, TNB, CIMB.
- Expense ratios & commission fee yang rendah (banyak broker dah offer free commission) Ini kerana mutual funds dikendalikan secara aktif dan akan menanggung lebih banyak kos pengurusan.
- Risiko pengurusan melalui diversification kerana banyak gabungan saham-saham ternama menyebabkan ianya kurang berisiko.
- ETF Pengurusan yang aktif mempunyai fee yang lebih tinggi kerana ianya menjadi tumpuan pelabur dan kos pengurusan menjadi lebih banyak dan luas.
- Jika hanya fokus kepada single Industri akan menghadkan diversifikasi. Ianya automatik dan mempunyai seluruh pasaran negara mengikut sektor tertentu.
- Ianya akan bermasalah jika anda melaburkan duit anda pada ETF yang kurang terkenal kerana mewujudkan spread bid-ask yang tinggi.
Bermain Saham Indeks
Strategi pelaburan pasif. Pelaburan Indeks adalah kaedah selain ETF yang menggunakan modal yang rendah. Kos pengurusannya rendah kerana ia mengamalkan passive invensting. Pelaburan indeks ialah anda membuat pelaburan dalam broad of stocks berdasarkan indeks yang digunakan.Pelabur boleh membuat tambahan pelaburan sebelum mula melabur.
Indeks adalah instrumen yang membolehkan pelabur untuk mengukur prestasi kumpulan saham daripada pasaran yang ditentukan. Contoh indeks ialah American Dow Jones Industrial Average dan lndeks S&P 500, FTSE 100 Britain, CAC 40 Perancis, DAX Jerman, dan Nikkei 225 Jepun.
Cara Main Saham Indeks dan Harganya
Saham indeks melibatkan pembukaan akaun dengan broker. Anda perlu membuka akaun CDS dengan broker tempatan atau broker asing secara atas talian. Kos membuka akaun CdS ialah RM 10 sahaja dan anda sudah boleh mulakan dagangan anda.
Contohnya harga indeks KLSE ialah RM 1664.74 bermakna anda memerlukan sekurang-kurangnya RM 2000 sebagai permulaan termasuk dengan kos-kos lain.
Kelebihan dan Kekurangan
- Kelebihan utama untuk pelaburan indeks adalah risiko rendah untuk melabur dalam saham dan bon, yang dirancang untuk pertumbuhan jangka panjang yang stabil.
- Yurannya rendah kerana ia menunjukkan prestasi yang lebih baik dengan margin tertentu untuk menghasilkan pulangan yang lebih tinggi.
- Jika pulangan dalam indeks menurun dengan kuat, pengurus dana indeks mempunyai pilihan yang sedikit dalam usaha untuk mengehadkan kerugian tersebut.
- Dana indeks tidak berpotensi untuk melangkaui pasaran dengan pengurusannya. Ini bermakna bahawa jika anda melabur dalam dana indeks, anda akan berserah kepada keuntungan yang ada.
Berdagang Saham Dengan CFD – Mulakan Dengan Modal kecil
Secara jujurnya untuk memulakan pelaburan dengan modal yang sedikit adalah sangat sukar lebih-lebih lagi jika modal anda hanya lah USD 1000 kebawah. Untuk anda memulakan pelaburan untuk syarikat yang anda minat juga agak mustahil dengan pelbagai jenis kaedah pelaburan tradisional atau atas talian. Sebabnya kebanyakan broker saham memerlukan anda untuk mendepositkan modal yang agak keras atau besar.
Jika anda bertemu dengan mana-mana pihak yang menawarkan pelaburan dibawah USD 5000, ianya agak mengejutkan kerana kecuali scam yang menawarkan janji-janji manis bulan dan bintang. Namun masih ada jalan yang dipercayai dan sah disisi undang-undang untuk anda bermula dengan modal yang sedikit. Pilihannya ialah CFD.
Apa Itu CFD ?
Kontrak untuk Perbezaan yang menawarkan anda peluang membuat keuntungan daripada harga pasaran saham yang tidak menentu tanpa benar-benar memiliki saham tersebut.
Pelabur boleh melakukan pelaburan dengan menggunakan leveraj dan keuntungan yang diperolehi adalah daripada perbezaan jual dan beli (bid & ask), dengan pecahan saham bermaksud anda boleh mempelbagaikan portfolio anda dalam masa yang sama menjimatkan duit anda.
Berbanding anda membeli saham secara keseluruhan, anda mempunyai peluang membeli saham dalam bentuk pecahan kecil. Jika anda ingin melabur dalam saham Apple yang mana ianya adalah mahal, dengan CFD anda boleh mulakan pelaburan saham Apple hanya dengan beberapa dolar sahaja.
Contohnya anda ingin melabur dalam saham Apple.
Beli 10 lot CFD ———————–> Jual 10 lot CFD
Beli harga pembukaan pada $127.88
minimum lot: 10 Lot
Leverage: 1 : 20
Estimasi Margin Awal: USD63.54=10$127.885%
Kemudian jual pada harga penutup ialah $135.00
Keuntungan perbezaan harga ialah USD79.20
ROI≈125%
Kelebihan dan Kekurangan
- Dengan CFD, setiap pelabur boleh membuat spekulasi pasaran semasa sama ada akan mengalami kenaikan atau kejatuhan. Banyak peluang perdagangan yang ada kerana keuntungan boleh diperolehi daripada pembelian atau penjualan CFD dalam instrumen dagangan yang pelbagai.
- Apabila pelabur mula bermain saham dengan CFD, bermakna ia mempunyai banyak peluang untuk melabur dalam pelbagai jenis pasaran saham seperti komoditi, indeks, forex dan lain-lain lagi peluang yang terbuka luas.
- Dengan CFD, anda berdagang menggunakan leveraj kewangan dengan mendeposit kan sejumlah modal yang kecil. Ia berkesan dari segi kos berbanding kaedah pelaburan lain.
- Berdagang dengan CFD bermaksud anda bukanlah memiliki saham yang sebenar contohnya anda bermain saham CFD untuk Apple, anda hanya berdagang menggunakan margin untuk mendapatkan keuntungan dari perbezaan spread. Anda tidak memiliki saham tersebut secara total.
- Berdagang dengan CFD bermaksud anda bukanlah memiliki saham yang sebenar contohnya anda bermain saham CFD untuk Apple, anda hanya berdagang menggunakan margin untuk mendapatkan keuntungan dari perbezaan spread. Anda tidak memiliki saham tersebut secara total.
- Pergerakan pasaran yang pantas mempengaruhi risiko yang akan dihadapi oleh pelabur.
Tahun 2020 ini, jika anda hendak membeli pizza, atau nak mendapatkan pengangkutan hanya dengan smartphone yang ada ditangan anda,begitu juga dengan pelaburan. Jika anda boleh automatikan bil anda, begitu juga dengan pelaburan. Segalanya mudah kini
Jika anda bermula dengan modal serendah 100 USD, anda boleh mempertimbangkan Mitrade yang mana ia mempunyai baki minimum yang rendah dan sebagainya. Sangat mesra pelabur baru dan juga mempunyai platform yang mesra pelanggan untuk berdagang.
Kenapa Mitrade?
Apa-apa yang melibatkan duit ringgit, pastinya anda akan memilih pihak yang dipercayai dan tidak mempunyai masalah dengan undang-undang kan? Sebab itu saya mencadangkan Mitrade kerana Mitrade adalah broker dagangan atas talian dari Australia yang dikawal selia oleh ASIC (Suruhanjaya Sekuriti Di Australia) iaitu satu badan dah yang menyelia broker untuk legitimasi.
Sekiranya anda seorang pelabur pemula yang mahukan platform perdagangan yang mesra pengguna dengan pelbagai alat perdagangan automatik, sokongan pelanggan yang sangat baik dan spread yang ketat,
Mitrade pula menyediakan platform yang terbaik untuk berdagang dan sangat mesra pelabur pemula kerana ianya :
★ Pembukaan akaun minimum hanya $ 50 untuk bermain saham di pasaran AS. Jumlah yang sangat murah.
★ Komisen 0%. Tidak ada komisen untuk membeli dan menjual saham AS di Mitrade, sementara Bursa Malaysia dikenakan komisen dan cukai.
★ Anda boleh membeli 1 stok dengan jumlah kecil. Ya, anda boleh membeli minimum 1 lot saham di mitrade. Berbeza dengan Bursa Malaysia, jumlah pembelian minimum adalah 100 lot saham. Tidak mudah bagi pelabur runcit untuk membeli saham kerana mereka harus menghabiskan banyak wang.
★ Akaun demo percuma. Cara untuk memastikan bahawa broker yang akan kita gunakan adalah sah, boleh dipercayai dan mempunyai sistem platform yang baik. Anda boleh menggunakan akaun demo untuk mensimulasikan perdagangan. Mitrade menyediakan akaun demo dengan wang maya $ 50,000
Bagaimana Mulakan Dagangan Dengan Mitrade
➣ Daftar akaun anda di laman web Mitrade dan muat turun aplikasi Mitrade di smartphone anda.
➣ Boleh mendaftar menggunakan akaun Google, Facebook atau email anda
➣ Lengkapkan maklumat yang diminta
➣ Jawab soalan keselamatan
➣ Selepas akaun anda disahkan anda boleh lakukan deposit untuk mulakan dagangan pertama anda.
Tips Untuk Memulakan Pelaburan Saham
- Bermula dengan yang asas
Dalam apa sahaja yang kita ingin ceburi, pastinya kita akan memulakan sesuatu dengan yang asas supaya proses mengadaptasi dan pembelajaran akan menjadi mudah dan senang difahami, begitu juga dengan saham, dinasihatkan pelabur untuk bermula dengan pelaburan asas dahulu dan faham selok belok dagangan sebelum terjun ke arah yang lebih kompleks.
- Belajar untuk mengawal emosi
Seorang pelabur yang bijak harus belajar untuk mengawal emosi agar dapat mengawal dagangannya tanpa mengikut kata hati, sentiasa faham bahawa pelaburan saham mempunyai risiko.
- Tetapkan matlamat jangka panjang anda
Untuk menetapkan kedudukan kewangan yang kukuh anda perlu menetapkan matlamat anda contohnya anda inginkan persaraan dimasa hadapan? Atau pendapatan bulanan? Dengan menetapkan matlamat spesifik anda akan mudah mendapat gambaran atau visualisasi masa depan serta memfokuskan minda anda saat berdagang.
Buat Kajian dan analisa saham
Pelabur yang bijak adalah pelabur yang sentiasa menimba ilmu pelaburan dan bermain saham dengan ilmu. Buat kajian pasaran dan profil broker serta analisa setiap kenaikan serta penurunan saham sebelum meletakkan modal. Jangan sesekali anda bermain saham secara “gamble” atau berjudi.
Baca Juga: Cara Pelaburan Saham Untuk Meningkatkan Kekayaan?
Kesimpulan
Sekarang anda telah mengetahui cara bermain saham dengan modal kecil. Dah bersedia atau belum untuk melabur? Melabur saham ini mempunyai risiko tersendiri oleh itu memilih cara yang bermodal rendah adalah lebih selamat dan yang penting adalah ilmu saham itu sendiri. Jika anda dah rasa kecukupan dalam pendapatan anda mungkin ianya tidak penting buat anda, namun jika anda berasa sebaliknya. Lebih baik anda pertimbangkan untuk memulakan langkah pertama anda.
Jika waktu anda mempunyai modal yang sedikit pun anda tidak bermula, anda tidak akan dapat mencapai dimana anda merasa cukup untuk bermula. Tiada yang mustahil dan jika anda tidak mulakan sekarang, tiada perubahan yang akan berlaku dalam hidup anda.