Apa Itu Inflasi? Bagaimana Ia Memusnahkan Wang Anda?

Apa itu Inflasi? Inflasi adalah kerugian secara berperingkat dalam kuasa membeli, dalam keadaan inflasi ini ia akan memberikan impak kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara berterusan. Walaupun selalu kedengaran di TV, radio atau anda mungkin membaca inflasi namun tidak semua yang tahu atau faham maksud sebenar inflasi dan bagaimana cara untuk mengatasinya serta apakah yang menyebabkan inflasi. Artikel kali ini akan membantu anda memahami persoalan-persoalan diatas. 

Apa Sebenarnya Inflasi?

Inflasi ialah peningkatan berterusan dari semasa ke semasa dalam paras harga umum barangan dan perkhidmatan dan merupakan penurunan nilai makroekonomi sesuatu mata wang.

Inflasi boleh difahami secara ringkas sebagai:Di ​​sesebuah negara, apabila harga barang meningkat, satu unit mata wang boleh membeli lebih sedikit barangan dan perkhidmatan berbanding sebelum ini. Sehubungan itu, dapat difahami bahawa inflasi adalah gambaran penurunan kuasa beli mata wang seunit rakyat.

Contohnya sekeping roti canai biasanya 5 tahun lalu hanyalah RM 80 – RM 1.00, namun kadar sekarang untuk sekeping roti canai adalah antara RM 1.50 ke RM 1.80 sekeping. Kenaikan harga roti canai ini adalah kerana kenaikan harga bahan mentah yang diperolehi oleh penjual.

Apakah Formula Pengiraan Untuk Kadar Inflasi?

Indeks harga memainkan peranan yang penting dalam pengiraan kadar inflasi oleh ekonomi. Kadar faedah pula menggambarkan perubahan peratusan dalam indek harga diantara dua tempoh (biasanya secara bulanan, suku tahun atau tahunan). Kadar inflasi biasanya dikira menggunakan formula tersendiri. 

Ramai yang tidak tahu bagaimana kadar inflasi diukur dan siapakah yang bertanggungjawab dalam memberikan pengukuran spesifik dalam penentuan kadar ini. Kadar Inflasi biasanya diukur melalui IHP (Indeks Harga Pengguna) dan nilai penggunaan pula diperolehi melalui Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah. 

Di Malaysia, penentuan kadar inflasi berlaku apabila Jabatan Perangkaan Malaysia melakukan penyelidikan keatas harga barangan dan akan mengeluarkan IHP-Indeks Harga Pengguna) atau dalam bahasa global ialah CPI (Customer Price Index). Formula pengiraan kadar inflasi adalah seperti berikut : 

Formula Kadar Inflasi

Peratusan Kadar Inflasi = (Nilai Indeks Akhir / Nilai Indeks Asas ) x 100

IHP = (Harga barangan tahun semasa / Harga barangan tahun asas) x 100

Kita mengambil 3 Barangan Makanan Mentah dibawah sebagai contoh:

IHP = (14.66 + 7.30 + 10.04 / 9.80 + 7.20 + 7.05) x 100= 133%

Kadar Inflasi = (133 – 131 / 131) x 100 = 1.5%

Kadar inflasi pada tahun 2022 ialah pada kadar 1.5% .

Berapa Jenis Inflasi Yang Ada?

Jenis inflasi terbahagi kepada 4 jenis utama bergantung kepada peratusannya. Maklumat lanjut seperti dibawah:

Tahap Karakter
Inflasi Menjalar(Creeping Inflation)Nisbah inflasi <= 3% setahun.
Pada kadar ini biasanya aktiviti ekonomi akan bergerak seperti biasa dan risikonya akan menjadi rendah dimana kehidupan rakyat tetap stabil. Kenaikan harga relatif dan lambat serta orang akan tidak merasakan bebanan yang berat.
Inflasi Berjalan(Walking Inflation)
Kadar Inflasi tahunan ialah 3% hingga 10%. 
Apabila kadar inflasi mencapai kadar sebegini, ekonomi akan berubah-ubah secara mendadak dimana nilai matawang akan jatuh dengan teruk. Keadaan ini biasanya membawa kepada kejatuhan pasaran kewangan. Apabila keadaan ini berlaku, peningkatan harga barang akan mengganggu perbelanjaan isi rumah.
Inflasi Sedang(Galloping Inflation)Kadar Inflasi tahunan adalah > 10%
Ini adalah kadar yang agak menakutkan dimana apabila kadar inflasi mencecah ke tahap ini, ia boleh menjadi sangat merosakan ekonomi sesebuah negara dan sangat sukar untuk mengembalikan ia kepada keadaan yang biasa.
Inflasi Sangat Berat(Hyperinflation)Nisbah kadar inflasi >50% setahun
Sangat jarang berlaku namun ia sangat berat dimana pencetakan wang secara besar-besaran boleh berlaku contohnya kerajaan membayar untuk peperangan. 

Bagaimana Keadaan Semasa Inflasi Di Malaysia

Menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, inflasi di Malaysia telah menurun daripada 4.5% pada September 2022 kepada 4.0% pada Oktober 2022. Bank Negara Malaysia berkata inflasi utama mungkin memuncak pada suku ketiga dan dijangka berkurangan selepas itu, tetapi kekal tinggi.

Kadar inflasi semasa Oktober 2022 Malaysia adalah lebih rendah daripada beberapa negara seperti Zon Euro (10.0%), Amerika Syarikat (8.2%), Filipina (6.9%), Thailand (6.4%), Indonesia (6.0%) dan Korea Selatan ( 5.6%) .

sumber dari: https://tradingeconomics.com/malaysia/inflation-cpi

Apakah Penyebab Inflasi?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang menyebabkan inflasi berlaku, apakah sebab yang membuatkan infalsi mempengaruhi kehidupan seharian mereka sedangkan setiap negara mempunyai kerajaan bagi mengawal segala kewangan dan lain-lain. Namun untuk pengetahuan semua, inflasi boleh terjadi dengan beberapa faktor yang mengakibatkan sesebuah negara itu berada di tahap mana, antaranya ialah : 

  • Inflasi Permintaan Tinggi Melebihi Penawaran

Apabila permintaan melebihi kesediaan barangan akan menyebabkan terjadinya    kenaikan harga. Apabila barang keperluan khususnya tidak mencukupi untuk menampung keperluan, apa yang berlaku adalah harga meningkat dengan cepat sehingga ia membebankan. Dan itu adalah faktor terjadinya inflasi.

Contoh beberapa bulan kebelakangan ini dimana pengeluaran telur ayam di seluruh 

Malaysia meningkat manakala telur tidak banyak dipasaran. Apa yang berlaku, harga telur naik mendadak sehingga biasa harga untuk 30 biji telur saiz C boleh didapati dengan harga RM 10 kebawah, tetapi mencapai sehingga RM 15 untuk saiz yang sama. Ajaibkan.

  • Inflasi Penolakan Kos (Kenaikan Kos Pengeluaran)

Kos input pengeluaran termasuk: upah, harga bahan input, mesin, dll. Inflasi tolakan kos berlaku apabila harga satu atau lebih input meningkat, meningkatkan jumlah kos pengeluaran. Perniagaan juga meningkat. Akibatnya, kos produk akhir juga meningkat.

  • Peningkatan Bekalan Wang

Inflasi juga boleh berlaku jika pengeluaran wang berkembang dengan lebih cepat daripada output ekonomi yang biasa. Jika sesebuah negara mencetak wang yang berlebihan akan menyebabkan inflasi kerana nilai wang itu sendiri akan turun nilainya. 

Apakah Kesan Inflasi Dalam Ekonomi?

Mungkin ramai yang tidak tahu, inflasi memberi kesan kedalam ekonomi sesebuah negara dalam dua cara. Ia bukan hanya memberikan impak negatif, ia juga mempunya impak positif dalam pentadbiran kewangan. 

Impak Positif

Apabila kadar inflasi adalah sederhana, antara 2-5% di negara maju dan di bawah 10% di negara membangun, ia akan membawa beberapa faedah kepada ekonomi, seperti berikut:

Merangsang penggunaan, meminjam, pelaburan, dan mengurangkan pengangguran sosial.

Membenarkan kerajaan lebih kapasiti untuk memilih instrumen untuk merangsang pelaburan dalam sektor sub-keutamaan melalui pengembangan kredit, membantu mengagihkan semula pendapatan sosial dan sumber mengikut orientasi matlamat, matlamat dan tempoh masa yang dipilih. Walau bagaimanapun, ia adalah kerja yang sukar dan berisiko, dan jika anda tidak proaktif, akibatnya boleh menjadi teruk.

Impak Negatif

Apabila inflasi meningkat dan wang menyusut, anda perlu berbelanja lebih untuk membeli jumlah produk atau perkhidmatan yang sama, mengehadkan kuasa beli anda.

Golongan berpendapatan rendah terpaksa berbelanja lebih untuk bertahan semasa inflasi, manakala sebaliknya, orang kaya yang memiliki aset seperti saham, hartanah atau emas mendapat manfaat daripada inflasi, sekali gus memburukkan lagi jurang antara kaya dan miskin.

Inflasi cenderung untuk menghalang pelaburan dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang. Ini kerana ketidakpastian dan kekeliruan lebih berkemungkinan semasa tempoh inflasi yang tinggi.

Gaji sebenar jatuh. Dalam sesetengah kes, inflasi yang tinggi boleh menyebabkan gaji benar yang lebih rendah. Jika inflasi lebih tinggi daripada gaji nominal, maka pendapatan benar akan jatuh.

Bagaimana Untuk Mengatasi Inflasi Melalui Pelaburan?

Nampak gayanya inflasi terkesan kepada semua orang dari pelbagai level. Namun ade beberapa golongan yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan inflasi antaranya ialah pelabur, penyimpan emas dan orang yang memang sedia kaya. Nak tahu tak ade beberapa cara untuk anda mengatasi inflasi melalui pelaburan, antaranya ialah melabur. Melabur dalam perniagaan yang memerlukan modal yang sederhana.

  • Saham 

Pelaburan saham adalah satu lagi cara untuk mendapat manfaat daripada inflasi. Apabila anda melabur dalam saham, anda perlu memilih saham daripada syarikat yang mempunya reputasi dan jenama yang kuat contohnya Apple, Coca Cola, Facebook, Petronas dan lain lain. Selain daripada modalnya yang tidak banyak, ia juga dapat mengekalkan keuntungan.

Baca Juga: Belajar Cara Main Saham Dari Pada Zero(Update 2022)

  • Emas

Jika inflasi menghampiri hiperinflasi, pelaburan terbaik adalah membeli emas. Kerana sifat emas adalah kalis inflasi namun tetap mempunyai risiko tersendiri. Melabur dalam emas ini juga dapat memberikan pulangan yang lebih baik serta dalam tempoh yang panjang. 

Baca Juga: Panduan Pelaburan Emas Untuk Pemula Malaysia

  • Bon

Bon atau Sukuk adalah pilihan pelaburan yang paling kurang risiko dimana ia adalah satu bentuk hutang yang anda beli daripada kerajaan atau syarikat. Bon adalah pinjaman dimana anda meminjamkan wang anda kepada peng isu bon dan hasilnya adalah peng isu bon wajib bayar semula dengan kadar yang ditetapkan yang dipanggil kupon (faedah), apabila tamat tempoh bon, peminjam akan membayar semula duit asal/suit pokok pinjaman tersebut.

Apakah Kaedah Kerajaan Dalam Mengawal Inflasi?

Apabila berlakunya inflasi, setiap kerajaan dalam negara akan melaksanakan berbagai cara untuk mengawal keadaan inflasi agar ia tidak menjadi lebih teruk atau tidak terkawal. Ada beberapa cara kerajaan mengawal inflasi antaranya ialah : 

  1. Mengurangkan perbelanjaan dalam sektor awam

Bagi tujuan mengawal kadar inflasi negara, biasanya kerajaan akan memulakan langkah mengurangkan perbelanjaan sektor awam. Perbelanjaan kerajaan dalam pelbagai urusan turut dikurangkan termasuk sektor awam yang lain. Ia juga adalah untuk menstrukturkan semula ekonomi negara.

  1. Naikkan Kadar Faedah

Bank negara akan mengumumkan kadar kenaikan faedah contohnya OPR (Overnight Policy Rate) untuk menggalakkan rakyat menyimpan dan juga mengurangkan bebanan hutang yang sedia ada.

  1. Menaikkan Cukai Perbelanjaan

Selain itu, kerajaan juga akan menaikan cukai perbelanjaan daripada pendapatan, levi,hartanah dan lain-lain cukai bagi membantu mengawal inflasi. 

  1. Mengisukan Bon Kerajaan

Bon kerajaan boleh mebayar bayaran faedah berkala yang dipanggil kupon dan ia dianggap sebagai pelaburan berisiko rendah untuk kerajaan. Setiap jaminan hutang yang dikeluarkan adalah bagi menyokong perbelanjaan dan kewajipan kerajaan

Kesimpulan

Walaupun inflasi dianggap mimpi buruk bagi sesebuah negara, ia juga sebenarnya adalah untuk menentukan kestabilan sesebuah negara dalam mengawal ekonomi sekiranya terjadi inflasi dunia. Untuk mengatasi perkara ini, kerajaan dan juga rakyat harus bekerjasama dalam menangani isu ini dimana semua perlu memainkan peranan yang baik. Selain itu, pelaburan juga adalah cara yang baik untuk mengatasi inflasi dan fokus pelaburan perlulah untuk yang berpotensi dan mempunyai risiko yang rendah. 

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan