Tahukah anda apakah faktor-faktor yang mempengaruhi turun naiknya harga minyak dunia hari ini, apakah trend harga minyak dunia pada tahun 2021, dan bagaimana pelabur biasa boleh melabur dalam harga minyak antarabangsa. Dalam artikel ini anda akan mendapat jawapannya, mari kita lihat!
West Texas Intermediate (WTI)
Minyak WTI adalah sebuah pasaran minyak yang berpangkalan dan di proses di Texas, Amerika Syarikat. Suatu kelebihan minyak WTI ialah minyak tersebut di proses dan di ekstrak menggunakan teknologi yang baru.
Berbanding dengan minyak Brent, WTI di gelar minyak ‘manis’ oleh kerana kandungan sulfur yang rendah.
Harga WTI merupakan ‘benchmark’ utama kepada pasaran minyak di Amerika Syarikat. Harga satu tong minyak WTI adalah lebih rendah berbanding dengan minyak Brent, namun perbezaan harga biasanya kurang dari $10 untuk satu tong.
Harga Minyak WTI Hari Ini
Brent Crude Oil
Minyak Brent Crude adalah sebuah pasaran minyak yang beroperasi di laut dan merupakan ‘benchmark’ harga minyak kepada kebanyakan negara seperti di Asia, Afrika dan Eropah. Brent mempunyai tempat penyimpanan minyak yang tidak terhad kerana ia di hasilkan di laut berbanding dengan minyak WTI yang berpotensi untuk habis.
Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC), adalah sebuah organisasi dunia yang di sertai oleh negara-negara pengeluar minyak terbesar bertanggungjawab untuk menjaga pengeluaran dan pembahagian minyak Brent.
Satu kelebihan minyak Brent adalah kos pengangkutan yang di gunakan lebih murah berbanding dengan WTI yang di hasilkan di darat.
Harga Minyak Brent Hari Ini
Apa Perbezaan WTI dan Brent?
Harga minyak dunia merupakan salah satu pasaran komoditi yang sering di perhatikan oleh orang ramai termasuk perniagaan dan syarikat kerana ia dapat mempengaruhi sesuatu keadaan ekonomi.
Trend harga minyak ini penting untuk di perhatikan oleh sebab faktor pelbagai kegiatan ekonomi yang amat bergantung kepada minyak terutama lagi yang melibatkan pengangkutan.
Bagi anda yang baru ingin memahami pasaran harga minyak dunia, anda perlu tahu bahawa komoditi pasaran minyak terbahagi kepada 2 iaitu WTI dan Brent. Ini akan membantu anda untuk memilih minyak mentah mana yang anda rasakan sesuai untuk anda mula berdagang dan melabur.
Kepentingan Minyak
Sebelum itu, anda perlu ketahui bahawa minyak merupakan komoditi dan bahan asas yang amat di perlukan di seluruh dunia untuk menjalankan kegiatan ekonomi seperti perniagaan-perniagaan kecil mahu pun besar, termasuk juga kegiatan hiburan serta sukan.
Untuk memudahkan anda memahaminya, cuba bayangkan jika anda dalam perjalanan ke tempat kerja anda namun minyak kereta anda telah habis. Anda perlu membeli minyak supaya anda dapat sampai ke tempat kerja anda. Begitulah pentingnya minyak dalam kegiatan ekonomi seluruh dunia.
Bagaimana keadaan pasaran minyak mentah dunia sekarang?
Pasaran minyak mentah dunia sekarang pada 4 November sekitar $37 untuk WTI dan $39 untuk Brent. Harga minyak dunia berada pada tahap mendatar sejak bulan Jun tahun ini. Harga minyak cuba untuk menaik dan kini ia berada di tahap resistance di paras $33 – $43.
Sebelum ini paras tersebut merupakan zon support yang kuat iaitu sekitar $43 namun ia berjaya di pecahkan pada bulan Februari tahun ini.
Ia di jangkakan harga minyak dunia akan terus berada pada zon tersebut sehingga akhir tahun ini kerana ia gagal meneruskan kenaikan. Walau bagaimana pun, harga minyak juga ada kemungkinan untuk turun sedikit kerana beberapa negara telah melaksanakan semula lockdown pada bulan November seperti negara Britain dan di Eropah.
Namun begitu, di sebabkan oleh harga minyak dunia yang di beri harga dalam Dollar Amerika Syarikat, ia akan mempengaruhi turun dan naik pasaran harga minyak dunia. Pada November 2020, terjadinya suatu acara terbesar di Amerika Syarikat iaitu pemilihan Presiden akan di jalankan.
Oleh kerana harga minyak dan dollar saling berkaitan, apa pun keputusan yang terjadi semasa pemilihan tersebut para pelabur perlu menjangkakan pergerakan yang tidak menentu dalam pasaran minyak mentah.
Faktor yang mempengaruhi pergerakan harga minyak dunia
Minyak merupakan salah satu pasaran komoditi yang sensitif dengan keadaan ekonomi semasa dan boleh mempengaruhi pergerakan pasaran. Selain itu, banyak lagi sebab yang boleh mempengaruhi pergerakan harga minyak dunia.
Berita Antara bangsa
Harga minyak dunia di pengaruhi oleh berita-berita yang terjadi seperti apabila Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap Iran, ia telah menyebabkan pengeluaran minyak Iran jatuh. Apabila Iran yang merupakan salah satu pengeksport minyak terbesar dunia di sekat, negara lain akan cuba untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan minyak dan ini akan menyebabkan harga minyak akan naik dalam tempoh jangka masa pendek.
Supply & Demand
Supply dan demand bermaksud apabila permintaan menaik maka harga akan menaik dan apabila permintaan sedikit maka harga pun akan menurun. Ini di lihat dengan jelas apabila virus melanda seluruh dunia, permintaan sumber minyak terutamanya dalam berkaitan pengangkutan menjadi rendah. Penerbangan di seluruh dunia di hadkan dan penggunaan kereta di kurangkan apabila terjadinya ‘lockdown’.
Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekurangan penggunaan dan permintaan minyak, seterusnya harga minyak akan jatuh dan menjadi murah.
Indeks kadar pertukaran mata wang dollar
Pada masa ini, minyak mentah di beri harga berasaskan US Dollar. Jadi apa bila terjadi sebarang perubahan atau jangkaan dalam US Dollar, ia juga turut akan memberi kesan pada harga minyak.
Trend indeks dolar AS dan harga minyak kadang-kadang mempunyai korelasi yang negatif dalam sejarah.
Harga minyak biasanya naik apabila indeks dolar jatuh, tetapi tidak mutlak.
Dasar pengurangan pengeluaran OPEC
Sebagai organisasi negara pengeksport petroleum yang paling penting di dunia – OPEC, ia mempunyai kekuatan harga minyak yang kuat di dunia.
Untuk melindungi kepentingan negara-negara anggota, organisasi menerapkan sistem siling pengeluaran yang ketat untuk setiap negara anggota, dan setiap kali harga minyak antara bangsa jatuh, negara-negara anggota organisasi akan menerapkan polisi pengurangan pengeluaran untuk mempertahankan serta melindungi minyak pada harga yang tinggi.
Analisis teknikal trend harga minyak dunia 2021?
Sebelum kita lihat analisis teknikal trend harga minyak dunia 2021, kita perlu lihat pergerakan trend harga minyak dunia tahun 2020 untuk mengetahui perjalanan pasaran harga minyak dunia pada tahun hadapan.
Harga minyak pada permulaan tahun 2020 untuk Brent Oil berada pada lebih kurang $70 untuk satu tong dan $60 satu tong untuk WTI Oil. Namun harga minyak terus mulai jatuh sehingga ke paras terendah $11 kerana isu Covid-19.
Walau bagaimana pun, harga mula menaik ke paras $44 hingga $45 pada bulan Ogos 2020.
Untuk trend harga minyak dunia 2021 menggunakan analisis teknikal, di jangka harga minyak akan mendatar dalam zon fasa ‘consolidation’, iaitu trend yang mendatar serta tidak ketara menaik dan menurun.
Harga minyak dunia akan terus mendatar sehinggalah terjadinya zon fasa tersebut pecah atau terjadi ‘breakout’. Selain itu, jika kita melihat analisis fundamental, harga minyak akan mulakan trend menaik jika terdapat perkembangan positif dalam penemuan vaksin untuk virus Covid-19.
The World Bank pula menjangka kan bahawa harga minyak dunia pada tahun 2021 akan berada dalam harga $44 untuk satu tong. Pernyataan ini menyokong analisis teknikal di mana harga masih berada dalam zon consolidation.
Damien Courvalin, yang merupakan seorang pengarah di Jabatan Penyelidikan Tenaga Goldman Sachs di Amerika Syarikat, beliau telah menganggarkan bahawa disebabkan oleh perkembangan berterusan vaksin pneumonia koronavirus (COVID-19) dan pengurangan pengeluaran OPEC +, bekalan akan berkurang, yang akan mempercepat pemulihan pasaran minyak mentah antara bangsa. Harga minyak antara bangsa pada suku ketiga 2021 dijangka meningkat dari sekitar 45 US Dollar satu tong kepada 65 US Dollar satu tong.
Di mana saya boleh berdagang minyak mentah Brent?
Sebagai pelabur, minyak mentah adalah salah satu pasaran komoditi dunia yang boleh di jadikan pasaran untuk anda melabur dan menjana keuntungan. Ini di sebabkan oleh hubungan kait antara supply dan demand terhadap minyak mentah yang sering berubah dari semasa ke semasa.
Selain dari pada harga minyak yang naik turun dengan pantas, likuiditi yang tinggi juga menjadi alasan mengapa pasaran komoditi ini popular dan menguntungkan di kalangan pelabur.
Oleh sebab itu, mungkin anda bertanya dan ingin tahu bagaimana caranya untuk melabur dan berdagang komoditi minyak mentah di pasaran dan mendapatkan keuntungan.
Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk anda berdagang serta melabur minyak mentah, saham dan ETF, namun begitu kos yang di perlukan amat tinggi.
Akan tetapi, terdapat berita baik untuk anda! Terdapat suatu cara untuk melabur dan berdagang dengan harga yang lebih murah dan juga ia lebih mudah berbanding dengan cara yang lain. Anda boleh mula berdagang dengan menggunakan CFD. (Sekiranya anda baru mengenal CFD, anda boleh memulakan dengan panduan kami mengenai Apa itu CFD dan bagaimana ia berfungsi.)
Melabur dalam CFD, atau pun Contract For Difference, adalah sebuah jenis pelaburan yang anda boleh lakukan. Pelaburan jenis ini melibatkan kontrak perbezaan, terhadap dua pihak di dalam dan semasa perdagangan atau pelaburan. Kontrak ini membolehkan anda untuk berdagang dan melabur walau pun anda sebagai pedagang tidak memiliki aset tersebut.
Selain itu, antara ciri khas CFD adalah anda boleh membuat keuntungan dengan walau pun pasaran menaik atau jatuh, berbanding jika melabur di Bursa Malaysia, anda hanya akan memperoleh keuntungan jika pasaran menaik.
Sebagai contoh, apa bila harga minyak dunia sedang menaik, anda mengambil kesempatan untuk ‘buy’. Pada masa yang sama, apa bila harga minyak dunia menurun, anda juga boleh mengambil kesempatan untuk ‘sell’. Kedua-dua cara ini anda boleh menjana keuntungan.
Cara mula mendaftar akaun CFD
Anda boleh membuka dan mendaftar akaun CFD melalui broker Mitrade. Mitrade adalah sebuah broker antara yang terbaik di dunia dan ia di pantau dan di kawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC).
Sekiranya anda seorang pelabur pemula yang mahukan platform perdagangan yang mesra pengguna dengan pelbagai alat perdagangan automatik, sokongan pelanggan yang sangat baik dan spread yang ketat, Mitrade adalah salah satu broker dalam talian terbaik.
Anda boleh memanfaatkan alat pengurusan risiko yang ditawarkan Mitrade, termasuk Perlindungan Baki Negatif dan peraturan peringkat teratas, sementara juga mengakses spread yang sangat rendah dan komisen sifar. Untuk meneroka platform perdagangan dan pasaran kewangan Mitrade, anda boleh membuka akaun demo,akaunnya tersedia $50000 wang maya dan berlaku selama 90 hari.
Kesimpulan
Pasaran minyak dunia terbahagi kepada jenis utama iaitu WTI Oil dan juga Brent Oil, masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pergerakan harga minyak dunia banyak di pengaruhi oleh faktor ekonomi dan suasana semasa, sama seperti dengan apa yang kita lalui pada hari ini iaitu masalah ekonomi di sebabkan oleh virus pandemik Covid-19.
Namun begitu, jika anda pandai memanfaatkan pasaran dunia masa kini, anda boleh menjana kewangan dan pendapatan tambahan dengan melabur serta berdagang minyak mentah.
Harga minyak mentah dunia masa kini tahun 2020 dan 2021 di jangkakan akan berada dalam zon consolidation atau pun mendatar, dan average sekitar harga $43 untuk satu tong minyak. Akan tetapi ia mungkin akan terjadi perubahan jika ada perkembangan yang positif berkaitan keberhasilan dan pengeluaran vaksin virus pandemik Covid-19 pada tahun 2021. Namun anda masih mampu menjana keuntungan melalui akaun CFD sama ada dalam pasaran menaik dan juga menurun.