Suatu kelebihan pasaran Forex adalah, ianya dibuka selama 24 jam, 5 hari seminggu tanpa henti. Ini berbeza dengan pasaran Saham yang dibuka mengikut hari bekerja, termasuk cuti umum.
Mata wang secara lazimnya di guna pakai setiap hari di seluruh kawasan di dunia. Oleh itu, transaksi pun berlaku secara terus menerus tanpa henti.
Pasaran forex mempunyai volatiliti yang tinggi disebabkan oleh zon waktu di seluruh dunia, yang bermaksud urus niaga boleh dibuat pada rangka masa 24 jam. Ini kerana, tidak seperti saham, mata wang itu terus ditukar walaupun selepas Bursa Saham New York ditutup.
Waktu Pasaran Forex Malaysia
Pasaran mata wang antarabangsa terdiri daripada bank, syarikat komersial, bank pusat, firma pengurusan pelaburan, dana lindung nilai, serta broker forex runcit dan pelabur di seluruh dunia. Oleh kerana pasaran ini beroperasi dalam berbilang zon waktu, ia boleh diakses pada bila-bila masa kecuali pada cuti hujung minggu.
Pasaran mata wang antarabangsa tidak dikuasai oleh pertukaran pasaran tunggal tetapi melibatkan rangkaian pertukaran global dan broker di seluruh dunia. Waktu dagangan forex adalah berdasarkan apabila dagangan dibuka di setiap negara yang mengambil bahagian. Walaupun zon waktu bertindih, zon waktu yang diterima umum untuk setiap wilayah adalah seperti berikut:
Di bawah merupakan jam urusniaga di setiap zon, diikuti jam di Malaysia:
- Tokyo 7 malam hingga 4 pagi EST
(Malaysia dari 7 pagi hingga 4 petang)
- Sydney 5 petang hingga 2 pagi EST
(Malaysia dari 5 pagi hingga 2 petang)
- London 3 pagi hingga 12 tengah hari EST
(Malaysia dari 3 petang hingga 12 malam)
- New York 8 pagi hingga 5 petang EST
(Malaysia dari 8 malam hingga 5 pagi)
Bilakah Sesi Pasaran Forex Berlaku Pertindihan?
Anda mungkin ingin memanfaatkan waktu dagangan anda dengan mengetahui bila sesi pasaran Forex berlaku pertindihan. Spekulator biasanya berdagang secara berpasangan antara tujuh mata wang ini dari mana-mana negara di dunia, walaupun mereka memilih masa dengan volum yang lebih berat.
Apabila berlaku volume dagangan yang tinggi, broker akan menyediakan spread yang lebih ketat). Ini akan mengurangkan kos transaksi untuk pedagang. Begitu juga pedagang institusi juga menyukai masa dengan volume dagangan yang lebih tinggi, walaupun mereka mungkin menerima spread yang lebih luas untuk peluang berdagang seawal mungkin sebagai tindak balas kepada maklumat baharu yang mereka miliki.
Lihat gambarajah di bawah untuk mengetahui bila terjadi sesi pertindihan:
Sesi Pasaran Forex (Waktu Dalam GMT)
Waktu Yang Terbaik Untuk Berdagang
Secara umumnya, pasaran akan bergerak aktif apabila sesi dagangan dibuka (lihat jadual di atas). Waktu inilah spread akan mengecil dan strategi dagangan anda akan lebih efektif. Namun, terdapat waktu yang terbaik untuk berdagang:
- Sesi Dagangan London – New York
Pertindihan ini merupakan tempoh dagangan forex utama apabila kedua-dua pusat perdagangan forex utama New York dan London dibuka untuk perniagaan. Dagangan dalam semua mata wang Eropah adalah paling tinggi dalam tempoh ini dan menawarkan kecairan paling banyak untuk pasangan mata wang yang melibatkan Euro, Pound Sterling dan Franc Swiss.
Di Malaysia, sesi dagangan ini mula berlaku pada pukul 8 atau 9 malam, sehingga tengah malam.
- Sesi Dagangan Tokyo – Sydney
Walaupun sesi ini tidak seaktif sesi dagangan London – New York, anda masih boleh berdagang dengan baik.
Waktu Yang Terburuk Untuk Berdagang
- Semasa Berita Ekonomi Dikeluarkan
Setiap kali berita berkaitan ekonomi seperti NFP dan pengumuman kadar faedah dikeluarkan, volatiliti pasaran akan menjadi sangat aktif. Ini disebabkan oleh institusi-institusi besar yang membuat reaksi berkaitan berita atau data tersebut.
Anda boleh rugi dan kehilangan kesemuanya jika anda tersilap percaturan.
Hujung Minggu atau Cuti Umum
- Anda perlu menggelak daripada berdagang semasa hujung minggu atau cuti umum. Pasaran tidak akan bergerak atau hanya bergerak dengan sedikit. Berdagang pada masa ini hanya akan merugikan masa anda.