Apa Itu Forex? Belajar Cara Main Forex Malaysia

Forex di Malaysia adalah forex yang paling popular sebagai pelaburan. Jadi apakah sebenarnya pertukaran mata wang asing ini? Adakah ianya sah untuk bermain forex di Malaysia? Teruskan bacaan anda di artikel ini untuk belajar dengan lebih lanjut bagaimana untuk berdagang forex.

Apa itu Forex Malaysia?

Tukaran mata wang asing, biasanya dirujuk sebagai forex atau FX, ia adalah transaksi yang mana penukaran mata wang daripada satu matawang ke mata wang yang lain, pertukaran dua mata wang yang berbeza pada kadar pertukaran yang dipersetujui. Tujuan asal untuk orang yang berdagang dalam pertukaran mata wang ini ialah hanyalah untuk menukar mata wang, tetapi dari masa ke semasa manusia belajar bagaimana untuk membuat duit daripada perbezaan tukaran mata wang dan pelaburan jenis ini menjadi sumber yang penting kepada pendapatan mereka.

Apakah itu Pasaran Tukaran Mata Wang?

Two metal dices with words Buy and Sell on one-dollar bill isolated on white background

Pasaran tukaran mata wang global elektronik adalah jaringan kepada bank, broker, Dana terhad dan juga pedagang lain untuk dagangan mata wang. Pedagang dan juga peserta pasaran akan melaksanakan contract di kaunter. Tidak seperti pasaran traditional, pasaran tukaran mata wang asing tidak spesifik kepada pusat dagangan tetapi berhubung secara terminal.Jadi anda boleh berdagang forex selama mana anda mempunyai jaringan internet.

Ini adalah contoh yang mudah, kebiasaan nya anda harus mencari tukaran mata wang di pejabat di mana-mana lapangan terbang dan juga menukar wang anda yang di dalam dompet kepada mata wang negara yang anda lawati, apabila anda melakukan perkara ini anda sebenarnya telah pun terlibat dalam pasaran mata wang asing.

Peserta Utama Dalam Pasaran Pertukaran Asing

Business man making trading from his office. Close up on the smart phone with trading chart

Sesiapa sahaja yang menjalankan aktiviti dagangan di dalam pasaran tukaran mata wang asing boleh juga dikenali sebagai peserta tukaran pasaran mata wang asing. Pemain utama dalam pasaran tukaran mata wang ialah:

Kerajaan dan bank pusat : Bank pusat adalah peserta yang has dalam pasaran tukar mata wang asing. Iya menjalankan dagangan tukaran mata wang asing bukan untuk keuntungan tetapi untuk memantau dan menguruskan pasaran tukaran mata wang asing dan juga menjadi panduan kepada pertukaran kadar tukaran.

Bank komersial : Bang menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan Runcit (pelanggan bank) Untuk membawa keluar dagangan asing atau menjadikan pelaburan antara bangsa dalam asset kewangan yang memerlukan tukaran mata wang asing.

Syarikat import dan eksport : Syarikat yang terlibat dalam perniagaan import dan eksport Menjalankan transaksi tukaran mata wang untuk membayar barang dan perkhidmatan.

Broker forex : Broker forex tidak membeli atau menjual tukaran mata wang asing mereka, menyediakan sebut harga terbaik dan bertindak sebagai orang tengah yang dipercayai di antara perdagang dan pelabur.

Pedagang forex : peserta pasaran adalah mereka yang membuat keuntungan spekulatif dengan meramalkan turun naik kadar tukaran,Mengambil peluang pada perbezaan waktu kadar tukaran untuk beberapa mata wang, membeli dengan harga rendah dan menjual dengan harga yang tinggi.

Jenis-jenis Pasaran Forex yang berbeza

Kita boleh membahagikan pasaran tukaran mata wang asing kepada tiga kategori, spot (Spot), Kedepan (forward), dan masa hadapan (future).

Pasaran spot : pasaran sport adalah pasaran untuk menjual dan membeli pelbagai aset (Termasuk saham, komoditi atau mata wang dan lain-lain) dalam bentuk penghantaran segera. Pasaran Spot selalunya dirujuk sebagai “Pasaran fizikal” dan juga “pasaran tunai” dan bank pusat serta bank Komersial dan pedagang menjadi pemain utama dalam pasaran tukaran mata wang asing

Pasaran kehadapan:pasaran ke hadapan merujuk kepada pasaran untuk contract transaksi masa depan. Transaksi ke hadapan adalah asas kepada transaksi sport di mana ia hanya menyambungkan transaksi sport pada waktu itu. Objek untuk transaksi ini ialah Contract tidak standard yang dirunding oleh kedua-dua pihak.

Pasaran hadapan: Berdagang untuk pasaran masa hadapan adalah lebih kurang sama dengan pasaran ke hadapan di mana ia membina idea dalam mempersetujui kontrak yang akan menukar mata wang dalam kadar tukaran yang dipersetujui pada waktu yang dipersetujui. Walau bagaimana pun Perbezaan utama di antara pasaran hadapan Dan juga pasaran ke hadapan adalah dagangan hadapan ialah contract yang standard di mana ia lengkap untuk tukaran masa depan dan syarikat penyelesaian bertindak sebagai orang tengah.

Waktu Pasaran Forex Malaysia

Pasaran tukaran mata wang asing Adalah pasaran yang tidak berhenti 24 jam. Waktu dagangan mata wang asing akan menjadi sangat berbeza dalam zon masa di seluruh dunia, waktu Bermula dan waktu tutup pada  zon masa yang bertindih antara satu sama lain. Membentuk penyambungan dan juga ruang dalam meja dagangan tukaran mata wang asing. Ia tidak mengikat dan pedagang boleh mencari waktu dagangan yang sesuai pada bila-bila masa. Waktu dengan pasaran mata wang asing yang spesifik pada beberapa negara seperti di bawah :

waktu pasaran forex malaysia

Apakah itu Dagangan Forex

Dagangan tukaran mata wang asing ialah tidak akan membeli dan menjual mata wang. Dalam dagangan mata wang asing pedagang akan secara aktif membuat spekulasi, meramalkan masa depan mata wang dan membuat kau untungan daripada pembelian dan penjualan mata wang. Setiap transaksi yang dibuat dalam pasaran mata wang asing melibatkan penjualan dan pembelian dua mata wang pada masa yang sama. Mata wang ini dipanggil pasangan mata wang dan termasuk dalam mata wang asas dan juga mata wang sebut harga. Harga untuk pasangan mata wang ini menunjukkan berapa banyak unit dalam sebut harga mata wang asing yang memerlukan untuk dibeli satu unit dalam mata wang asing.

Kaedah sebut harga untuk transaksi tukaran mata wang asing

Setiap pasangan mata wang mempunyai dua bahagian:

Mata wang asas adalah mata wang pertama yang di senaraikan di dalam sebut harga. Sebut harga mata wang mata wang kedua yang di senaraikan di dalam sebut harga.

Setiap pasangan mempunyai dua harga – Harga mata wang asas  untuk dijual (ask) Dan juga harga untuk membelinya (bid). Perbezaan antara kedua-dua nya adalah dipanggil sebaran dan mewakili jumlah yang dicas oleh broker Untuk membuka posisi. Lebih banyak mata wang didagangkan contohnya lebih banyak kecairan dan lebih ketat sebaran akan terjadi. Lebih jarang pasangan mata wang lebih besar dan merendahkan kecairan saja kebiasaan nya membawa kepada turun naik yang meningkat.

Apabila berdagang Forex, anda biasanya akan membuat spekulasi sama ada harga pasangan matawang asas akan naik atau jatuh berkait dengan matawang. Jadi dalam GBP/USD, jika anda fikir GBP/USD akan naik, go long (buy) pasangan itu. Sebaliknya jika anda fikir GBP/USD akan jatuh (atau USD/GBP naik), go short (sell) pasangan matawang tersebut.

Mana-mana pun, jika ramalan pedagang adalah tepat, maka mereka akan mendapat untung,jika sebaliknya maka mereka akan kerugian.

Contoh Dagangan Forex

Andaikan harga semasa dagangan GBP/USD ialah 1.34250/1.34258, anda mengandaikan harga GBP akan naik, jadi anda membeli satu lot GBP/USD pada 1.34258.

Bersamaan dengan menggunakan £100,000 untuk membeli 134,258 EUR dan saiz posisi anda ialah 134,258 EUR.

Jika ramalan anda betul dan GBP meningkat berbanding EUR dan semasa dagangan pada 1.34450/1.34508 dan anda memutuskan untuk menjual EUR pada 1.34508, posisi anda kini bernilai 134508 EUR

Jumlah keuntungan = 134.508 Euro – 134,258 Euro = 250 Euro, ini adalah keuntungan anda atas dagangan ini.

Pengkelasan Pasangan Matawang

Semua matawang di tugaskan kepada kod 3 huruf, seperti tickers untuk ssaham. Terdapat lebih dari 170 matawang seluruh dunia, sebahagian besar transaksi tukaran matawang asing melibatkan USD, bermakna simbol USD khusunya adalah sangat berguna. Yang kedua popular dalam pasaran matawang asing ialah Euro.

Matawang major lain mengikut urutan yang popular ialan : Yen Jepun (JPY), Pound British (GBP), Dolar Australia (AUD), Dolar Kanada (CAD), Swiss Franc (CHF) dan Dolar New Zealand (NZD).

Pasangan Matawang Major : Pasangan matawang major selalunya melibatkan USD dan paling banyak didagangkan sebagai pasangan matawang lebih kurang 75% daripada pasaran dagangan forex. 

Pasangan matawang Minor : Pasangan matawang minor adalah pasangan matawang yang tidak melibatkan USD dan biasanya kurang kecairan berbanding yang major.

Pasangan Matawang Eksotik : Eksotik selalunya di anggap sebagai paling kurang didagangkan, ia lebih sukar didagangkan contohnya pasangan matawang eksotik ialah GBP/SEK.

Matawang Utama Dalam Dagangan Forex

Pasangan Matawang MajorPasangan Matawang MinorPasangan Matawang Eksotik
EUR/USDEUR/GBPEUR/TRY
USD/JPYEUR/JPYUSD/HKD
GBP/USDGBP/JPYUSD/ZAR
USD/CHFGBP/CADJPY/NOK
USD/CADCHF/JPYNZD/SGD
AUD/USDEUR/AUDGBP/ZAR
NZD/USDNZD/JPYAUD/MXN

Kelebihan dan Kelemahan Dagangan Forex

Banyak kelebihan yang boleh mendapat keuntungan dan aktiviti menarik termasuk :

  • Kebolehcapaian: Dagangan Atas Talian boleh membuat duit dalam pasaran dan mudah dicapai oleh sesiapa sahaja didunia ini dengan hanya sambungan internet dan modal asas.
  • Kecairan tinggi :Berbanding dengan pasaran kewangan lain, pasaran tukaran matawang asing adalah yang terbesar  dan mempunyai peserta yang paling besar. Ia mempromosikan kecairan tinggi.
  • Waktu Dagangan Fleksibel : Pasaran tukaran matawang asing dibuka 24 jam sehari, Pedagang boleh bekerja mengikut kesesuaian masa mereka dan memilih untuk berdagang seberapa kerap.
  • Kos Transaksi Rendah : Salah satu kelebihan terbesar dalam Forex ialah ia mempunyai kos transaksi rendah, sebaran rendah dan komisen.
  • Dagangan Leveraj : Pedagang boleg membeli dan menjual jumlah leveraj yang besar dimana ia membenarkan mereka berdagang dengan jumlah besar daripada akaun mereka .
  • Boleh Going Long atau Going Short : Pasaran tukarang matawang asing tidak mempunyai sekatan atau dagangan terarah, ia berkemungkinan boleh untung atau rugi tanpa mengira trend pasaran.

Dengan aktiviti dagangan terbanyak, forex boleh menjadi manfaat atau kemudaratan kepada pedagang.

  • Votality Tinggi: Mudah menderita dari kerugian besar dengan votaliti tinggi dalam pasaran disebabkan oleh makro ekonomi yang tidak terkawal dan perkembangan geo politik.
  • Risiko Leveraj: Leveraj tinggi ialah pedang dua mata, ia boleh meningkatkan keuntungan dan risiko pada masa yang sama.
  • Kadar risiko tukaran: Perubahan dalam kadar tukaran bermakna keuntungan anda turut terkesan apabila ia bertukar semua kedalam matawang dimana anda boleh memperoleh keuntungan.
  • Risiko Kawal Selia: Pasaran tukaran matawang asing adalah pasaran tanpa kawal selia dan mungkin kurang telus, oleh itu dagangan forex atas talian mungkin tidak sepenuhnya dibawah kawalan pedagang.

Faktor yang memberi kesan pada Kadar tukaran

Pelbagai faktor yang boleh memberi kesan kepada permintaan dan penawaran duit. Ada beberapa faktor yang bekerja untuk jangka masa pendek dan memberikan kesan kepada turun naik harian dalam kadar tukaran. Faktor ini memberikan kesan kepada pasaran tukaran matawang dan boleh disimpulkan seperti dibawah :

Campur Tangan Bank Pusat: Pihak berkuasa monetari negara campur tangan dalam pasaran pertukaran asing dengan menjejaskan penawaran dan permintaan dalam pasaran forex. Bank pusat boleh membeli atau menjual mata wang negara dalam pasaran forex untuk mengekalkan kadar pertukaran mata wang tempatan

Inflasi: Biasanya inflasi disebabkan oleh kadar tukaran matawang domestik jatuh, dimana ia boleh melemahkan persaingan dalah eksport komoditi dan menaikan import baangan, akan membawa kepada matawang domestik terjejas, sebaliknya untuk meredakan infalsi akan membuatkan kadar tukaran naik.

Kestabilan Politik: Jika situasi politik sesebuah negara stabil maka pelabur akan menaikan pelaburan mereka. Ia akan memberikan kesan kepada kadar tukaran negara. Negara dengan persekitaran politik yang stabil akan menarik lenih ramai pelabur asing dan akan membantu kadar tukaran matawang asing secara berterusan.

Prestasi Ekonomi: Faktor lain yang memberikan kesan kepada kadar tukarang ialah kesihatan dan juga prestasi ekonomi. Contohnya negara yang mempunyai kadar pengangguran rendah bermakna rakyatnya mempunyai banyak duit untuk dibelanjakan dan ia akan membantu membangunkan ekonomi yang kukuh. Ekonomi yang kukuh juga akan menarik pelabur luar dan membantu meredakan inflasi dan menggalakkan matawang negara.

Tahap kadar Faedah: Tahap kadar faedah memberikan kesan langsung kepada pengaliran modal antarabangsa. Aliran masuk menyebabkan kadar faedah yang tinggi negara dan aliran keluar menyebabkan kadar faedah yang rendah negara. Aliran modal menyebabkan perubahan permintaan dan penawaran berkait dengan pasaran tukaran matawang asing sekaligus memberikan kesan turun naik kadar tukaran asing.

Adakah Forex Sah Di Malaysia?

Ya, dagangan Forex adalah sah di Malaysia tapi hanya dengani yang berdaftar dan diluluskan oleh institusi kewangan. Peraturan rasmi ialah anda boleh menjalankan transaksi matawang secara sah di Malaysia dengan institusi berlesen. Dagangan Forex di Malaysia sah selagi mana ia mematuhi undang-undang dan peraturan yang specifik oleh kerajaan dan penyeliaan.

Sementara dagangan tersedia untuk seluruh rakyat Malaysia, Dagangan Forex tanpa seliaan broker boleh mengatasi anda dan menyebabkan pelbagai masalah kepada pedagang pemula. Bagaimanapun sentiasa pastikan broker yang dipilih mematuhi undang-undang tempatan.

Bagaimana Membuka Transaksi Matawang Pertama

Langkah 1: Cari broker Forex yang bereputasi, apabila memilih broker pastikan mereka mempunyai lesen dan diselia di negara anda, menawarkan komisen rendah dan mempunyai keadaan dagangan yang menguntungkan.

Baca Juga: 10 Forex Broker Malaysia Terbaik Yang Sah 2022

Langkah 2:Buka akaun, pertama sekali anda perlu mengisi borang permohonan dengan mana, nama pengguna, alamat emel dan kata laluan serta sahkan identiti serta alamat.

Langkah 3: Masukkan dana kedalam akaun, pastikan anda membuat deposit pertama dan mulakan dagangan, jangan deposit lebih daripada wang yang anda sanggup kerugian. Jika tidak biasa dengannya anda boleh menggunakan akaun demo dahulu.

Langkah 4: Pilih pasangan matawang untuk membuat pesanan, gunakan alatan pengurusan risiko untuk hentikan kerugian atau ambil keuntungan.

Langkah 5: Pantau untung rugi anda, jangan terlalu beremosi. Pasaran matawang asing adalah sangat tidak menentu dan anda akan melihat banyak turun naik. Paling penting adalah sentiasa lakukan penyelidikan dan kekal dengan strategi anda.

Mitrade : Pilihan pertama anda untuk Forex

  • Dikawal selia oleh beberapa badan autoriti
  • Dana pelanggan dibahagikan dalam akaun berasingan untuk keselamatan
  • Komisen – Bebas berdagang forex tanda caj tersembunyi
  • Sebaran kompetetif dan leveraj
  • Percuma $ 50k akaun demo
  • Pelbagai sumber pembelajaran dan alatan dagangan

Istilah Yang Anda Akan Temui Dalam Dagangan Forex

Dalam perdagangan Forex, anda akan menemui pelbagai istilah yang mempunyai kepentingan di pasaran. Memahami istilah-istilah ini akan memberi kesan positif kepada perjalanan perdagangan Forex anda dan membantu anda untuk menjadi pelabur yang lebih baik.

Berikut adalah ringkasan asas dari beberapa istilah yang kemungkinan besar anda akan hadapi:

IstilahDefinisi
Leverage“Leverage” adalah wang tambahan yang anda boleh pinjam dari broker berdasarkan baki akaun anda untuk melaksanakan dagangan.
Margin“Margin” dalam perdagangan Forex juga berkaitan dengan leverage. Margin adalah berapa banyak dana anda yang mesti ada dalam akaun anda untuk membuka perdagangan, atau untuk memastikan perdagangan itu tidak ditutup oleh panggilan margin.
LOT“Lot” adalah kuantiti instrumen yang anda ingin perdagangkan.
Going Long“Going Long” bermaksud membeli dengan harapan untuk melihat peningkatan nilai kepada instrumen yang dibeli.
Going Short“Going Short” pula bermaksud anda mengharapkan nilainya jatuh agar anda memperoleh keuntungan.
Bid/Ask“ Bid” adalah harga tertinggi di mana si pembeli ingin membelinya. Manakala, “Ask” pula adalah harga terendah di mana si penjual setuju untuk menjualnya.
Spread “Spread” pula adalah perbezaan harga bagi kedua-dua harga tersebut.
Pips“Pips” bermaksud peratusan dalam titik perpuluhan, dan ini adalah perubahan harga terkecil yang dapat dilihat dalam kadar pertukaran.
SWAP“SWAP” merujuk kepada faedah yang anda perolehi atau bayaran untuk perdagangan yang anda buka semalaman.
Bullish&Bearish“Bullish” bermaksud tren peningkatan nilai dalam pasaran.“Bearish” adalah tren penurunan nilai dalam pasaran.
Maket Order“Market Order” adalah bahawa anda ingin memasuki pasaran dengan posisi beli atau jual dengan harga semasa.
Pending order“Pending Order” adalah pesanan membeli atau menjual mata wang secara automatik apabila pasaran mencapai harga tertentu di masa depan.
Limit Order “Limit Order” adalah jenis pesanan untuk membeli atau menjual sekuriti pada harga yang telah ditentukan.
Buy Limit Order “Buy Limit Order” adalah pesanan untuk membeli aset pada atau di bawah harga yang ditentukan.
Sell Limit Order “Sell Limit Order” adalah pesanan yang hanya akan dilaksanakan pada atas harga semasa atau yang lebih tinggi.
Take Profit“Take Profit” adalah pesanan di mana transaksi akan ditutup apabila tahap keuntungan yang ditetapkan telah dicapai.
Stop Order “Stop Order” adalah pesanan untuk menjual atau membeli sekuriti apabila harganya bergerak melepasi titik tertentu bagi mengehadkan kerugian pelabur.  
Buy Stop Order “Buy Stop Order” akan di aktifkan pada harga yang ditetapkan jika melebihi harga pasaran semasa.
Sell Stop Order “Sell Stop Order” adalah pesanan berhenti yang digunakan semasa menjual.
Traling Stop“Trailing Stop” adalah pengubahsuaian Stop Order (pesanan henti) yang boleh ditetapkan pada peratusan yang ditentukan bagi melindungi keuntungan yang anda perolehi. 

4 Risiko Dalam Dagangan Forex

Pasaran pertukaran wang asing mampu membawa keuntungan yang besar kepada pelabur tetapi dalam masa yang sama ia juga mempunyai risiko-risko yang tersendiri. Apabila anda ingin memulakan spekulasi mengenai pertukaran wang asing anda mungkin akan menghadapi risiko-risiko tersebut:

Risiko Margin

Margin adalah wang pinjaman daripada broker bagi melaksanakan sesuatu dagangan, ia mungkin berguna dan senang tetapi ia adalah sesuatu yang berisiko. Margin datangnya dengan kadar faedah dan pengurangan fleksibility keuntungan masa hadapan. Risiko yang paling besar adalah apabila terjadi panggilan margin kepada dagangan anda.

Risiko Mata Wang Asing

Risiko mata wang adalah kemungkinan untuk anda kehilangan dana yang disebabkan pergerakan yang bertentangan arah dengan dagangan anda. Disebabkan pergerakan yang laju pada pasaran mata wang ini akan memberi kemungkinan yang tidak pasti kepada perdagangan anda.

Risiko Broker

Transaksi pertukaran mata wang asing biasanya dikendalikan melalui platform broker pertukaran asing. Sekiranya broker pertukaran asing tidak berdaftar dan dipantau tidak ada jaminan bagi keselamatan dana anda. Beberapa broker pertukaran asing yang besar dikawal selia oleh agensi pengawal selia kewangan negara, dan beberapa broker pertukaran asing yang lebih kecil memilih agensi pengawalseliaan luar negara. Seperti broker Mitrade ia adalah dikawal selia oleh Australian Financial Services Licence (AFSL) dan antara broker kewangan yang terkemuka di dunia.

Risiko Penipuan

Pada awal perdagangan margin pertukaran asing, kes penipuan telah berleluasa dalam industri pertukaran wang asing ini. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah merekodkan seramai 974,301 individu menjadi mangsa penipuan broker kewangan di Malaysia, dan penipuan ini membabitkan kerugian kira-kira RM 3.8 bilion. Oleh itu sebelum anda memilih broker dagangan sila pastikan broker itu sah dan berdaftar.

Kesimpulan

Sekarang anda telah mengetahui apa itu forex dan memang anda ingin memcubanya, pelaburan forex mungkin akan menjadi tangga kepada kejayaan anda, tetapi bagi mencapai kejayaan itu anda kena belajar dengan lebih mendalam tentang pelaburan Forex. Ia mampu memberikan anda pulangan yang sangat lumayan tetapi dalam masa yang sama ia juga mampu untuk menghabiskan kesemua dana anda. 

Sebelum anda memasuki pelaburan Forex ini, anda kena bersedia menghadapi segala risiko yang ada dengan pelaburan ini.  Pemilihan broker juga kena tepat agar tidak terlibat dengan kes-kes penipuan pelaburan Forex. Selain dari itu, membiasakan diri dengan platform dagangan adalah langkah yang terbaik agar tidak terlepas peluang ketika berdagang.

Daftar akaun demo dengan Mitrade sekarang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan Forex.


Anda Mungkin Suka

Cara Main Forex Mudah – Tanpa Modal Diperlukan! Pendapatan Sampingan Senang Sahaja!

Bagikan Artikel