Trading Emas Di Malaysia: Panduan Lengap 2022

Trading Emas adalah perkara yang perlu anda mula segera, tahun 2020 merupakan tahun yang menunjukkan harga emas naik secara terus menerus bermula dari tahun 2018. Pakar ekonomi menjangka kan emas akan mengalami kenaikan “uptrend” dalam dunia dagangan. Kini ianya adalah masa yang terbaik untuk memulakan perdagangan emas secara atas talian. Jika anda ingin memulakan perdagangan emas, disini akan kami terangkan cara terbaik untuk memulakan dagangan, jom bermula.

Adakah Trading Emas Menguntungkan?

Ya, perdagangan emas pada waktu yang betul akan menghasil kan keuntungan yang lumayan, terutamanya perdagangan jangka masa panjang pada harga emas di dolar Amerika yang menunjukkan tanda-tanda akan menaik beberapa tahun lalu dan yang akan datang. Umum ketahui bahawa emas mempunyai tempoh-tempoh tertentu mengalami kenaikan yang mana ianya memberikan peluang kepada para pelabur untuk meraih keuntungan daripada logam berharga ini.

16023011655866

Sejarah juga menunjukkan bahawa, dalam masa 5 tahun selepas kejatuhan ekonomi pada tahun 1929, kuasa pembelian pelaburan emas meningkat 17 kali ganda, begitu juga pada tahun 1970 an di mana kuasa pembelian pelaburan emas meningkat sebanyak 15 kali ganda berbanding keadaan semasa. Apalagi Emas, sebagai satu logam yang mempunyai nilai harga dan menjadi buruan setiap manusia, menjadi satu simbol kekayaan dan kemasyhuran.

Trading Emas VS Pelaburan Emas

Dua perkara ini mempunyai perbezaan dalam kaedahnya walaupun kedua-duanya melibatkan emas.

Pelaburan emas ialah membeli emas dan menyimpannya pada tempoh yang lama seperti berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Contohnya anda membeli barangan kemas sebagai perhiasan dan jongkong emas (goldbar) untuk disimpan. Anda jadikan emas itu sebagai pelaburan di masa hadapan. Seandainya ia disimpan sehingga 5 tahun akan datang dan harga emas di 5 tahun akan datang mencecah paras lebih tinggi bermakna anda boleh menjual semula dengan harga yang tinggi berbanding semasa membeli.

Sebaliknya, perdagangan emas adalah membeli dan menjual dalam tempoh masa yang singkat dan ianya boleh dilakukan serentak, contohnya dagangan itu berlaku dalam masa beberapa hari, atau beberapa jam dan beberapa minit.

Untuk membuat pelaburan emas,dengan bermodal kan beberapa ratus dolar AS anda boleh membeli emas secara fizikal dalam bentuk bar, syiling atau membeli sebahagian saham dalam emas dan disimpan selamat didalam peti besi, walaubagaimanapun ianya adalah kaedah yang tidak praktikal untuk perdagangan kerana prosesnya perlahan dan tidak membolehkan ianya dijual dalam masa singkat.Manakala dalam perdagangan emas membenarkan anda untuk membuat keuntungan lebih kerap dan lebih besar daripada turun naik harga emas itu sendiri, kemudian anda boleh membeli dan menyimpan dalam pelaburan.

Perbezaan Trading Emas dan Pelaburan Emas

Kaedah PelaburanTrading EmasPelaburan Emas
Kos PenyimpananTiada kos penyimpanan emas yang perlu dibayar kerana tiada emas fizikal yang dibeli.Ada kos yang diperlukan bergantung kepada tempat emas itu disimpan. Setiap emas yang dibeli dalam bentuk fizikal memerlukan tempat penyimpanan yang selamat termasuk kos susut nilai emas
LeverajAda leveraj yang disediakan di mana pelabur boleh membuat pinjaman dana daripada broker untuk mula berdagang emas. ia meningkat kan peluang untung yang besar dan juga risiko yang besar.Tiada leveraj yang disediakan kerana emas harus dibeli dengan duit sendiri dan disimpan di peti besi yang dipilih .
Peraturan daganganWaktu berdagang tanpa had dan dagangan dua hala bermaksud boleh membeli pada harga rendah dan menjual segera pada harga tinggi.Pembelian rendah dan menjual waktu harga yang tinggi mengikut nilai pasaran semasa.
Waktu transaksiTransaksi boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.Waktu transaksi mudah pada bila-bila masa anda memerlukan aliran wang tunai bermakna anda boleh menjual semula emas yang dilaburkan jika anda memerlukan tunai segera. Namun terikat kepada waktu operasi bank atau institusi kewangan tersebut.
Waktu MenungguTiada masa menunggu dagangan emas, setiap perdagangan boleh berlaku dalam masa yang singkat atau lama bergantung kepada pasaran saham emas itu sendiri.Memerlukan masa yang lebih panjang seperti berbulan-bulan atau bertahun-tahun sementara menunggu kenaikan harga emas berlaku.

Melalui perbandingan di atas, kita dapat dilihat bahawa kitaran dan kos perdagangan emas jauh lebih rendah daripada pelaburan emas. Secara relatif, margin keuntungan perdagangan emas juga agak besar, yang merupakan kaedah pelaburan ambang rendah yang relatif rendah bagi pelabur.

Baca Juga: Cara Terbaik Untuk Pelaburan Emas Dengan Bermodal Kecil Di Malaysia 2021

Kaedah Trading Emas

Jika anda ingin memulakan dagangan harga emas, anda juga perlu untuk berdagang sesuatu yang sangat hampir kepada nilai emas itu sendiri ataupun harga emas itu.

➊ Trading Emas Masa Hadapan

Pilihan emas dagangan dan masa hadapan adalah pilihan kontrak yang membolehkan anda menggunakan emas secara fizikal atau emas masa hadapan sebagai alat dasar dagangan anda. Prosesnya berdasarkan kepada harga semasa dan harga emas masa hadapan. Kebiasaannya modal yang diperlukan kecil dan anda boleh membeli emas dengan jumlah yang kecil.

Untung rugi kaedah ini ditentukan oleh saat anda memasuki pasaran emas itu dan saat anda keluar dari pasaran bermakna jika anda membeli emas pada harga yang sedang rendah, dan anda keluar dari pasaran saat harganya sedang melambung tinggi bermakna anda memperoleh keuntungan yang banyak.

Namun ia juga berisiko besar seandainya leveraj yang diperolehi mengarah kepada kerugian teruk jika ramalan harga itu tidak berlaku. ianya seolah-olah ramalan di masa hadapan bergantung kepada situasi masa itu. Bayangkan anda meramalkan harga yang tinggi di masa hadapan tetapi berlaku sebaliknya.

➋ Trading Emas ETF (Dagangan Bursa)

Kaedah seterusnya ialah perdagangan emas ETF (Exchange-traded fund), dana pelaburan ini berlaku di bursa saham di mana emas akan di dagangkan di bursa saham. Walaupun ianya kelihatan sempurna sebagai proksi dagangan, pelabur juga perlu sedar dan mempertimbangkan risiko dan kosnya.

Perdagangan emas ETF sendiri, dana yang ditanggung sama dengan kos simpanan dan kos keselamatan secara individu. Yang mana kos tersebut akan ditanggung oleh pelabur itu sendiri, Akhir sekali ETF adalah alat kewangan yang mendagangkan sesuatu yang serupa dengan saham di mana apabila harga saham merosot jatuh, ETF juga tidak terkecuali daripada tekanan itu dan menyebabkan saham itu jatuh.

➌ Saham Dagangan Perlombongan Emas

Saham dagangan perlombongan emas adalah pelabur memiliki saham dalam syarikat perlombongan emas. Saham syarikat lombong emas ini mempunyai kaitan dengan harga emas namun pertumbuhan dan pulangan keuntungan saham bergantung kepada kedapatan syarikat bukannya harga emas.

Secara contohnya jika anda membeli saham syarikat lombong emas dan harga emas saat itu naik mendadak namun saham syarikat yang anda beli mengalami penurunan kadar pendapatan, keuntungan anda berdasarkan keadaan kadar pendapatan syarikat bukannya nilai emas pasaran.

➍ Trading Emas Melalui broker Forex/CFD

Trading Emas Melalui broker Forex

Salah satu kaedah menarik dalam perdagangan emas yang memberikan manfaat alternatif kepada pelabur-pelabur. Menggunakan alat derivatif yang dikenali sebagai CFD (Contract Of Difference), Kontrak Perbezaan ini memudahkan para pelabur untuk menilai, menganalisa dan meramalkan harga emas tanpa memiliki emas secara fizikal, saham syarikat perlombongan emas mahupun kaedah ETF (senarai bursa) tadi.

Pelabur hanya perlu membuka akaun di platform broker yang dipilih dan mendepositkan wang dan perlu membayar margin tertentu dengan leveraj yang ada.

Tiada kos penyimpanan dikenakan kerana pelabur tidak mempunyai emas secara fizikal yang perlu disimpan seperti kaedah pelaburan emas tradisional.

Nilai perdagangan emas melalui CFD ini meningkat seandainya harga emas meningkat naik dan akan jatuh sekiranya harga emas jatuh, namun seandainya analisa dan jangkaan anda tepat, maka anda akan beroleh keuntungan berdasarkan kenaikan harga emas tersebut.

Sama seperti kaedah forex yang lain, anda boleh meminimumkan kerugian anda dengan setkan “set loss” anda kerana ianya telah tersedia didalam sistem. Kaedah ini lebih mesra pelabur baru yang baru berjinak-jinak ingin berdagang didalam emas melalui CFD.

Dengan leveraj yang ada, anda boleh memperolehi keuntungan maksimum seandainya jangkaan harga emas anda tepat. Walaubagaimanapun, CFD juga mempunyai risiko nya yang tersendiri dan anda dinasihatkan untuk memahirkan kemahiran anda dengan mencari broker yang menyediakan akaun demo untuk belajar cara berdagang melalui CFD.

Untuk kebanyakan orang, melabur didalam emas ini seperti membeli jongkong emas atau syiling emas dan menyimpan sendiri di bawah bantal, bawah tilam atau di rumah adalah tidak praktikal dan juga tidak selamat, namun dengan adanya cara lain mendapat manfaat dari kenaikan harga emas adalah dengan menggunkana kaedah yang terakhir tadi iaitu Perdagangan Emas Melalui Forex/CFD. Ini adalah kaedah yang paling mudah, selamat dan cepat serta efektif dari segi kos untuk pemula pedagang yang ingin bermula dalam perdagangan saham.

Sila lihat carta dibawah supaya anda lebih nampak perbezaan antara keempat-empat kaedah yang ditulis diatas, ini adalah penilaian penulis berdasarkan pembacaan :

Kaedah PelaburanPenilaian Kompleks (1 = Mudah, 5 = Susah)Yuran TransaksiWaktu TransaksiCara PembelianAmbang PelaburanRuang Untung
Emas Dagangan & Masa Hadapan★★★★Bayaran pembelian emas dan kos penyimpanan23 jam (tutup jam 4-5 petang waktu AS)Membeli emas secara fizikal dalam kontrak yang disediakan oleh institusi atau bankJual beli mengikut susut nilai emas semasa memasuki saham dan semasa keluar sahamKecil adakalanya medium
Emas ETF★★Kos pentadbiran dan komisen8 jam (9.15 pagi hingga 3.30 petang, dan disambung dari 5 petang ke 7 petang)Pembelian bahagian saham syarikat emas yang tersenarai di bursa sahamJual beli dengan margin penuh bahagian saham syarikatBesar
Saham Perlombongan Emas★★★Kos pentadbiran dan komisen8 jamPembelian saham syarikat perlombongan emasJual beli dengan dana penuhMedium
Perdagangan emas melalui CFDKomisen dan spread leveraj23 jamBuka akaun di broker pilihan dan deposit kan wang untuk mula berdagang dengan leveraj yang disediakan.Berdagang dengan leveraj dan margin. Mudah dan cepat dengan platform yang sedia ada.Lebih bes

Bagaimana Untuk Trading emas? Gunakan Broker Yang Betul!

Ya sekarang anda sudahpun faham perbezaan trading emas yang ada dan kelebihan kekurangan setiap kaedah yang diberikan di artikel ini. Dengan meneliti segala butiran yang diberikan adalah sangat wajar jika memilih Perdagangan Emas Melalui Forex/CFD untuk pemula pelabur yang inginkan keuntungan cepat tanpa modal yang besar kan kerugian yang besar.

Cadangan Saya

Mitrade adalah sebuah syarikat pertukaran yang beribu pejabat di Australia. Mitrade adalah syarikat yang diberi kuasa dan diseliakan oleh ASIC (Australian Security And Investment Commision). Ia juga adalah satu daripada organisasi pengawal seliaan terkemuka di dunia.

Mitrade mempunyai 2 jenis akaun iaitu akaun sebenar dan akaun demo, jika anda tidak pasti anda boleh memilih akaun demo dahulu untuk mempelajari dan membiasakan diri dengan platform kami dahulu.

Nasihat Untuk Trading Emas

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa anda ingin memulakan trading emas :

➢Berdagang emas semasa anda mempunyai wang, bukan menunggu kemelesetan ekonomi walaupun pakar mencadangkan melabur emas saat kemelesetan berlaku. Lazimnya kita akan menunggu harga emas jatuh dan baru lah kita akan mula untuk berdagang emas dengan harapan harga emas akan melonjak naik. Mula kan sekarang terutamanya tahun ini 2020, di saat ini adalah terbaik untuk anda memulakan perjalanan sebagai pelabur emas supaya hasilnya dapat dinikmati kelak.

➢Pilih broker pelaburan emas yang terbaik dan mudah seperti CFD kerana risiko nya rendah berbanding kaedah lain. Mulakan langkah anda dengan membuka akaun demo di Mitrade dan belajar memahirkan diri sebelum memulakan langkah seterusnya.

➢Pandemik Global yang melanda kini telah membuka pintu yang paling sesuai untuk anda mulakan dagangan emas anda sekarang kerana harga emas dijangka mengalami kenaikan saban hari.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, trading emas adalah perkara terbaik yang boleh anda mulakan kini setelah dikaji berdasarkan sejarah, nilai dan keadaan semasa, memulakan langkah dengan perdagangan emas adalah paling terbaik saat ini di mana logam kuning ini merupakan aset dan fungsi sentimen di mana harganya kurang dipengaruhi oleh undang-undang dan penawaran dan permintaan.

Anda masih ingin menunggu? Walaupun sudah mengetahui cara melabur yang mudah di Mitrade, buka minda dan hati serta mulakan langkah anda. Mungkin ini permulaan kepada hidup baru di mana perdagangan emas menjadi sumber pendapatan anda, siapa tahu. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.. Jom sertai ribuan pelabur lain yang berdagang dengan mulakan klik dibawah.


Bagikan Artikel