OctaFX Penipu? Adakah OctaFX Malaysia Patuh Syariah?(Update 2023)

Adakah OctaFX penipu? Mari kita lihat sama ada OctaFX Malaysia patuh syariah. Selain itu, apakah OctaFX halal atau haram? Teruskan membaca jika anda ingin ketahui cara main OctaFX dan jumlah minimum deposit OctaFX untuk anda mula berdagang sekarang juga.

Apa itu OctaFX?

Octafx ialah platform dagangan kewangan dalam talian global yang ditubuhkan pada 2011, mengkhusus dalam perdagangan dalam talian Forex, CFD, mata wang kripto, komoditi dan saham, syarikat itu beribu pejabat di Kingston, Saint Vincent dan Grenadines . Anak syarikatnya Octa Markets Cyprus Ltd. terletak di Cyprus dan dikawal oleh SVGFSA.

OctaFX komited untuk menyediakan pedagang pengalaman perdagangan yang kompetitif dan selamat melalui pelaksanaan pesanan yang pantas, platform yang teguh, rangkaian alat pasaran dan kos rendah.

OctaFX halal atau haram?

Adakah berdagang melalui OctaFX halal atau haram? Sudah pastinya ramai pedagang ingin mengetahui sekiranya berdagang menggunakan Octafx Malaysia patuh syariah. Jika anda mempunyai persoalan sedemikian, jangan risau, kami akan menerangkan mengapa anda boleh berdagang melalui OctaFX Malaysia terutama lagi jika anda merupakan pedagang Muslim. 

  • 100% Patuh Syariah
  • Aktiviti perdagangan mata wang forex yang mematuhi undang-undang Syariah yang ketat dengan mengenakan bayaran tetap dan tidak melibatkan bayaran swap. 

Swap adalah perbezaan dalam kadar faedah khas sekiranya anda berdagang instrumen pada waktu semalaman. Setiap perbezaan kadar faedah akan di caj. 

  • OctaFX Malaysia menawarkan akaun Islamic Account.
  • Untuk pedagang yang beragama Islam, OctaFX telah menawarkan Akaun Islamik untuk menyelesaikan masalah swapping, untuk memastikan OctaFX patuh syariah. 

Akaun Islamik OctaFX sangat ideal untuk pedagang yang mematuhi hukum syariah dengan di kenakan bayaran tetap dan bukan bayaran swap.

Adakah OctaFX Penipu?

Apakah OctaFX penipu? Ini tentu persoalan anda apabila mendengar tentang broker ini. Dengan ini, kami akan menyenaraikan ke semua informasi yang kami tahu tentang broker OctaFX Malaysia di bawah. Ini akan membantu anda membuat keputusan jika adakah OctaFX penipu atau sebaliknya. 

OctaFX ia dikawal selia dan diberi kuasa oleh CySEC, OctaFX juga mempunyai lesen operasi berdaftar SVG, laman web OctaFX.eu broker berada di bawah Octa Markets Cyprus Ltd. Cyprus Securities and Exchange Suruhanjaya ( CySEC).

Tambahan pula, mengikut piawaian kawal selia antarabangsa, OctaFX menggunakan akaun terasing untuk mengasingkan dana pelanggan yang dilindungi daripada kunci kira-kira syarikat. Ini memastikan dana anda selamat dan kukuh. Sekiranya broker diisytiharkan muflis atau muflis, pelanggan dilindungi oleh skim perlindungan dan pampasan pelabur.

Berikut adalah anugerah-anugerah yang pernah di menangi oleh OctaFX:

  • Best Copy Trading Award for 2021
  • Best Forex Broker Asia 2020
  • Best Forex Broker Asia 2019 – FXDaily Info
  • Best Forex Broker Asia 2018 – Global Banking & Finance Review
  • Best FX Broker 2018 – European CEO Magazine
  • Best Trading Conditions 2018 – European CEO Magazine
  • Best Copy Trading Platform 2018 – Forex-Awards.com
  • Best Forex ECN Broker 2017 – UK Finance Awards

Overview OctaFX

Tahun Mula Beroperasi2022
Pihak Kawal SeliaMerupakan firma pelaburan berlesen di Cyprus dan di kawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC).
Minimum Deposit OctaFX$25, namun bergantung cara pembayaran dan lokasi transaksi. 
Mata Wang AsasUSD atau EUR
Jenis AkaunAkaun DemoAkaun MikroAkaun ProAkaun ECNAkaun Islamik
Floating SpreadBermula dari 0.6 pips
Maximum Leverage1:1000
Transaction SizeThe minimum trading volume is 0.01 lots, the maximum trading volume
Trading Tools35 currency pairs + gold and silver + 3 energies + 10 indices + 30 cryptocurrencies
Trading PlatformMetaTrader 4, MetaTrader 5
Language SupportBengali, Chinese, English, Hindi, Indonesian, Malay, Portuguese, Spanish, Thai

Kelebihan dan Kekurangan

Jumlah deposit yang serendah $25 sahaja. Sesuai untuk pedagang pemula yang baru menceburi dunia dagangan dengan modal yang minimum tetapi boleh menjana hasil yang berlipat kali ganda.  
Platform Copy-Trade yang terbaik.Sesuai untuk pedagang yang ingin menjana keuntungan melalui Master Trader yang berdagang untuk anda.
Di kawal selia secara professional.Di kawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC).
Bonus & pertandingan yang menarik.OctaFX Malaysia memberikan bonus dan menyediakan pelbagai pertandingan yang menarik untuk anda sertai. Anda juga boleh memenangi hadiah dengan hanya berdagang menggunakan akaun demo.

Hanya terhad di Asia dan EU.Tiada pengguna dari USA, Canada, Belgium dan beberapa negara di luar EU. 
Jumlah asset dagangan yang terhad.OctaFX Malaysia hanya menyediakan aset dagangan yang terhad seperti forex, mata wang digital dan logam. 

OctaFX Trading Platform

Seperti kebanyakan broker, OctaFX Malaysia menggunakan 2 trading platform iaitu MetaTrader 4 dan MetaTrader 5.

Kedua trading platform ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan anda boleh memilihnya mengikut keperluan. 

MetaTrader 4     

  • Sesuai untuk pemula yang baru memulakan dagangan online.
  • Di gunakan oleh kebanyakan broker forex termasuk OctaFX Malaysia.
  • Platform yang minimalis dan canggih turut membuatkan pedagang professional tertarik menggunakannya. 
  • Boleh menggunakan Expert Advisor (EA) dan Custom Indicator.
  • Carta interaktif yang boleh di ubah suai menurut cita rasa pengguna.
  • Servis VPS (Virtual Private Server yang boleh di percayai.
  • CFD trading.
  • Perdagangan mata wang kripto.

MetaTrader 5

  • Sistem dan paparan muka yang lebih canggih dan moden.
  • Perdagangan selain forex, seperti saham, komoditi, futures dan options.
  • Mempunyai support teknikal.
  • 6 jenis pending order termasuk Stop Limit order.
  • Mempunyai kalendar ekonomi.
  • Menawarkan lebih banyak timeframe iaitu sebanyak 21, berbanding MetaTrader 4 yang hanya menawarkan 9 time frame.

Yuran Perdagangan Octafx

Anda mungkin akan di kenakan caj di bawah jika anda menggunakan platform OctaFX:

  • Deposit & Withdraw (kebanyakannya percuma)
  • Spread
  • Komisen
  • Swap

Deposit

  • Pihak OctaFX akan memastikan anda mendapat kadar pertukaran yang terbaik semasa melakukan transaksi.
  • OctaFX Malaysia tidak mempunyai caj transaksi apa bila anda melakukan sebarang deposit ke dalam akaun dagangan atau wallet anda.
  • Segala transaksi mungkin akan di kenakan kepada anda melalui third parties seperti Skrill, Neteller dan sebagainya, akan di tanggung sepenuhnya oleh pihak OctaFX.
  • Jika transaksi di buat melalui bank, kadar pertukaran semasa akan di ambil kira. 
  • Ambil perhatian bahawa bank yang terlibat dalam proses itu juga mungkin mengenakan bayaran tambahan untuk urus niaga.

Withdraw / Pengeluaran

  • Sama seperti deposit, OctaFX tidak akan menggenakan sebarang caj pengeluaran.

Spread

  • Spread adalah perbezaan harga antara kadar jual broker forex dan kadar beli apabila bertukar atau berdagang mata wang.
AssetSpread bermula dari:
EUR/USD 0.6 pips
GBP/USD0.9 pips 
USD/JPY1.0 pips
Gold (XAU/USD)1.8 points
Dow Jones (US 30)2.5 points
Bitcoin (BTC/USD)2.8 points

Jenis Akaun OctaFX

OctaFX menyediakan beberapa jenis akaun yang anda boleh pilih, tidak kira anda pedagang pemula atau berpengalaman.

  • OctaFX Micro Account
  • OctaFX Pro Account
  • OctaFX ECN Account
  • OctaFX Islamic Account

OctaFX Micro Account

Untuk pedagang yang ingin berdagang dengan bajet yang sedikit.Minimum deposit serendah $25.Spread bermula dari 0.4 – 0.6 floating pip. Tiada komisen di caj, kecuali swap. Leverage sehingga 1:500 untuk Forex, 1:200 untuk logam, 1:50 untuk indeks dan tenaga, dan 1:2 untuk mata wang kripto.Mempunyai akses untuk dagangan CFD dan mata wang digital.Menggunakan trading platform Meta Trader 4

OctaFX Pro Account

Sesuai untuk pedagang berpengalaman.Minimum deposit serendah $100.Spread bermula dari 0.2 floating pip.Overnight fee akan di kenakan setiap 3 hari.Mempunyai akses untuk dagangan CFD dan mata wang digital.Menggunakan trading platform Meta Trader 5.

OctaFX ECN Account

Spread bermula dari 0.0 pips.Mempunyai bayaran caj komisen.Leverage sehingga 1:200.Masa dagangan yang lebih cepat dan setara sebut harga.

OctaFX Islamic Account

Akaun OctaFX patuh syariah.Sesuai untuk pedagang yang beragama Islam.Tidak mempunyai sebarang caj tersembunyi.

Cara Daftar Akaun OctaFX Malaysia. 

Mendaftar akaun OctaFX di Malaysia sangat mudah dan tidak memerlukan proses yang lama. 

Sebagai permulaan anda boleh membuka akaun real OctaFX sekiranya anda ingin terus berdagang selepas mendaftar atau anda boleh membuka akaun demo OctaFX jika anda ingin mencuba berdagang tanpa deposit.

Untuk membuka akaun, sila ikuti langkah-langkah ini:

Step 1: Tekan butang “Open Account.

  • Butang “Open Account terdapat di sebelah atas kanan laman web. Jika anda menghadapi kesukaran untuk mencarinya, anda boleh mendaftar melalui link ini.

Step 2: Isikan informasi anda di ruang kosong.

  • Anda akan menemukan ruangan pendaftaran setelah menekan butang “Open Account”.
  • Setelah selesai mengisi setiap ruangan, tekan butang “Open Account” di bawah.
  • Anda juga boleh mendaftar dengan menggunakan akaun Facebook atau Google, isi ruangan informasi dan tekan “Continue”

Step 3: Pengesahan alamat emel anda.

  • Setelah anda menyediakan informasi dan menghantar pendaftaran, anda akan menerima pengesahan emel. Sila kenal pasti dan buka emel tersebut, tekan “Confirm”

Step 4: Isi informasi peribadi.

  • Setelah anda selesai mengesahkan emel anda, anda akan di bawa ke ke laman web OctaFX untuk mengisi informasi dan maklumat peribadi.
  • Sila pastikan maklumat anda adalah tepat, yang terkini dan bersesuaian mengikut standard dan pengesahan.
  • SIla pastikan umur anda di benarkan untuk berdagang forex.

Step 5: Pilih platfrom trading.

  • Setelah itu, anda boleh memilih platform trading yang bersesuaian dengan anda. 
  • Anda juga boleh memilih sama ada ingin membuka akaun sebenar atau akau demo.
  • Anda boleh melihat kembali perbandingan di atas jika anda masih belum dapat membuat keputusan. Kebanyakan pedagang akan memilih akaun mikro atau MT4 untuk berdagang.
  • Akaun sebenar memerlukan anda deposit sejumlah wang, namun akaun demo hanya membenarkan anda menggunakan wang secara virtual. 
  • Abda tidak boleh mengeluarkan akaun dengan menggunakan akaun demo sekiranya anda mendapat keuntungan.

Step 6: Akaun pilihan.

  • Setelah memilih platform trading, tekan “Continue” untuk memuktamadkan akaun pilihan anda.
  • Anda akan melihat rumusan akaun anda termasuk nombor akaun, jenis akaun, mata wang akaun anda sama ada EUR atau USD, leverage dan baki semasa.

Step 7: Deposit pertama anda dan pengesahan dokumen.

  • Sebelum anda melakukan deposit yang pertama, anda harus melengkapkan proses pengesahan dokumen.
  • Anda boleh mengesahkan dokumen sama ada menggunakan kad pengenalan atau lesen.

OctaFX Deposit dan Withdrawal

OctaFX Malaysia mempunyai akses deposit dan withdraw yang terhad. Walau bagaimana pun, dengan pilihan yang terhad, tempoh masa yang di ambil untuk membuat deposit dan withdraw masih cepat dan pantas.

Kaedah Bank Transfer

  • Untuk pedagang dari Malaysia, OctaFX menyediakan kaedah deposit dan withdraw melalui bank transfer menggunakan bank-bank tempatan seperti Maybank dan CIMB Bank.
  • Setiap jumlah deposit dan withdraw tertakluk kepada kadar pertukaran semasa dan berasaskan mata wang USD atau EUR.

Melalui Kad Debit / Kad Kredit (Mastercard)

  • Melalui Kad Debit / Kad Kredit (Visa)
  • Minimum deposit dan withdrawal serendah $20.

Skrill, Perfect Money, Neteller: Bermula dari $5 USD atau EUR

Bitcoin: Dari 0.00096 BTC, tanpa limit maksimum

Alat Perdagangan OctaFX

OctaFX menyediakan beberapa trading tools yang dapat membantu anda dalam memaksimumkan keuntungan.

  • Ekonomi Kalendar
  • Profit & Trading Calculator
  • Account Monitoring Tool
  • Autochartist

Alat Pemantauan Akaun

Sangat bermanfaat untuk pedagang memantau akaun pengguna OctaFX yang lain dari segi keuntungan, kerugian, jenis akaun dan peratus. 

Autochartist

OctaFX juga menyokong Autochartist, penyedia isyarat dagangan standard industri. Autochartist menyediakan pedagang dengan makluman automatik untuk membuka dan menutup dagangan, alat analisis turun naik yang membolehkan anda mengoptimumkan tahap ambil untung dan henti rugi dengan lebih baik serta laporan pasaran bersepadu. Autochartist tersedia pada kedua-dua MT4 dan MT5 dan memerlukan baki minimum 500 USD dalam akaun OctaFX anda.

Penyelidikan dan Pendidikan

Penyelidikan

  • Penyelidikan pasaran OctaFX di rangka dan di susun dengan baik dan mempunyai pelbagai kandungannya. Daripada mengkhusus dalam mana-mana satu bidang, OctaFX menyediakan pelbagai jenis kandungan. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan broker dagangan yang lain seperti IG, Saxo Bank dan CMC Markets, OctaFX mempunyai ruang untuk meningkatkan tawaran penyelidikannya.
  • OctaFX juga menyediakan pelbagai artikel menarik yang menyentuh tentang Fundamental dan Technical Analysis, melalui laman web dan email. Namun, ia masih berada di tahap yang biasa dan masih ketinggalan dengan broker lain yang lebih terperinci dan professional.    

Pendidikan

  • OctaFX Malaysia menawarkan pengajaran dan pendidikan dalam dagangan seperti forex untuk pemula. Anda boleh mendapat pelajaran yang percuma melalui website atau saluran YouTube OctaFX. 
  • Laman web OctaFX mempunyai bahagian pendidikan forex yang khusus dengan kira-kira 20 artikel untuk pemula. 
  • Saluran Youtube OctaFX telah memuat naik pelbagai webinar dalam berbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, English, Hindi dan lain-lain. Saluran ini juga menyediakan siri video Kursus Asas Forex yang merangkumi 11 bahagian.
  • OctaFX juga menawarkan live-streaming hampir sepanjang hari, khas untuk semua pedagang.

OctaFX Copy Trading

OctaFX menawarkan perkhidmatan Copy Trade, di mana anda boleh mendapat keuntungan tanpa berdagang sendiri melalui Master Trader yang akan berdagang untuk anda. Keuntungan akan di bahagi melalui peratusan yang di tetapkan oleh Master Trader.

Namun bukan semua Master Trader akan membantu anda mendapat keuntungan. Oleh itu anda harus membuat penyelidikan anda sendiri melalui sejarah dagangan yang di lakukan oleh Master Trader, sama ada konsisten atau sebaliknya.

Pelayanan Pelanggan

OctaFX mempunyai perkhidmatan servis pelanggan yang baik, di mana pihak OctaFX akan membantu anda sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah dan persoalan anda.

Untuk sokongan telefon, pelanggan bukan EU boleh menghubungi talian bantuan, +44 20 3322 1059, antara 00:00 dan 24:00, Isnin hingga Jumaat (EET). Untuk pelanggan EU, nombor untuk dihubungi ialah +357 25 251 973 antara 09:00 dan 18:00, Isnin hingga Jumaat (EET).

Terdapat juga borang e-mel, bagaimanapun, cara terpantas untuk berhubung adalah melalui perkhidmatan sembang langsung 24/7, yang boleh anda akses dengan mengklik pada logo sembang di bahagian bawah tapak web. Pasukan sokongan membantu jika anda perlu mengetahui pin pengeluaran anda, sebarang masalah platform, soalan VPS atau anda ingin memadamkan akaun.

Selain itu, anda boleh mendapatkan kemas kini pada halaman media sosial broker, serta saluran YouTube OctaFX.

Alamat ibu pejabat broker adalah:

OctaFX, Suite 305, Pusat Korporat Griffith, Beachmont, Kingstown, St Vincent dan Grenadines

Octa Markets Cyprus Ltd, 1 Agias Zonis and Thessalonikis Corner, Nicolau Pentadromos Center, Block: B’, Office: 201, 3026, Limassol, Cyprus

Laman web broker tersedia dalam beberapa bahasa untuk pelanggan dari Indonesia, Malaysia, Pakistan dan India.

Kesimpulan

Adakah OctaFX penipu? Setelah membaca review di atas, kami pasti anda telah menemui jawapan tersebut. 

OctaFX adalah salah satu broker forex terbaik di Asia yang boleh anda pertimbangkan untuk mula berdagang sekarang di sebabkan ia menawarkan pelbagai ciri-ciri yang menarik dan mudah untuk mendapat keuntungan dengan jumlah minimum deposit OctaFX. 

Walau bagaimana pun, menurut pendapat kami OctaFX masih mempunyai ruang untuk meningkatkan tawaran sedia ada untuk menjadi broker forex yang terbaik.

Artikel Terkait

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan