Ulasan GMI:Adakah GMI Market Malaysia Penipu?

Artikel kali ini akan menerangkan tentang ulasan tentang salah satu broker yang agak popular di Malaysia iaitu GMI Market pada tahun ini 2022. Selain dari maklumat yang kami beri ini, anda juga akan di beri panduan tentang membuka akaun di GMI Markets.

Bagi pedagang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang kewangan dan pelaburan, mungkin mudah untuk mereka memilih broker yang sesuai dan dipercayai untuk berdagang, namun untuk pedagang pemula, mereka harus memperbanyakkan bacaan dan pengetahuan sebelum memulakan dagangan. Oleh itu kami berharap dengan ulasan yang diberikan dapat membantu sedikit sebanyak pengetahuan anda sebelum memulakan dagangan.

GMI Markets yang dahulunya di kenali sebagai GMI Edge. Dengan deposit minimum sebanyak $15 atau RM 70++ sebagai permulaan dagangan anda. Dengan leveraj 1:30, 1:200. GMI mempunyai lesen daripada FCA (UK) dengan nombor pendaftaran 677530 dan kawal selia VFSC (Vanuatu), dengan nombor pendaftaran 14747.

Apakah itu GMI?

GMI adalah singkatan nama kepada Global Market Indeks yang sudahpun bertapak di Malaysia sejak tahun 2009. DI Malaysia lebih dikenali dengan nama GMI Markets yang mana lebih dikenali dari seluruh dunia dan bernaung di bawah Global Market Index Limited. Di kawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Vanuatu dan beralamat di Bangunan Govant, BP 1276 Port Vila, Vanuatu dan juga FCA (UK).

Di Malaysia sendiri, GMI Market adalah salah satu broker forex atas talian yang terkenal di Malaysia dan disebut-sebut oleh pedagang-pedagang Forex di sini. Bahkan ramai pedagang yang memberi ke sah an bahawa GMI Market merupakan salah satu broker yang selamat dan dipercayai di Malaysia serta mempunyai wakil dan pejabat di Malaysia. Jadi ia lebih mudah untuk anda seandainya terdapat sebarang masalah berbangkit.

Sebelum terjun ke dunia Forex, anda perlu tahu dan kenalpasti broker yang sah dan dipercayai ia melibatkan kewangan anda dan juga risiko pada setiap pelaburan adalah tinggi termasuk forex. 

KLIK untuk ke laman sesawang mereka. 

Adakah GMI Selamat Ataupun Hanya Sekadar Scam?

Soalan ini agak popular di kalangan orang awam yang ingin berjinak-jinak dalam dunia pelaburan. Mungkin persoalan ini berlaku kerana terdapat banyak broker yang telah memperdayakan para pedagang, namun hanya segelintir yang memberikan imej buruk tersebut. 

GMI adalah broker atas talian yang selamat dan sah. Mempunyai beberapa wakil dan pejabat di seluruh dunia seperti USA, Spain, New Zealand, Hong Kong dan Malaysia. GMI menggunakan institusi perbankan utama untuk menempatkan dana pelanggan mereka selain mempunyai akses ke likuiditi dan penetapan harga daripada 14 bank utama. Dikawal selia oleh  Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Vanuatu dengan nombor pendaftaran 14747. Dengan akaun pedagang melebihi 1 juta akaun menjadi kan ianya broker dipercayai dan selamat untuk anda.

Setiap broker yang ada di seluruh dunia, perkara pertama yang perlu dilihat oleh para pedagang ialah siapa yang memantau atau mengawal selia syarikat broker tersebut, mengapa ianya penting kerana jika tiada pantauan dari mana-mana badan berautoriti mana-mana negara, bermakna syarikat boleh melakukan sesuka hati dengan dana pelanggan mereka.

Untuk GMI Markets, anda tidak perlu terlalu risau kerana faktor pertama iaitu kawalan selia telahpun ada.

Leveraj GMI

DI GMI, skala leveraj yang tersedia ialah skala 1:1 hingga 1:200o bergantung kepada jenis akaun yang anda buka dan dinegara mana anda tinggal. Leveraj mungkin turun untuk posisi baru yang dibuka 30 minit sebelum dan selepas pengumuman berita penting. DI GMI memberikan anda pilihan untuk menaikkan atau menurunkan leveraj dengan membuat permohonan kepada pegawai khidmat pelanggan mereka. Ini memberikan fleksibiliti kepada semua pelanggam GMI untuk mulakan dagangan mengikut keperluan masing-masing.

Namun begitu, kepada pedagang pemula anda boleh memilih leveraj berdasarkan risiko yang mampu ditanggung kerana GMI tidak mengesyorkan dagangan leveraj sehingga 1:2000 kerana ia melibatkan risiko yang sangat tinggi.

Contohnya di UK, setiap broker telah ditetapkan oleh European ESMA yang membenarkan hanya lejeraj rendah sehingga 1:30 untuk dagangan forex. Lebih baik untuk anda mendapatkan maklumat lengkap daripada perkhidmatan pelanggan tentang leveraj yang dibenarkan dalam negara.

Jenis Akaun GMI 

Dalam GMI terdapat 3 jenis akaun dagangan iaitu Akaun Standard, Akaun Sen dan Akaun ECN. Jom lihat secara terperinci beza 3 jenis akaun yang ditawarkan untuk maklumat anda.

Anda boleh memilih untuk membuka akaun demo dahulu sebagai latihan seandainya anda belum bersedia. Jika sebaliknya, terdapat 3 jenis akaun yang boleh anda pilih di GMI Markets.

Akaun StandardAkaun SenAkaun ECN
Deposit Minimum$ 25$2.50$100
Matawang AsasUSDUSDUSD
Saiz Kontrak100,0001,0001000,000
Leveraj1:100 – 1:20001:100 – 1:10001:100 – 1:500
KomisenTiadaTiada$4 per lot
Pesanan Maksimum200200200
Lot Minimum0.010.010/01
Lot Maksimum5015050
Margin Call60%60%60%
SpreadBoleh UbahBoleh UbahBoleh Ubah

Ketiga-tiga jenis akaun ini adalah swap percuma secara automatik untuk  negara Islam. Selain itu GMI juga menyediakan akaun demo untuk para pedagang baru untuk belajar untuk platform sebelum memulakan akaun sebenar.

Rujuk SINI untuk membuka akaun demo atau akaun lain

Alatan Dagangan Yang Tersedia di GMI

Broker GMI menawarkan beberapa alatan dagangan untuk pilihan pedagang membina portfolio sendiri. Sebanyak lebih dari 50 pasangan matawang yang didagangkan, matawang kripto dan CFD (emas,perak,saham,indeks,minyak, komoditi lain).

Yuran, Spread dan Komisen GMI

Yuran : Daripada maklumat yang diperolehi daripada laman sesawang GMI Market, yuran 3.95% dikenakan ke atas deposit / pengeluaran yang tiada kaitan dengan dagangan GMI sendiri.

Spread : Spread di GMI bermula dengan minimum sehingga 0.56pips untuk EURUSD, o.62 pips untuk GBPUSD, 2.8 pips untuk USDJPY dan 2.8 pips untuk USDCHF. 

Selain itu untuk XAUUSD spread bermula daripada 0.6 pips, 2.1 pips untuk XAUGBP, 2.4 pips untuk USOil, 2.1 pips untuk UKOil dan 0.71 pips untuk gas asli. 

Sementara spread terendah di Wall Street bermula daripada 2.8 pips dan spread terendah pada HIS HDK ialah 22.3 pips. Untuk Bitcoin pula ialah 48 pips adalah spread terendah dan 3 pips bagi Ethereum USD.

Komisen : Manakala bagi komisen pula untuk akaun standard dan akaun sen tiada komisen dikenakan kecuali akaun ECN pula ialah $4 bagi satu lot.

Dagangan Sosial GMI

Bagi sesetengah pedagang, ada yang mungkin menggunakan salinan dagangan dan tertanya-tanya adakah GMI memberikan perkhidmatan yang sama. Mungkin anda tidak mempunyai masa untuk merancang perjalanan dagangan anda, anda boleh menggunakan Dagangan Sosial GMI Social Trading Edge yang mana ia di gunakan untuk memanfaatkan kepakaran pedagang lain.

Caranya adalah dengan pilih pakar dagangan anda yang mempunyai prestasi yang dipercayai,salin dagangan mereka dan kawal sendiri pelaburan anda. Ramai pedagang yang melakukan perkara yang sama untuk menambah baik pelaburan masing-masing. 

Caranya : 

  1. DI GMI mempunyai komuniti pedagang dan pelabur di seluruh dunia dan terdapat banyak pilihan “Pakar Dagangan” yang berpengalaman.
  2. Sebagai “Pelabur”, anda akan mendapat strategi dagangan namun pada masa yang sama dapat mengawal dagangan anda sepenuhnya. Semuanya hanya di hujung jari sahaja.
  3. Dengan keuntungan yang diperolehi anda boleh berkongsi keuntungan anda dengan pakar pedagang yang telah dipersetujui seperti perjanjian yang telah dibuat. 
  4. Dagangan sosial adalah salah satu cara terbaik untuk pedagang pemula supaya dapat belajar plan dan cara dagangan yang terbaik dengan memilih salinan dagangan sosial yang ada dalam komuniti GMI.

Deposit dan Pengeluaran GMI

Deposit

Seterusnya adalah deposit, bagi anda yang tertanya-tanya tentang mendepositkan akaun dagangan di GMI. Berita baik untuk anda kerana GMI memberikan pilihan kepada para pedagang dengan menyediakan beberapa cara untuk mendepositkan dana anda. Antaranya ialah Neteller, Skrill dan juga Pindahan Wang di bank iaitu Maybank, CIMB, Public Bank, Hong Leong Bang), bank-bank yang terkemuka di Malaysia tanpa sebarang bayaran untuk mendepositkan dana anda. Selain itu bank tempatan juga seperti Ambank, Bank Islam, Ambank dan lain-lain.

Di Malaysia, dengan adanya pilihan pindahan wang menggunakan bank-bank terkemuka Malaysia, jadi kami menyarankan anda menggunakan kemudahan ini, lebih mudah kerana ramai pengguna di Malaysia yang sudah biasa dengan aplikasi atas talian ini. Selain itu, bank-bank yang boleh digunakan sebagai medium perantara juga menjadikan GMI bukan lah broker yang tidak boleh dipercayai. Seandainya terdapat “red flag” dari pengguna,  bank-bank tempatan boleh menjadi rujukan yang baik.

Pengeluaran

Bagi tujuan pengeluaran pula, pedagang boleh mengeluarkan dana mereka melalui beberapa perkhidmatan atas talian, antaranya ialah Neteller, Skrill dan pindahan bank iaitu Maybank, RHB Bank, Hong Leong dan CIMB.
Cuma bagi pindahan wang melalui bank, anda perlu menunggu sehingga 24 jam sebelum wang anda dikreditkan kedalam bank anda. Namun bagi pengguna Neteller dan Skrill akan dikreditkan serta merta. 

Cara Membuka Akaun di GMI (Panduan Langkah demi Langkah)

Untuk membuka akaun di GMI, anda tidak perlu kemana-mana kerana segala proses hanya melalui atas talian, apa yang anda perlukan ialah talian wi-fi dan telefon pintar/laptop/tablet/iPad. Anda boleh melalui proses seperti dibawah. Untuk membuka akaun dagangan GMI,

  1. Langkah pertama, terus ke laman sesawang dengan hanya klik SINI. Kemudian anda akan dibawa ke laman ini seperti paparan di bawah.
  • Hanya isi maklumat yang diperlukan dengan alamat email yang sah dan nombor telefon yang aktif. Pastikan anda menyediakan email yang mudah untuk anda akses bagi tujuan keselamatan kerana ia melibatkan wang.
  1. Selepas siap mengisi maklumat anda, anda akan di bawa ke laman berikutnya seperti dibawah : 
  • Anda boleh muat turun aplikasi Meta Trader 4 dan mula mendepositkan dana anda sebelum berdagang. Serendah $15 untuk memulakan dagangan anda.
  1. Setelah mengisi semua maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen yang diminta untuk pengesahan identiti seperti di bawah. Anda hanya boleh mendepositkan dana anda selepas anda memuat naik dokumen yang diminta seperti dibawah untuk tujuan pengesahan sahaja.

Setelah selesai semua langkah diatas, anda boleh mulakan dagangan anda dengan menggunakan platform Meta Trader 4 sebagai platform dagangan anda. Anda perlu memuat turun MT4 di telefon pintar anda atau laptop anda untuk pengalaman menarik.

GMI – Kelebihan dan Kekurangan

Broker GMI Markets juga sama seperti broker-broker yang lain, mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Begitu juga dengan GMI, antara kelebihan dan kekurangan GMI Market ialah : 

KelebihanKekurangan
Dikawal Selia oleh badan berautoritiTiada pelanggan daripada USA
Menawarkan akan yang sahDeposit yang agak tinggi
Model STP dan ECNSpread yang agak luas dibeberapa akaun
MetaTrader4Alatan dagangan yang terhad
Swap percuma akaun IslamikKurang mesra pengguna

Kesimpulan GMI

Setelah meneliti maklumat yang diberikan diatas, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah GMI Market adalah broker atas talian yang dipercayai oleh ramai pedagang dan mempunyai lebih dari 1 juta pedagang yang telah berdagang dengan GMI. Satu angka yang bukan sedikit dan dapat dilihat bahawa kepercayaan 1 juta pelanggan GMI Market memberikan ulasan yang agak baik. GMI juga memberikan pilihan akaun kepada pengguna sesuai dengan keperluan anda. Bagi pedagang baru, GMI Market boleh dipertimbangkan sebagai broker pilihan anda dan berita baik untuk semua, mereka mempunyai wakil dan pejabat di Malaysia dan jika terdapat sebarang masalah, mereka juga menyediakan perkhidmatan pelanggan 24/7. Bagi pedagang pemula, anda boleh bermula dunia dagangan anda dengan GMI Markets serendah $15 untuk deposit pertama. Namun diingatkan, setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri dan semakin banyak ilmu pengetahuan tentang dagangan yang anda perolehi, semakin rendah risiko yang anda mungkin alami. Akhir kata dari kami, Selamat Datang ke dunia perdagangan.

Mitrade – Broker Alternatif terbaik untuk Pelabur

Jika anda tidak pasti tentang BoldPrime, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak lagi pilihan yang boleh anda cuma. Kami mengesyorkan Mitrade, pembrokeran forex Australia yang bertapak di Melbourne. Mitrade menyediakan akses kepada lebih dari 400 CFD alatan kewangan termasuk Forex, Indeks, Komoditi dan saham melalui platform hakmilik sendiri dengan julat sebaran yang kompetetif, platform dagangan dan perkhidmatan pendidikan yang mana ia sangat disukai oleh jutaan pengguna di seluruh dunia.

  • Dikawal selia dan selamat
  • Lebih dari 400 pasaran
  • Sebaran rendah dan tiada komisen
  • Akaun latihan percuma
  • Deposit minimun hanya $50

Anda Mungkin Suka

6 Broker Spread Rendah Terbaik Di Malaysia Tahun 2022

Ulasan Broker HextraPrime Malaysia Terkini 2022

Senarai Broker Forex Malaysia Terbaik dan Sah(Update 2022)

Review Mitrade: Apakah Mitrade Scam atau Broker Resmi?

No Deposit Bonus Forex Malaysia 2022 – Senarai Penuh

Bagikan Artikel

Tinggalkan Balasan