Adakah anda ingin untuk memulakan bermain forex tanpa modal? Bonus tanpa deposit Forex (atau no deposit bonus forex) adalah cara bebas risiko dan terbaik untuk memulakan perdagangan forex secara langsung untuk pemula. Ada banyak broker di Malaysia yang menawarkan bonus tanpa deposit, dalam artikel ini kami akan memberi panduan kepada anda tentang kelebihan deposit tanpa bonus forex dan 6 broker di Malaysia yang menawarkan deposit tanpa bonus. Jom kita mulakan!
Apa Itu Bonus Tanpa Deposit Forex?
Sebagai pemula forex, anda mungkin berfikir bahawa anda memerlukan modal yang besar untuk mula menjana keuntungan. Tapi tahukah anda yang anda boleh mula bermain forex tanpa mengeluarkan sebarang duit pun untuk mula berdagang forex?
Ya! Anda boleh mula bermain forex dengan menggunakan bonus tanpa deposit secara percuma daripada broker yang menyediakannya. Bonus tanpa deposit forex di sediakan khas oleh broker untuk anda supaya anda dapat belajar sambil mengaplikasi panduan lengkap belajar main forex. Ini merupakan motivasi buat anda untuk mula bermain forex.
Apa yang menariknya dengan bonus percuma tanpa deposit forex adalah anda menggunakan wang yang betul dan boleh di keluarkan jika anda mendapat keuntungan. Ini lebih baik daripada berdagang ‘paper trading’ atau pun menggunakan akaun demo.
Di sini kami akan nyatakan mengapa akaun bonus adalah yang terbaik serta beberapa perbezaan antara akaun bonus tanpa deposit dan akaun demo.
1) Akaun Bonus Tanpa Deposit
Anda boleh terus mula trade menggunakan akaun yang sebenar dan tanpa modal.Sebarang keuntungan yang anda perolehi boleh dikeluarkan dan dinikmati. Dapat belajar cara main Forex di dunia yang sebenar.
2) Akaun Demo
Keuntungan tidak dapat dikeluarkan walaupun anda untung beratus ribu dollar. Ini kerana anda hanya menggunakan wang demo.
Kurang beremosi semasa berdagang Forex. Kawalan emosi sangat penting untuk anda berjaya dalam bidang perdagangan. Berdagang dengan akaun demo adalah kurang beremosi kerana ianya tidak melibatkan sebarang wang yang sebenar.
Jumlah modal demo yang sangat tinggi dan tidak realistik. Selalunya jika anda berdagang menggunakan akaun demo, modal yang diberikan sangat tinggi dan boleh mencapai ratusan ribu. Ini kurang sesuai untuk pemula kerana ia akan mengganggu pengurusan kewangan pedagang itu sendiri.
Apa yang boleh anda lakukan dengan bonus percuma tanpa deposit forex?
Anda telah memahami apakah bonus tanpa deposit forex. Seterusnya, mari kita lihat kelebihan yang anda akan peroleh jika anda menggunakan bonus tanpa deposit.
1) Mencuba Platform Broker
Mungkin anda mampu mendaftar akaun demo percuma jika di beri kesempatan, namun ianya tidak setanding berdagang di platform yang sebenar, dengan berdagang yang sebenar. Bonus tanpa deposit forex membenarkan anda untuk mencuba platform di desktop dan versi telefon sebelum anda memasukkan wang deposit.
Mungkin anda keliru untuk memilih antara dua broker dan ingin memilih mana yang sesuai untuk anda. Jika kedua-duanya menyediakan bonus tanpa deposit, anda boleh mencuba kedua-duanya dan pilih antara satu yang anda lebih suka. Dengan cara itu anda tidak perlu mengeluarkan wang anda untuk mengetahui broker mana yang sesuai dengan keperluan anda.
2) Melatih Untuk Berdagang
Walaupun jumlah bonus tanpa deposit tidak besar, ia dapat melatih anda untuk bermula berdagang dan melihat kesilapan awal sebelum merisikokan wang anda. Dengan ini, apabila melabur menggunakan wang yang sebenar, anda dapat melihat apa yang anda akan lakukan.
Anda boleh menggunakan akaun demo untuk berdagang di platform sebelum anda menggunakan bonus tersebut untuk melakukan dagangan sebenar. Ini semua penting sebelum anda berfikir untuk bermula menggunakan wang anda.
Kedua-duanya merupakan pelengkap untuk anda mendapat pengalaman berdagang. Setelah anda membiasakan diri, anda akan terkejut bukan sahaja kerana keuntungannya tetapi oleh kerana keseronokan forex tersebut.
6 Broker Bonus Tanpa Deposit Forex Malaysia 2021
Setelah anda memahami apa itu bonus tanpa deposit serta apakah yang boleh anda lakukan dengan bonus percuma forex, anda sudah tentu tidak sabar untuk berdagang forex dan menjana keuntungan.
Namun begitu, sudahkah anda memilih broker pilihan dan mempunyai akaun bonus tanpa deposit?
Jika belum, adakah anda masih mencari broker terbaik yang memberikan bonus tanpa deposit forex di Malaysia?
Untuk memulakan trading forex, yang penting adalah mencari broker forex Malaysia yang sah dan dipercayai. Di sini kami akan memberikan anda senarai top 6 bonus tanpa deposit forex Malaysia 2021.
Anda boleh memilih antara senarai broker tersebut. Pemilihan broker yang sesuai akan menentukan dan memudahkan anda untuk berdagang tanpa sebarang masalah termasuk pengeluaran wang.
Mitrade-Broker Yang Dipercayai Dengan Komisen Sifar
Mitrade adalah sebuah syarikat dan broker kewangan yang berasal dari Australia. Mitrade adalah syarikat yang diberi kuasa dan diseliakan oleh ASIC (Australian Security And Investment Commision). Ia juga adalah satu daripada organisasi pengawal seliaan terkemuka di dunia.
Mitrade telah dirancang dengan teliti dan difokuskan pada penyederhanaan untuk memenuhi keperluan perdagangan kedua pemula dan pedagang yang berpengalaman:
Selamat dan boleh dipercayai
Mitrade dikawal selia oleh ASIC. Semua deposit pelanggan disimpan dalam akaun terpisah yang diperlukan dalam peraturan agensi pengawalseliaan. Pada masa yang sama, ia menggunakan enkripsi teknologi SSL untuk menjadikan perdagangan anda lebih selamat.
0 komisen dan spread kompetitif
Komisen sifar bermaksud tiada bayaran tambahan akan dikenakan. Bayaran yang dikenakan oleh Mitade hanya berasal dari spread. Untuk mengurangkan kos perdagangan dan memaksimumkan keuntungan anda, untuk maklumat lanjut sila rujuk petikan platform Mitrade.
Perlindungan baki negatif
Ciri unik yang diberikan oleh Mitrade ialah semua pelanggan dapat perlindungan baki negatif. Ini membantu mengurangkan risiko tinggi yang berkaitan dengan dagangan forex dan CFD, kerana anda tidak akan kehilangan lebih banyak daripada jumlah yang disimpan dalam akaun perdagangan anda. Sebilangan besar broker forex tidak menyediakan ciri ini.
Akaun Demo
Sekiranya anda ingin mempelajari cara memperdagangkan pertukaran mata wang asing sebelum menggunakan wang sebenar, Mitrade menyediakan akaun demo yang boleh digunakan selama 90 hari dan memberikan yuran pengalaman maya sebanyak $50,000.
Broker | Mitrade |
Diasaskan pada | 2011 |
Dekawal selia oleh | ASIC |
Minimum deposit | $50 |
Bonus | Dapatkan kumulatif trading point dan terima bonus sehingga $3,000! |
Leverage | sehingga 1:200 |
Spread | floating spread dari 0.4 pips |
Akaun demo percuma | Buka Akaun Demo |
Minimum lot dagangan | 0.01 |
Kaedah pembayaran | Skrill, Poli,Visa ,Mastercard,Transfer wire |
Mata wang | Nearly 60 popular currency pairs |
Support Types | Phone Support, Email Support, Live Chat Support |
Kedudukan | ★★★★☆ |
Bonus Rujukan Rakan Mitrade
Berbanding dengan broker lain, Mitrade menawarkan program bonus rujukan teman terbaik. Rakan anda membuka akaun dan berdagang dengan Mitrade berdasarkan rujukan anda, kalian akan menerima bonus hingga $ 500. Setelah rakan anda mula berdagang dengan Mitrade, kalian dapat menikmati ganjaran. Kami akan menambahkan bonusnya ke akaun anda. Anda boleh memperoleh bonus sehingga $ 500 dari setiap rakan yang berjaya dijemput. Semakin banyak rakan yang anda jemput di Mitrade, semakin banyak bonus yang akan anda dapatkan.
Bagaimana saya menyertai programnya?
- Daftar akaun sebenar dan lengkapkan pengesahan identiti
- Dapatkan pautan rujukan unik anda dari Mitrade
- Ajak rakan anda untuk mendaftar akaun sebenar dan berdagang
- Kedua-dua pihak mendapat bonus
Semasa promosi berlangsung, jemput rakan untuk menyertai Mitrade dan melakukan perdagangan. Setiap kali rakan menyelesaikan 1 titik perdagangan, kalian dapat bonus $ 1. Setiap kali anda menjemput rakan, anda boleh mendapat maksimum $ 500 bonus. Anda boleh mendapat lebih banyak bonus dengan menjemput lebih banyak rakan.
Broker XM-Bonus Tanpa Deposit Forex $30
XM adalah sebuah broker yang telah diasaskan pada tahun 2009. XM di beri kelulusan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa (IFSC).
Syarikat ini telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa seperti Broker Terbaik di Eropah pada tahun 2020 yang dianugerahkan oleh World Finance Magazine. Antara tarikan broker ini adalah dengan pemberian bonus tiada deposit sebanyak $30.
Broker | XM |
Diasaskan pada | 2009 |
Dekawal selia oleh | IFSC |
Minimum deposit | $5 untuk akaun mikro dan standard, $100 untuk akaun Zero. |
Bonus | $30 |
Leverage | 1:888 untuk akaun mikro dan standard, 1:500 untuk akaun Zero. |
Spread | floating spread dari 0.6 pips |
Akaun demo percuma | Ya |
Minimum lot dagangan | 0.01 |
Kaedah pembayaran | E-wallet, Credit Cards, Local Bank Transfer |
Mata wang | 55 pasangan mata wang |
Support Types | Phone Support, Email Support, Live Chat Support |
Kedudukan | ★★★★☆ |
Broker RoboForex-Bonus Tanpa Deposit $30
RoboForex yang telah diasaskan pada tahun 2009 telah di beri kelulusan dan di kawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC). Ibu pejabat bagi broker RoboForex adalah berpangkalan di Cyprus.
Broker ini memberikan deposit sebanyak $30 dengan syarat mewajibkan pengguna untuk membuat deposit sebanyak $10 untuk menerima deposit tersebut.
Broker | RoboForex |
Diasaskan pada | 2009 |
Dekawal selia oleh | CySEC |
Minimum deposit | 10 |
Bonus | $30 (dengan syarat melakukan deposit sebanyak $10) |
Leverage | Sehingga1:1000 |
Spread | 0 pips (akaun ECN) |
Akaun demo percuma | Ya |
Minimum lot dagangan | 0.01 |
Kaedah pembayaran | Credit Cards, Local Bank Transfer |
Mata wang | 55 pasangan mata wang |
Support Types | Phone Support, Email Support, Live Chat Support |
Kedudukan | ★★★☆☆ |
Broker Tickmill-Bonus Tanpa Deposit $30
Tickmill adalah sebuah broker antarabangsa yang di kawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA). Broker ini menawarkan bonus ‘Welcome Account’ sebanyak $30 untuk anda memulakan dagangan forex dengan syarat dagangan di lakukan dalam tempoh 3 bulan. Anda hanya boleh mengeluarkan keuntungan anda selepas tempoh tersebut.
Broker | TickMill |
Diasaskan pada | 2014 |
Dekawal selia oleh | FCA, CySEC, FSA, LFSA |
Minimum deposit | $100 |
Bonus | $30 (dagangan dalam tempoh 3 bulan) |
Leverage | Sehingga 1:500 |
Spread | Bermula 1.6 pips |
Akaun demo percuma | Ya |
Minimum lot dagangan | 0.01 |
Kaedah pembayaran | Skrill, Visa/Mastercard |
Mata wang | 60+ pasangan mata wang |
Support Types | Phone Support, Email Support, Live Chat Support |
Kedudukan | ★★★☆☆ |
Broker SuperForex-Bonus Tanpa Deposit $50
SuperForex adalah sebuah broker forex yang telah diasaskan pada tahun 2013. SuperForex di beri kelulusan dan di kawal selia IFSC. Broker ini telah di beri beberapa anugerah seperti Best Affiliate Programme 2017, Best Forex Broker in Mena Region 2016 dan Best Newcomer 2015.
SuperForex memberikan bonus deposit sebanyak $50 untuk client baharu dari Malaysia. Bonus ini adalah percuma, dengan syarat lengkapkan lot dan semua syarat yang di berikan.
Broker | SuperForex |
Diasaskan pada | 2013 |
Dekawal selia oleh | IFSC |
Minimum deposit | $1 |
Bonus | $50 (lengkapkan lot dan semua syarat yang di nyatakan) |
Leverage | Sehingga 1:2000 |
Spread | Fixed spread |
Akaun demo percuma | Ya |
Minimum lot dagangan | 0.01 |
Kaedah pembayaran | Bank Wire Transfer, Skrill, Visa/Mastercard |
Mata wang | 300+ pasangan mata wang |
Support Types | Email Support, Live Chat Support |
Kedudukan | ★★★☆☆ |
Broker FBS-Bonus Tanpa Deposit $100
FBS adalah salah satu broker yang terkenal di Malaysia. FBS di telah di beri kelulusan dan di kawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) untuk yang berdagang di dalam Eropah. Bagi yang berdagang di luar Eropah, International Financial Services Commission of Belize (IFSC) akan bertanggungjawab untuk menyelia.
Bonus tiada deposit yang di berikan oleh FBS Malaysia adalah sebanyak $100. Walaubagai mana pun deposit ini tertakluk kepada syarat yang telah di nyatakan oleh pihak FBS Malaysia.
Broker | FBS |
Diasaskan pada | 2009 |
Dekawal selia oleh | IFSC, CySEC |
Minimum deposit | $1 untuk akaun cent. |
Bonus | $100 (tertakluk kepada syarat yang di nyatakan.) |
Leverage | Sehingga 1:3000 |
Spread | Bermula 0:5 pips |
Akaun demo percuma | Ya |
Minimum lot dagangan | 0.01 |
Kaedah pembayaran | Local Exchanger, Visa, Skrill |
Mata wang | 75 instrumen kewangan disediakan |
Support Types | Email Support, Live Chat Support |
Kedudukan | ★★★★☆ |
Bagaimana Cara Mencari Broker Bonus Tanpa Deposit Forex Yang Telah Di Sahkan?
Untuk berdagang forex dengan lebih selamat, anda perlu menggunakan broker forex yang telah di sahkan. Langkah ini amat penting untuk memastikan anda tidak mudah di tipu dan perdagangan anda tidak sia-sia dan hilang begitu sahaja.
Bayangkan jika anda telah mendapat keuntungan yang banyak akan tetapi anda tidak dapat mengeluarkannya oleh kerana masalah yang timbul dari pihak broker itu sendiri.
Di sini kami akan memberikan anda langkah mudah untuk mengenal pasti jika broker yang menyediakan bonus tanpa deposit forex adalah broker yang telah di sahkan atau pun tidak.
1) Pengiktirafan
Sebelum anda mula untuk berdagang, secara amnya anda harus percaya dan yakin bahawa broker tersebut adalah di sahkan. Langkah yang perlu anda lakukan adalah pastikan broker tersebut mempunyai kerangka kerja dan garis panduan yang di ikuti oleh syarikat tersebut.
Selain itu, pastikan broker tersebut telah beri kelulusan dan di kawal selia oleh badan-badan rasmi kewangan seperti FCA dari UK, CySEC dari Cyprus , ASIC dari Australia dan banyak lagi. Ini adalah badan rasmi yang anda perlu perhatikan dan ambil perhatian.
Mitrade adalah salah satu broker yang terbaik dan diiktiraf dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC). Ia telah diiktiraf sejak tahun 2011 dan Mitrade adalah antara broker yang boleh dipercayai.
2) Latar Belakang Broker
Cara yang lain adalah pastikan anda mengkaji latar belakang broker tersebut. Ini termasuklah tahun bilakah broker tersebut di asaskan. Biasanya broker yang sudah bertahun-tahun bertapak dalam dunia forex adalah lebih di percayai.
Di samping itu, cuba lihat alamat dan tempat di manakah ibu pejabat broker tersebut. Adakah ia terletak di tempat yang anda pernah dengar atau yang nama tempat tersebut adalah pelik dan meragukan.
Sebagai contoh, Mitrade beribu pejabat di Melbourne, Australia dan dibentuk oleh kumpulan profesional berpengalaman dan berpengetahuan yang mengkhususkan diri dalam industri perdagangan dan teknologi kewangan. Falsafah Mitrade adalah bahawa perdagangan harus mudah diakses dan mesra pengguna.
Kita juga boleh mengetahui jika broker tersebut selamat untuk berdagang dengan mengenal pasti siapakah trader profesional terkenal dan anda kenali yang berdagang melalui broker tersebut.
3) Kaedah Pembayaran
Antara faktor utama mengapa orang ramai berdagang forex adalah kerana kemampuan untuk mengeluarkan wang semasa mereka untung. Oleh sebab itu, broker yang mempunyai cara deposit dan pengeluaran yang mudah sudah tentu akan memudahkan pelanggan.
Perlu di ingatkan bahawa broker yang tidak baik akan mengenakan caj semasa pembayaran untuk deposit dan pengeluaran wang. Terdapat juga broker yang mengenakan had pengeluaran untuk pelanggan mereka. Ini sudah tentu akan menyusahkan pelanggan mereka.
4) Platform dagangan yang stabil
Setiap broker mempunyai platform dagangan untuk memudahkan para pelanggan untuk berdagang. Apa yang membezakan setiap platform dagangan broker adalah kestabilan sistem untuk berdagang.
Ini amat penting supaya tidak mengganggu para pelanggan untuk bermain forex. Emosi dan psikologi pelanggan boleh terganggu sekiranya terjadi masalah Ketika mereka ingin berdagang.
5) Fahami Syarat dan Terma
Sebelum anda memilih broker yang menyediakan bonus tanpa deposit, sila baca sebarang syarat dan terma yang telah di nyatakan. Perkara ini adalah amat penting agar anda tidak melanggar sebarang syarat dan terma yang telah di tetapkan. Broker yang terbaik anda memberitahu anda syarat dan terma secara langsung dan tidak menyembunyikannya.
Baca Juga:9 Forex Broker Malaysia Yang Sah Dan Dipercayai (Tips Memilih) 2020
Bagaimana Cara Untuk Membuka Akaun Bonus Tiada Deposit Forex?
Setiap pelanggan perlu membuka akaun forex dengan broker pilihan mereka dengan memberikan maklumat dan dokumen sokongan yang di perlukan dan di nyatakan oleh pihak broker.
Selepas akaun tersebut telah di sahkan, bonus tersebut akan masuk ke akaun anda. Anda boleh gunakan bonus tersebut untuk mula berdagang Forex!
Di sini kami akan menunjukkan contoh langkah-langkah mudah untuk anda mendaftar dan membuka akaun bonus tiada deposit forex. Kami akan menggunakan Mitrade sebagai contoh buat anda.
Cara buka akaun Forex di Mitrade adalah sangat mudah, hanya 4 langkah yang perlu diambil, dan semuanya dilakukan secara online.
Step 1# Pendaftaran Dalam Talian yang Pantas
Gunakan e-mel untuk mendaftar dan menyelesaikan penilaian risiko. Anda juga boleh menggunakan akaun Google dan Facebook untuk log masuk dengan satu.
Step 2# Lengkapkan Pengesahan Identiti
Kirim maklumat yang diperlukan untuk pengesahan identiti dan tunggu semakan pembukaan akaun, kira-kira 1-2 jam(Maklumat anda dilindungi oleh klausa kerahsiaan)
Step 3# Deposit Akaun Untuk Berdagang
Pelbagai kaedah deposit termasuk kad kredit, transfer bank, dll. Mitrade tidak mengenakan bayaran pengendalian.
Step 4# Mulakan Perdagangan Dengan Mudah
Cari produk luar pasaran kegemaran anda seperti emas, pertukaran wang asing, indeks saham, minyak mentah, komoditi, saham AS, dan lain-lain dalam senarai produk.
Kesimpulan
Kesimpulannya, jika anda baru ingin bermain forex dan ingin menjana keuntungan, anda boleh bermula dengan mendapatkan Bonus Tiada Deposit Forex. Dengan cara ini anda boleh belajar berdagang forex sambil menjana keuntungan tanpa perlu anda mengeluarkan sebarang wang untuk bermula.
Anda perlulah mengetahui dan mencari broker yang terbaik dan telah di sahkan agar tidak menyebabkan masalah ketika anda ingin berdagang. Pastikan juga untuk membaca syarat dan terma-terma yang di nyatakan oleh setiap broker yang menawarkan bonus deposit untuk mengelakkan anda daripada melanggar sebarang syarat lalu menyebabkan anda tidak dapat mengeluarkan keuntungan.
Masanya telah tiba untuk anda menjana wang sebenar. Mula menjana wang sekarang!