Menjana pendapatan pasif dengan cara buat duit online telah menjadi trend utama pada tahun 2022. Ini menjadikan ia salah satu topik terhangat di Malaysia, terutama pada musim epidemik Covid.
Kami telah menyediakan panduan kepada 15 cara terbaik untuk cara buat duit online, sama ada anda ingin mendapatkan pendapatan tambahan atau membina kerjaya melalui internet dalam jangka masa yang panjang, terdapat banyak cara berbeza yang anda boleh mendapat manfaat daripada kemahiran dan kerja keras anda.
Anda boleh melihat jadual di bawah, di mana kami menyenaraikan ke semua 15 cara dengan potensi jumlah pendapatan, kemahiran yang diperlukan dan tahap kesukaran. Tetapi anda boleh membaca ringkasan di bawah untuk penerangan yang lebih terperinci bagi setiap satu.
Tandai artikel ini untuk diteliti jika anda ingin menjana pendapatan tambahan atau memerlukan inspirasi untuk perubahan kerjaya.
No. | Cara Buat Duit Online | Potensi Jumlah Pendapatan | Kemahiran yang diperlukan | Tahap Kesukaran |
1 | Membuat blog anda sendiri | Minimum $100 | Setup Laman Web/Blog dan penulisan | Sederhana |
2 | Lengkapkan Kajian Dalam Talian | $5 – $10 | Memahami arahan dan soalan | Mudah |
3 | Menjadi Pembantu Maya(Virtual Assistant) | Bermula dari $4 sejam. | Menggunakan komputer & mengikut jenis tugasan. | Sederhana |
4 | Trading Forex Online | Tiada Had | Asas pengetahuan pasaran forex | Sederhana |
5 | Buat dan Jual E-book | Bermula dari $500 | 48 – 72 jam | Sederhana |
6 | Melabur Mata Wang Kripto | Tiada Had | Asas pengetahuan pasaran mata wang Kripto | Sederhana |
7 | Menjadi Content Writer | Bermula dari $50 USD | Menulis dan pengetahuan dalam sesuatu bidang | Sederhana |
8 | Memohon Pekerjaan Freelance | Bermula dari $100 | Mengikut jenis tugasan | Sederhana |
9 | Pelaburan Saham | Tiada Had | Asas ilmu pelaburan saham | Sukar |
10 | Menyertai Program Affiliate | $5 – $100 | Kemahiran dalam promosi | Mudah |
11 | Memulakan Saluran Youtube | Bermula dari $100 | Mahir edit video, idea yang kreatif. | Sukar |
12 | Mengambil Foto dan Menjual Secara Online | Bermula $10 | Mengambil gambar | Mudah |
13 | Membuat Kursus Secara Online | Bermula dari $500 | Kepakaran dalam sesuatu bidang, berkomunikasi dengan baik. | Sukar |
14 | Menjadi Pereka Grafik | Bermula dari $50 | Mahir menggunakan aplikasi editing | Sederhana |
15 | Menguji Laman Web dan Aplikasi | Bermula dari $10 | Tahu menggunakan internet, Alat asas seperti komputer | Mudah |
Ini adalah 15 cara buat duit online yang telah terbukti, dan anda boleh mula menjana duit mulai hari ini:
1. Membuat Blog Anda Sendiri
☑ Potensi pendapatan: Minimum RM100
☑ Masa yang diperlukan: Lebih dari 1 bulan
☑ Kemahiran yang diperlukan: Setup Laman Web/Blog dan penulisan.
☑ Tahap Kesukaran: Sederhana – Terdapat pelbagai topik blog, tetapi konsistensi dan keaslian adalah faktor penting.
Membuat blog yang di kenali dan mempunyai ramai pengunjung adalah salah satu cara terbaik untuk anda memperoleh pendapatan pasif dalam talian. Pada asasnya, proses mencipta blog adalah mudah, kerana banyak tutorial yang dapat membantu anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih niche yang menguntungkan untuk anda bermula; mempunyai jumlah peminat dan pembaca yang terbukti, selari dengan minat dan kepakaran anda sendiri, kemudian beli nama domain, seterusnya memilih syarikat pengehosan blog, memilih platform blog untuk anda menerbitkan artikel atau kandungan.
Blogging boleh menjana wang kepada anda dalam pelbagai cara. Jika anda sudah mempunyai jumlah pembaca yang ramai, anda boleh menjual ruangan banner dan ruang iklan kepada syarikat, menerbitkan siaran yang ditaja (seperti menulis promosi berbayar), memberikan ulasan produk atau menjual kandungan anda ke laman berita atau media digital lain, tetapi saya secara peribadi, program affiliate lebih menguntungkan. Anda hanya perlu memilih produk premium yang membayar komisen yang bersesuaian dan mencipta kandungan premium berkaitan dengan produk tersebut.
Namun untuk buat duit online dengan berblogging, anda memerlukan tempoh masa untuk membangun blog anda dengan trafik pembaca yang tinggi.
Anda boleh membuat blog menggunakan pelbagai platform seperti WordPress, Blogger, Weebly, Tumblr, Wix dan SquareSpace. Walau bagaimanapun, pilihan ini pastinya tidak mudah, kerana ia memerlukan ketekunan, jadi pekerjaan ini sesuai untuk orang yang mempunyai disiplin, yang ingin berkongsi, menulis, dan bukan hanya mencari wang.
2. Lengkapkan Kajian Dalam Talian
☑ Potensi pendapatan: $5 – $10 USD
☑ Masa yang diperlukan: 15 minit sehingga 60 minit
☑ Kemahiran yang diperlukan: Memahami arahan dan soalan
☑ Tahap Kesukaran: Mudah
Melengkapkan kaji selidik dalam talian ialah cara yang mudah dan tiada masalah untuk mendapatkan wang tambahan. Syarikat kaji selidik sentiasa mencari pendapat orang ramai tentang produk dan perkhidmatan. Setiap tinjauan ditujukan kepada populasi atau kumpulan tertentu. Jika anda boleh melengkapkan kaji selidik dalam beberapa hari, anda boleh menjana banyak wang pasif dalam sebulan.
Menjadi penyiasat ialah tugas yang penting, dan sumbangan anda membantu memastikan keperluan pelanggan. Idea anda boleh membantu banyak projek pembangunan produk dan menambah baik rangkaian produk yang hebat pada masa hadapan.
Kelebihan terbesar membuat kajian dalam talian ialah anda boleh mengambilnya mengikut keselesaan anda. Anda memutuskan masa dan tempat untuk menjalankan kajian ini. Apa yang anda perlukan ialah komputer atau peranti mudah alih yang boleh menyambung ke Internet.
Berikut ialah beberapa tapak terbaik dan beberapa petua supaya anda boleh memanfaatkan masa anda sepenuhnya.
- MOBROG
- Surveytime
- Triaba Malaysia
- Viewfruit Malaysia
- Surveyeah
3. Menjadi Pembantu Maya (Virtual Assistant)
☑ Potensi pendapatan:Bermula dari $4 USD sejam.
☑ Masa yang diperlukan: Berbeza mengikut jenis tugasan
☑ Kemahiran yang diperlukan: Menggunakan komputer & mengikut jenis tugasan.
☑ Tahap Kesukaran: Sederhana
Salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan buat duit online dari rumah ialah menjadi pembantu maya (VA). Sebagai pembantu maya, tugas serta pekerjaan yang anda lakukan dan upah anda berbeza-beza mengikut syarikat. Tugas tersebut mungkin termasuk pengurusan media sosial, membalas e-mel, menyediakan laporan, menempah hotel untuk pelanggan, mengurus janji temu, melakukan kemasukan data (data entry), menjalankan penyelidikan dan banyak lagi. Anda boleh mencari kerja pembantu maya melalui platform pencarian pekerja dalam talian seperti Airtasker, Freelancer, Upwork dan Fiverr.
Terdapat 2 cara pembayaran tugasan. Yang pertama ialah dengan kadar yang tetap. Ini bermaksud anda di bayar mengikut kadar yang telah di tetapkan oleh syarikat tersebut. Cara yang kedua ialah melalui kadar per jam, yang di tetapkam oleh anda sendiri atau syarikat. Ini bermaksud anda di bayar mengikut tempoh anda bekerja.
Dengan bekerja sebagai pembantu maya, anda dapat bekerja di rumah atau pun di luar seperti kafe dan restoran, bahkan semasa anda melancong. Ini bermakna anda mempunyai kebebasan dan tidak terikat dengan tempat, dengan syarat tugasan tersebut dapat di siapkan.
4. Trading Forex Online
☑ Potensi pendapatan:Tiada Had
☑ Masa yang diperlukan: 10 – 30 Minit
☑ Kemahiran yang diperlukan: Asas pengetahuan pasaran forex
☑ Tahap Kesukaran: Sederhana
Dalam perkembangan zaman yang sentiasa berubah, dagangan mata wang Forex sentiasa terbukti sebagai cara terbaik untuk memperoleh pendapatan yang lumayan. Pasaran pertukaran asing (foreign exchange) sangat mudah untuk dimasuki kerana syarat kemasukan yang tidak ketat dan leverage (dana pinjaman) yang tinggi yang ada. Ini menjadikannya sangat popular di kalangan pedagang baru yang melabur dengan deposit rendah untuk pulangan sederhana, begitu juga dengan pedagang yang lebih berpengalaman.
Jika anda tidak tahu bagaimana dagangan Forex berfungsi, mulakan dengan artikel apa itu forex
Matlamat perdagangan forex adalah untuk membeli apabila mata wang berdagang pada kadar yang lebih rendah dan menjual apabila ia meningkat, tetapi untuk memjana wang dalam forex anda perlu mempunyai asas. Sebelum anda mula berdagang, anda mesti menguasai terma dan konsep asas yang terlibat, dan sebaik sahaja anda mula memahami asas, anda juga perlu mencari broker forex yang betul. Walaupun anda boleh melakukan semua pembelajaran sendiri, broker forex yang boleh dipercayai boleh menjadi faktor keuntungan atau kerugian dalam bidang ini.
Mitrade ialah pilihan broker forex yang baik di sini. Bukan sahaja platform yang hebat untuk pemula, ia juga popular dengan pedagang dengan kos transaksi yang sangat rendah.
Kelebihan:
- Platform dagangan terkawal tinggi yang digunakan oleh lebih 1 juta orang.
- 400 aset popular untuk didagangkan: termasuk pertukaran asing, emas, mata wang kripto, minyak mentah, saham Amerika Syarikat dan banyak lagi.
- Spread rendah dan 0 komisen.
- Deposit minimum hanya $50.
Bagaimana untuk bermula
- Mencari Broker forex terbaik: Untuk memulakan perdagangan mata wang Forex, memilih rakan kongsi broker yang dipercayai di antara banyak kedudukan platform broker forex terbaik adalah langkah penting sebelum memulakan dagangan sebenar.
- Berlatih dengan pilihan akaun demo: Ramai pedagang forex dalam talian menawarkan akaun demo atau amalan yang memberi anda pengalaman berdagang tanpa perlu melabur wang tunai sebenar.
- Mulakan dengan pelaburan kecil: Jika anda tidak bersedia atau tidak mampu untuk rugi, adalah disyorkan untuk berdagang pertukaran asing dengan jumlah modal yang kecil untuk mengurangkan risiko. Hari ini, adalah mungkin untuk memulakan dagangan Forex dengan jumlah modal yang kecil – walaupun serendah $50.
5. Buat dan Jual Ebook
☑ Potensi pendapatan:Bermula dari $500 USD
☑ Masa yang diperlukan: 48 – 72 jam
☑ Kemahiran yang diperlukan: Penulisan & pemasaran
☑ Tahap Kesukaran: Sederhana
Jika anda mempunyai ilmu pengetahuan atau kemahiran serta pengalaman dalam sesuatu bidang, anda boleh cuba untuk membuat dan menjual E-book. Sebagai contoh, jika anda mahir dalam bidang memasak, anda boleh menulis resepi dan cara-cara memasak, lalu memuatkannya dalam bentuk Ebook. Kemudian, anda boleh menjualnya kepada pembaca yang ingin belajar memasak.
Suatu kelebihan menjual Ebook ialah anda tidak perlu risau dengan kos percetakan seperti buku-buku yang di jual di kedai buku. Anda hanya perlu menulis sekali sahaja dan memuat turun di laman web atau platform Ebook, lalu menjualnya. Walau bagaimana pun, anda juga perlu mempunyai kemahiran dalam pemasaran supaya anda dapat menjual kepada lebih ramai pembaca.
Anda boleh menjual Ebook melalui platform Amazon, Clickbank, Google Play, Sellfy, Payhip dan Shopify. Setiap platform ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, pilihlah yang bersesuaian menurut anda.
6. Melabur dalam Mata Wang Kripto
☑ Potensi pendapatan:Tiada Had
☑ Masa yang diperlukan:10 – 30 Minit
☑ Kemahiran yang diperlukan: Asas pengetahuan pasaran mata wang Kripto
☑ Tahap Kesukaran: Sederhana
Sejak beberapa tahun ini, pasti anda telah mendengar ramai individu yang menjana pendapatan dengan melabur mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum. Ini juga merupakan salah satu cara buat duit online yang terkenal pada era baharu ini.
Seperti perdagangan mata wang forex, pasaran kripto juga mempunyai leverage, yang membantu anda menjana pulangan yang besar walau pun dengan jumlah deposit yang kecil.
Dengan Mitrade, anda juga boleh melabur dalam mata wang kripto dengan serendah $50 sahaja. Untuk mula buat duit online dengan mata wang kripto, anda harus mempunyai pengetahuan asas mengenai kripto. Beli semasa harga di paras yang rendah, dan jual apabila harga berada di paras yang tinggi.
Oleh kerana volatiliti pasaran kripto yang pantas dan cepat, tidak selalunya anda akan menjana keuntungan. Di sebabkan itu, pengawalan risiko amat di titik beratkan semasa melabur, sama juga seperti jenis pasaran yang lain.
7. Menjadi Content Writer
☑ Potensi pendapatan:Bermula dari $50 USD
☑ Masa yang diperlukan: 3 – 12 jam.
☑ Kemahiran yang diperlukan: Menulis dan pengetahuan dalam sesuatu bidang
☑ Tahap Kesukaran: Sederhana
Jika anda mempunyai bakat dalam penulisan dan ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang, anda boleh menjadi content writer atau penulis kandungan sebagai cara buat duit online. Penulis amat di perlukan untuk laman web, blog dan juga media sosial. Bayaran biasanya bergantung kepada jumlah perkataan dan jenis topik yang di tulis.
Sebagai contoh, jika anda merupakan peminat gadget dan teknologi semasa, serta sentiasa mengikuti berita dan maklumat berkaitan bidang tersebut, anda sesuai untuk menjadi penulis kandungan. Ini kerana dengan penulisan anda, sesebuah laman web gadget dan teknologi memerlukan kemahiran anda agar penulisan anda dapat membantu pembaca untuk melawat laman web tersebut. Lebih-lebih lagi dengan kandungan berita yang baru setiap masa, laman web ini memerlukan banyak penulis dalam satu-satu masa.
Selain itu dengan menjadi content writer, anda boleh membantu bisnes-bisnes dalam mempromosikan produk atau servis yang di tawarkan, dengan harapan ramai yang akan membaca dan tertarik untuk membeli produk atau servis.
Tahukah anda bahawa tugasan ini mempunyai permintaan yang tinggi? Ini kerana setiap hari banyak laman web dan bisnes yang memerlukan penulis. Ambil peluang untuk buat duit online dengan menjadi content writer.
Antara platform pekerjaan bebas yang popular adalah Freelancer, Upwork, Fiver, Pay Per Hour, dan Guru.
8. Memohon Pekerjaan Bebas (Freelance)
☑ Potensi pendapatan: Bermula dari $100
☑ Masa yang diperlukan: Tidak tetap
☑ Kemahiran yang diperlukan: Mengikut jenis tugasan
☑ Tahap Kesukaran: Sederhana
Jika anda pernah bermimpi untuk buat duit online, menjadi pekerja bebas boleh di jadikan sebagai salah satu cara. Apa pun kepakaran yang anda miliki, terdapat syarikat atau bisnes di internet yang memerlukan anda.
Pekerja bebas membolehkan anda memilih sama ada untuk mengambil projek jangka pendek atau panjang dan juga selektif tentang syarikat yang anda ingin bekerjasama. Peluang untuk berpindah ke cabang yang baharu dan bukannya tinggal di satu jabatan adalah manfaat besar untuk pekerja bebas dan akan membantu mengekalkan kerjaya anda dengan menarik.
Pekerja bebas membolehkan individu mendapat akses kepada pelanggan melangkaui sebarang halangan geografi, sama ada di negeri yang berbeza di dalam negara mahupun di lokasi luar negara. Dengan ini, gaji atau upah adalah tidak terhad dan anda boleh menjana sebanyak mana yang anda mampu.
Akan tetapi, tidak semestinya anda akan terus mendapat pekerjaan bebas secara online. Tidak seperti pekerjaan umum 9-5 di mana gaji anda di bayar setiap bulan, anda perlu menggangap pekerjaan bebas anda sebagai bisnes anda sendiri; penghasilan dan kerugian pendapatan di tanggung oleh anda.
Antara platform pekerjaan bebas yang popular adalah Freelancer, Upwork dan Fiverr.
9. Cara Buat Duit dengan Melabur dalam Saham
☑ Potensi pendapatan: Tiada Had
☑ Masa yang diperlukan: 30 – 60 minit
☑ Kemahiran yang diperlukan: Asas ilmu pelaburan saham
☑ Tahap Kesukaran: Sukar
Jika anda mempunyai modal yang banyak untuk membantu menjana lebih banyak wang online, anda boleh mencuba untuk melabur dalam saham.
Saham menawarkan pelabur potensi terbesar untuk pertumbuhan kewangan dalam jangka masa panjang. Pelabur yang sanggup bertahan dengan saham dalam jangka masa yang panjang, katakan 15 tahun, secara amnya akan diberi ganjaran dengan pulangan yang kukuh dan positif. Tetapi harga saham bergerak turun dan juga naik.
Baca Juga: Belajar Cara Main Saham Dari Pada Zero(Update 2022)
Namun ianya bukan mudah, anda perlu memahami asas ilmu pelaburan saham, serta perlu mengkasi kaunter-kaunter saham sebelum anda mula melabur.
Untuk melabur di Malaysia, anda mesti mempunyai akaun CDS. Jika belum mempunyai akaun CDS, anda boleh mendaftar di firma kewangan berdaftar seperti Maybank dan CIMB Bank. Di Malaysia, anda akan melabur di Bursa Malaysia.
Anda juga boleh melabur saham di syarikat luar negara seperti Apple di Amerika Syarikat, namun anda perlu mempunyai akaun dan aplikasi trading saham yang disahkan sebelum melabur.
10. Menyertai Program Affiliate
☑ Potensi pendapatan: $5 – $100
☑ Masa yang diperlukan: 1 – 2 jam sehari.
☑ Kemahiran yang diperlukan: Kemahiran dalam promosi
☑ Tahap Kesukaran: Mudah
Program Affiliate ialah sejenis pemasaran berasaskan prestasi di mana ahli akan memperoleh wang atau komisen daripada penjualan sama ada produk mereka sendiri atau orang lain. Kelebihan pemasaran gabungan adalah ia agak murah untuk kedua-dua pihak; anda tidak perlu menghasilkan produk anda sendiri, dan ia membolehkan anda memanfaatkan kerja orang lain. Sama ada program affiliate sesuai atau tidak sebagai cara buat duit online, ianya akan sangat bergantung pada jenis promosi yang anda lakukan.
Jika anda mempunyai pengikut media sosial dan laman web yang ramai, anda boleh menyertai program affiliate. Dengan hanya sebuah posting atau emel yang anda kongsikan kepada pengikut anda, anda menjana wang setiap kali pengikut membeli produk melalui anda.
11. Mulakan Saluran YouTube
☑ Potensi pendapatan: Bermula dari $100
☑ Masa yang diperlukan: 2 – 4 jam sehari
☑ Kemahiran yang diperlukan: Mahir edit video, idea yang kreatif.
☑ Tahap Kesukaran: Sukar
Era internet ini memberikan orang kebebasan untuk memuat-naik video online. Tahukah anda bahawa anda boleh buat duit online dengan memulakan saluran YouTube dengan topik yang anda minati. Jika anda memenuhi syarat yang telah di tetapkan oleh YouTube, anda dapat mengiklankan video anda melalui AdSense.
Kedengaran mudah, tapi ianya sebaliknya. Anda perlu konsisten memuat naik video yang menarik dan bermanfaat. Dengan cara ini anda akan menarik minat lebih ramai penonton dan pengikut. Seperti MrBeast, salah satu Youtuber terkenal, beliau mengambil masa lebih kurang 6-8 tahun untuk menjana jutaan ringgit setahun.
Jika anda mahir membuat video dan mempunyai idea yang kreatif, cara buat duit online ini sesuai dengan anda.
12. Mengambil Foto dan Menjual Secara Online
☑ Potensi pendapatan: Bermula $10
☑ Masa yang diperlukan: 30 – 60 minit sehari
☑ Kemahiran yang diperlukan: Mengambil gambar
☑ Tahap Kesukaran: Mudah
Jika anda mempunyai kamera atau telefon bimbit yang mempunyai kamera yang baik, anda boleh buat duit online dengan mengambil gambar dan menjualnya. Ini di kenali sebagai ‘Stock Photography’.
Terdapat beberapa orang yang membuat beribu-ribu ringgit sebulan dengan menjual foto mereka. Secara realistik kebanyakan orang tidak memperoleh pendapatan sebanyak itu. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan orang yang menjual gambar stok adalah pekerjaan sampingan yang mudah yang boleh membantu menambah pendapatan anda. Selain itu, jika anda mengambil banyak gambar, maka apa kata cuba dapatkan sesuatu iaitu wang!
Memandangkan teknologi telah maju, banyak platform telah mula menawarkan galeri yang penuh dengan imej dan video. Pembeli kemudiannya boleh melesenkan imej ini untuk kegunaan mereka sendiri. Membeli imej dengan cara ini selalunya jauh lebih murah daripada mengambar imej anda sendiri. Mengupah jurugambar profesional dan model boleh menelan kos yang tinggi.
Anda boleh menjualnya di iStock, Shutterstock dan Unsplash.
13. Membuat Kursus Secara Online
☑ Potensi pendapatan: Bermula dari $500
☑ Masa yang diperlukan: 1 – 3 jam sehari.
☑ Kemahiran yang diperlukan: Kepakaran dalam sesuatu bidang, berkomunikasi dengan baik.
☑ Tahap Kesukaran: Sukar
Pada masa kini, lebih ramai orang sanggup mengeluarkan wang dan mencari jenis kandungan baharu yang berkualiti untuk diterokai dalam talian, terutamanya apabila ia berkaitan dengan mempelajari kemahiran baharu. Satu cara untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini, di samping menjana pendapatan, adalah dengan membuat dan menjual kursus secara online.
Jika anda mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang dan merasakan bahawa anda adalah pengajar yang baik, cara buat duit online ini sesuai dengan anda. Sebagai contoh, jika anda mahir dalam membuat video editing, anda boleh membuka kursus atau kelas online kepada yang berminat, lalu anda boleh mengenakan caj kepada mereka.
Antara platform yang anda boleh gunakan untuk membuat kursus secara online adalah Udemy, Skillshare dan Teachable.
14. Menjadi Pereka Grafik
☑ Potensi pendapatan: Bermula dari $50
☑ Masa yang diperlukan: 2 – 6 jam sehari
☑ Kemahiran yang diperlukan: Mahir menggunakan aplikasi editing
☑ Tahap Kesukaran: Sederhana
Mempunyai bakat sebagai pereka grafik bermaksud anda boleh menjana duit secara online. Pereka grafik di perlukan di mana-mana syarikat atau bisnes, sebagai cara untuk promosi produk.
Sebagai pereka grafik, anda boleh menjana sehingga ribuan ringgit, bergantung kepada tahap dan keperluan grafik. Ianya sebuah lubuk emas bagi mereka yang mempunyai idea yang menarik, di sertakan kebolehan menggunakan aplikasi editing.
Anda boleh mencari pelanggan anda melalui kenalan di internet mahu pun melalui platform pekerjaan bebas seperti Upwork, Fiverr dan Freelancer.
15. Menguji Laman Web dan Aplikasi
☑ Potensi pendapatan: Bermula dari $10
☑ Masa yang diperlukan: 5 – 25 minit
☑ Kemahiran yang diperlukan: Tahu menggunakan internet, Alat asas seperti komputer
☑ Tahap Kesukaran: Mudah
Laman web atau aplikasi yang mempunyai navigasi yang buruk, reka bentuk serta kandungan yang buruk akan membuatkan pelawat lari. Ini menyebabkan potensi mendapatkan pelanggan atau wang akan hilang. Inilah sebabnya mengapa syarikat membayar wang yang lumayan untuk review dan maklum balas pihak ketiga terhadap tapak web dan aplikasi mudah alih mereka.
Anda boleh melakukan tugasan ini jika anda tahun menggunakan internet. Bergantung kepada jenis pengujian, ada yang memerlukan hanya komputer atau telefon pintar, namun ada juga yang memerlukan webcam atau microphone.
Antara platform yang menawarkan tugasan ini ialah Cheakealos, Enroll dan Ferpection.
Kesimpulan
Ini adalah beberapa cara anda boleh buat duit online di Malaysia. Sesetengah daripada senarai ini akan menjana wang kepada anda dengan cepat manakala yang lain akan mengambil masa. Kerana halangan untuk anda melakukan tugasan adalah sangat rendah, persaingan adalah sengit.
Tidak kira bagaimana anda memilih untuk membuat duit online, anda perlu bekerja lebih keras untuk menonjol dan unik daripada orang ramai. Saya berharap anda berjaya memperoleh pendapatan yang lebih fleksibel untuk diri sendiri dengan mengikuti beberapa cadangan cara buat duit online di atas!
Saya harap blog ini membantu anda, tulis di ruanga komen di bawah jika anda mempunyai sebarang soalan mengenainya.
Anda Mungkin Suka: