NFT telah menyebabkan kesan fenomena tulip mania dikalangan pelabur Malaysia. Apakah NFT sebenarnya dan adalah ianya berbaloi untuk melabur kedalamnya? Dalam blog ini akan membincangkan apakah NFT dan bagaimana ia bekerja, jika anda berminat untuk belajar tentang NFT dan ingin meneroka tentang NFT secara lebih lanjut, silakan membaca.
Apa Itu NFT?
NFT singkatan kepada (Non-Fungible Token) adalah aset digital yang boleh dijual sebagai aset NFT itu sendiri. Jenis unik dan item berharga daripata yang ketara kepada yang tidak ketara, ini boleh termasuk kepada aset permainan, gambar, foto, lukisan, video, muzik dan lain-lain, ia dicipta dan di simpan didalam rantaian blok berdasarkan agihan rantaian blok lejar dan sifat yang tidak berubah, semua orang dalam rantaian tersebut boleh mengesahkan dan menjejak kesahihan pemilikan.
Perbezaan diantara NFT dan matawang kripto ialah NFT boleh didagangkan tetapi tidak boleh ditukar antara satu sama lain kerana nilainya yang tidak sama. Dengan membeli NFT, kerja digital anda mempunyai sijil untuk pengesahan keaslian dan boleh membukti status pemilikan kerana ia mempunyai identiti sijil digital dan kod unik.
Ciri-ciri NFT
- Keunikan : Setiap token NFT akan mempunyai keunikan unik mengecam dan dimiliki oleh pemilik.
- Kekurangan : Hasil kerja dijual sebagai NFT akan sentiasa asli, unik dan tidak boleh digantikan dalam apa bentuk sekalipun dan tiada salinan kedua.
- Tidak Boleh Dibahagikan : Pemilikan khas NFT adalah ia tidak boleh dibahagikan dalam apa cara sekalipun, tidak seperti matawang kripto seperti Bitcoin atau Ethereum yang boleh dipecahkan dan didagangkan secara pecahan.
Contoh NFT terkenal
Ambil jualan NFT yang paling mahal sebagai contoh : hasil kerja artis Beeple “ Everyday: the first 5000 Days” yang dibida dan dijual dalam bentuk NFT dan akhirnya terjual dengan harga yang tinggi iaitu 69 Juta USD dan menjadikan ianya yang terpaling mahal dalam sejarah hasil kerja NFT.
Pengasas Twitter Jack Dorsey telah menjual tweet pertama beliau dengan harga $2.9 juta pada 22 Mac 2021 dimana Sina Estavi, CEO firma rantaian Malaysia Bridge Oracle yang memenangi bidaan untuk 1630 ETH pada waktu itu bersamaan dengan 2.9 juta USD.
Semua orang boleh melihat imej diatas atau twit atas talian secara percuma, jadi mengapa orang sanggup membayar jutaan untuk sesuatu yang boleh didapati dengan mudah dengan muat turun ataupun tangkapan skrin?
Sementara semua orang boleh melihat dan memuat turun NFT, tidak kira berapa banyak salinan maklumat disalin, keaslian hanya dengan identiti NFT. itulah nilai NFT yang tidak boleh dikutip tetapi hak ekslufif yang diterima.
NFT dibina dengan pengesahan untuk membuktikan hak milik. Pemilik boleh membuktikan bahawa dia adalah pemilik asal yang sebenarnya memegang tandatangan sebagai pemilik dan transaksi kerja, rekod boleh dijejak semula untuk membuktikan edaran dan hak pemilikan dan minat dalam kerja.
Permohonan NFT dalam Hidup
- Hasil Kerja : Artis menjual seni mereka secara atas talian, menjadikan ianya mudah untuk diverifikasi keasliannta dan pemilikan koleksi atau hasil kerja. Ini juga membenarkan artis untuk mengelakkan hasil kerja mereka dicuri atau dicetap rompak.
- Permainan : NFT adalah asas kepada permainan rantaian blok. Kandungan permainan seperti karakter model, senjata dan lain-lain boleh dijual sebagai NFT. 2 permainan NFT yang paling popular Axie Infinity dan Criptokitties.
- Keaslian : NFT mengandungi unik set maklumat berkenaan aset atau program item kedalamnya. Ini menjadikan ianya ideal untuk mengisukan sijil, identiti, kelayakan dan lesen.
- Pendigitalan dan aset fizikal : NFT boleh mentokenkan aset di dunia sebenar seperti hartanah, real estate dan saham.
- Muzik : Pemuzik boleh menjual album tradisional, trek unik atau tiket dan lain-lain sebagai NFT kerapa aplikasi versatil NFT.
Bagaimana untuk membeli NFT?
Pertama sekali, anda memerlukan dompet digital yang membolehkan anda untuk menyimpan NFT dan matawang kripto. Anda mungkin perlu membeli sedikit matawang kripto bergantung kepada apa penyedia NFT anda terima.
Langkah 1: Kebanyakan transaksi NFT menggunakan ethereum sebagai matawang, jadi anda perlu mempunyai ethereum asli untuk membeli NFT.
Langkah 2: Cipta dompet matawang ethereum yang kompatibel untuk membeli dan menyimpan NFT.
Langkah 3: Daftar di tempat pasaran NFT seperti Pentas.io, NFT.my,NFtapir
Langkah 4: Sambungkan dompet anda dengan platfom jualan NFT untuk membeli, berhati-hati dengan yuran transaksi.
Langkah 5: Token akan dipindahkan kedalam dompet.
Tempat Memasarkan NFT Popular
Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana untuk mendapat untuk meneroka NFT, ini adalah beberapa pasaran NFT yang biasa ada di dalam pasaran.
- OpenSea
- SuperRare
- Rarible
- nown Origin
- Atomic Assets
- Axie Marketplace
- Viv3
- Decentraland Marketplace
- TreasureLand
- NFT ShowRoom
Bagaimana untuk melabur secara berkesan dalam NFT pada tahun 2022?
Buat duit daripada agihan, beli dan jual hasil kerja : Lukisan, lagu digital dan lain-lain adalah jauh lebih popular dan menguntungkan NFT di pasaran.
Ambil bahagian dalam permainan NFT yang popular di pasaran: pemain boleh mengumpulkan token dengan bermain permainan dan melaksanakan tugas. Token yang diperolehi boleh ditukarkan kepada matawang kripto.Tambahan lagi pemain boleh mengumpul, memiliki atau menjual item ekslusif dalam permainan melalui NFT teknologi untuk dijual.
Labur dalam projek permulaan NFT: Terdapat banyak projek permainan yang sedang dibangunkan sedang berada di kadar membimbangkan dan menerika pelaburan yang besar, seperti pelaburan pemulaan boleh mewujudkan peluang untuk pelabur untuk membuat keuntungan cepat, tapi cara ini memerlukan pelabur untuk mempunyai ilmu dalam pemilihan projek yang berpotensi dan berpengalaman.
Tetapi perlu diingatkan, nilai NFT bergantung sepenuhnya kepada apa yang orang sanggup membayarnya. Walaubagaimana pun permintaan akan memacu harga NFT daripada asas,teknikal atau petunjuk ekonomi. NFT boleh dijual semula dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang telah dibayar atau jika tiada sesiapa yang ingin membelinya, anda mungkin tidak dapat menjualnya langsung.
Risiko dan Kekurangan NFT
Pasaran NFT menjadi semakin menarik sebagai teknoloi yang sedang membangun dan konsep sebaran virtual universal, bagaimanapun seperti matawang kripto, masa depan NFT kekal menjadi isu yang tidak pasti. Kesahan NFT mengelirukan banyak pihak kerana mereka berdagang diatas sistem rantaian matawang virtual, diaman ia masih belum diterima dikebanyakan negara. Ketiadaan pengawal selia juga menjadikan ianya semakin sukar dan berisiko. Tambahan lagi sesiapa sahaja dalam internet boleh membuat NFT dengan apa sahaja, bermakna banyak token akan menjadi tidak berharga jadi ia akan menjadi kekurangan kepada NFT itu sendiri.
- Risiko dalam pasaran tinggi, NFT kekal tiada kawal selia
- Isu keselamatan, banyak kes kecurian NFT
- NFT tidak boleh dicairkan dan tinggi turun naik
- NFT tidak menghasilkan dividen dan pendapatan
- NFT subjek kepada cukai keuntungan modal
- Yuran transaksi NFT sangat tinggi.
Pelaburan alternatif yang berkaitan dengan NFT
Walaupun potensi penghargaan NFT besar, ambang kemasukan tidak rendah terutamanya untuk projek yang mempunyak reputasi tertentu, harga lantai adalah sangat mahal. NFT boleh dicaj dimana sahaja daripada 10 ribu ke ratusan ribu dolar. Jika anda mencari cara lain untuk melabur, cuba berdagang CFD di Mitrade tanpa membeli aset kewangan sebenar, hanya keuntungan daripada pergerakan aset sahaja.
Bagaimana untuk berdagang pasaran kewangan produk OTC di Mitrade?
Ikuti langkah mudah dibawah untuk membuka akaun
- Klik pada laman buka akaun dan pilih akaun platform dagangan yang sesuai dengan anda untuk membuka akaun.
- Selepas akaun dibuka, masukkan dana kedalam akaun
- Muat turun dan pasang kemudian log masuk kedalam platform dagangan untuk berdagang.
Sertai dalam pasaran kewangan OTC global merangkumi pertukaran asing, logam berharga, komoditi, saham, indeks, saham USA dan lain-lain. Dengan sebaran yang kompetitif, cepat dan sebutharga tepat serta perlaksanaan berkualiti tinggi. Mitrade menyediakan pelanggan dengan pengalaman dagangan terbaik.
Diharapkan ringkasan diatas dapat membantu anda memahami dengan lebih baik apakah NFT, adakah anda akan membuat pilihan rasional dan tepat sebelum melabur dalam NFT. Jika anda mempunyai soalan, boleh tinggalkan komen anda.