Ketika pandemik COVID-19 rancak melanda seluruh dunia, emas telah menjadi aset pelaburan pilihan ramai. Harga emas terkini adalah RM228 per gram. Apakah ramalan harga emas untuk tahun 2021? Adakah emas mampu mencatatkan pulangan yang tinggi seperti tahun 2020?
Dalam artikel ini, kami akan menganalisa harga emas dan memberikan pendapat terhadap ramalan harga emas untuk tahun 2021.
Prestasi Emas Tahun 2020 dan Mengapa Emas Semakin Bernilai
Sebelum kita pergi kepada analisa yang lebih lanjut, kita perlu melihat dari segi prestasi emas tahun lepas. Adakah 2020 tahun yang baik untuk memiliki emas?
Ya. Pada tahun 2020, emas mencatatkan harga tertinggi pada awal Ogos iaitu RM277 per gram. Jika nak dibandingkan dengan tahun sebelumnya, emas mencatatkan harga tertinggi pada harga RM210 per gram.
Jadi, mengikut carta tahun 2019 dan 2020, tidak boleh disangkal lagi bahawa pada tahun lepas, emas adalah aset pelaburan yang baik.
Mesti anda juga tertanya-tanya mengapa harga emas mendadak walaupun ketika tempoh dunia dilanda wabak pandemik. Jika kita lihat di kedai emas, ramai orang berpusu-pusu hendak membeli emas. Sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam kenaikan harga emas ini tetapi kita perlu juga ambil tahu sebab apa emas semakin bernilai.
Ada beberapa faktor penting yang membuatkan harga emas naik seperti:
Risiko inflasi semakin tinggi
Kerajaan telah mengumumkan bahawa inisiatif untuk menangani wabak pandemik akan dilancarkan dalam bentuk PRIHATIN, PERMAI dan PEMERKASA. Ini bermakna sejumlah wang yang banyak akan disuntikkan ke dalam ekonomi dan akan menyebabkan inflasi.
Apa itu inflasi? Inflasi adalah apabila kenaikan harga barang berlaku disebabkan oleh pencetakan matawang, perkenalan wang baru atau kekurangan bekalan.
Inflasi sebenarnya sihat untuk ekonomi di kadar yang rendah. Ekonomi kita meningkat saban tahun dengan kadar inflasi 2-3% setahun. Namun, apabila jumlah wang yang banyak diperkenalkan dalam pasaran dan bekalan pula kekal sama, nilai matawang akan turun.
Sebagai contoh; RM2 boleh digunakan untuk membeli sebuku roti. Kemudian, semua orang mendapat bantuan kewangan RM2 secara percuma. Tetapi permintaan roti tetap sama dan jumlah orang masih sama. Jadi, kedai roti perlu menjual sebuku roti tersebut dengan harga RM4. Jadi, kuasa membeli RM2 tadi sudah berkurangan dan inflasi harga roti adalah 2 kali ganda daripada asalnya.
Begitu juga dengan emas. Apabila tiba inflasi, aset pelaburan konservatif seperti emas turut sama naik disebabkan bekalannya yang terhad.
Pengekalan nilai aset
Syarikat atau entiti pelaburan seperti dana am, badan berkanun atau kerajaan juga perlu mengekalkan nilai aset mereka. Contohnya, apabila syarikat anda mempunyai RM20,000 dan anda tahu bahawa risiko inflasi semakin tinggi, anda perlu mengekalkan nilai RM20,000 ini. Jumlah ini tidak akan mempunyai kuasa yang sama seperti sebelum ini jadi syarikat anda perlu melakukan pertukaran aset daripada tunai kepada bentuk lain.
Antara pelaburan yang selamat adalah melalui emas. Walaupun secara purata, emas naik sebanyak 3-4% setiap tahun, ia dapat melindungi nilai daripada inflasi. Ketika kegawatan ekonomi, syarikat pelaburan besar melabur dalam emas supaya wang mereka tidak “hangus” begitu sahaja dimamah inflasi.
Nilai beta yang tinggi
Apa maksud nilai beta yang tinggi? Nilai beta bermaksud hubungan yang tidak selari dengan pasaran saham. Maksudnya, apabila pasaran saham merudum seperti Mac 2020, emas mencatatkan prestasi yang baik. Manakala, apabila pasaran saham meningkat, harga emas pula turun. Hubungan yang berbeza inilah nilai beta.
Disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19, pasaran saham dan ekonomi jatuh dengan mendadak. Orang ramai berpusu-pusu lari daripada pegangan saham kepada emas dan aset konservatif seperti ASB, Tabung Haji atau menyimpan di bank.
Emas mempunyai kadar risiko yang rendah dan stabil. Jadi, ramalan harga emas untuk tahun 2021 dijangka tidak terlalu ekstrem.
Ramalan Harga Emas 2021: Kenaikan Atau Penurunan Harga Emas?
Institusi kewangan antarabangsa menjangkakan prestasi harga emas akan berterusan buat masa terdekat sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi. Senarai lengkap laporan ramalan harga emas 2021 daripada institusi kewangan adalah seperti berikut:
Senarai Ramalan Harga Emas 2021 Daripada Institusi Kewanga
Nama Institusi Kewangan | Ramalan Harga Emas 2021Per Gram (USD) | Ramalan Harga Emas 2021 Per Gram (Ringgit Malaysia) |
AG Thornson | $81.00 | RM336.70 |
Bank of America | $72.70 | RM302.00 |
Bloomberg Intelligence | $158.73 (tahun berikutnya selepas 2021) | RM658.74 |
Capital Economics | $67.02 | RM278.10 |
CIBC | $81.13 | RM336.70 |
Citigroup | $74.07 | RM307.40 |
Commerzbank | $81.13 | RM336.70 |
CPM Group/Jeff Christian | $67.80 | RM281.35 |
Credit Suisse | $77.60 | RM322.05 |
Edelweiss | $98.77 | RM409.90 |
Frank Holmes/US Global | $141.10 | RM585.50 |
Goldman Sachs/Jeff Currie | $81.13 | RM336.70 |
Kitco News Survey | $82.00 | RM345.10 |
Kimble Charting Solution | $105.78 | RM439.00 |
Mark Mead FX Empire | $84.70 | RM351.50 |
Metals Focus | $74.10 | RM307.41 |
Peter Krauth | $81.13 | RM336.70 |
Ross Norman/Metals Daily | $80.24 | RM333.00 |
PM Analyst/Lawrence Williams | $78.48 | RM325.70 |
*diambil daripada laman web goldsilver.com
Apa pendapat saya pula berkenaan sasaran harga emas ini? Mungkin ia kedengaran seperti mengarut dan sangatlah optimistik. Tetapi kita perlu sedar bahawa kebanyakan negara mempunyai nasib yang sama seperti Malaysia di mana ekonomi merudum tetapi harga aset semakin meningkat.
1. Stimulus kewangan
Kerajaan Amerika Syarikat telah mengumumkan bantuan stimulus kewangan yang digelar oleh warga internet sebagai “stimmy”. Kerajaan baru yang diterajui Joe Biden juga telah mengumumkan sebanyak USD1.9 trilion akan diberi kepada rakyat Amerika Syarikat dalam pelbagai industri.
Ini bermakna semakin banyak wang USD akan berada dalam pasaran. Tidak hairanlah US Dollar semakin parah kebelakangan ini. Ramalan emas tahun 2021 dibuat berdasarkan pandangan bahawa semua wang “baru” ini akan melemahkan matawang US dan akan menyebabkan pelabur lari ke aset yang boleh memberikan pulangan lebih lumayan.
Nilai pegangan saham dalam US Dollar juga akan berkurangan disebabkan kejatuhan US Dollar. Logiknya pelabur akan mula mencari aset yang selamat seperti bon atau emas.
2. Kadar faedah yang rendah
Sejarah purata pulangan emas setahun adalah sekitar 3 hingga 5%. Dalam keadaan kadar faedah yang rendah seperti sekarang, simpanan bank tidak akan memberikan pulangan yang lumayan. Walaupun selamat, ia tidak dapat melawan inflasi dan secara langsung mengurangkan nilai wang yang disimpan.
Dengan kadar faedah yang rendah juga pinjaman dapat dibuat dengan harga yang lebih murah. Jadi, pelabur memiliki leverage yang rendah dan membuatkan harga aset semakin meningkat disebabkan oleh kadar membeli yang tinggi melalui pinjaman.
Leverage yang digunakan para pelabur ini akan menaikkan harga saham, rumah dan aset lain seperti yang dapat dilihat bermula pada bulan Mei 2020 di mana pasaran saham meningkat dengan mendadak. Aset lain seperti emas juga tidak ketinggalan di mana ia mencatatkan harga tertinggi dalam sejarah pada bulan Ogos 2020 sebanyak RM277 per gram.
3. Risiko inflasi
Seperti yang dibincang di atas, stimulus kewangan dan kadar faedah yang rendah akan menyebabkan risiko inflasi semakin tinggi. Pasaran modal mempunyai lebih banyak wang berbanding tahun biasa dan ini akan menyebabkan nilai wang itu sendiri jatuh. Aset tidak konvensional semakin mendapat perhatian seperti Bitcoin, tembaga, iridium dan Special Purpose Acquisition Vehicle (SPAC). Kenaikan aset-aset ini menandakan bahawa inflasi akan tiba dan pelabur berpusu-pusu untuk mencari jalan selamat dalam memelihara modal mereka.
4. Keadaan ekonomi masih teruk disebabkan COVID-19
Ekonomi masih lagi tidak stabil dan dijangka akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Kerajaan Malaysia sudah pun mengambil langkah pemerkasaan ekonomi melalui program PEMERKASA baru-baru ini.
Rakyat Malaysia masih lagi bergelut. Dijangka proses pemulihan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga tahun lagi di mana ekonomi boleh berjalan seperti sebelum pandemik COVID-19. Untuk masa sekarang, bagi yang mempunyai wang, terutamanya golongan M40 dan rakyat berusia atas 40 tahun, emas merupakan aset paling menarik untuk menyimpan nilai sementara krisis ini belum berakhir.
Nilai matawang Ringgit Malaysia juga tidak menentu dan polisi daripada kerajaan mungkin akan membuatkan Ringgit Malaysia jatuh.
Sudah tentu banyak faktor yang memainkan peranan dalam harga emas tetapi berdasarkan perkara yang disebut di atas, logik untuk meletakkan sasaran yang lain daripada biasa kerana situasi yang dialami ini bukan seperti tahun sebelumnya.
Mula Melabur Emas Dari Sekarang
Dalam keadaan ekonomi yang semakin pulih tahun 2021 ini, memulakan pelaburan emas adalah salah satu langkah bijak untuk anda memantapkan lagi ekonomi anda kini. Memandangkan ramalan harga emas akan kembali stabil dengan adanya vaksin dan ekonomi akan kembali pulih. Ini adalah masa terbaik untuk memulakan pelaburan emas.
Jika anda adalah seorang pelabur baru dan ingin membuat pelaburan jangka panjang dan mempunyai modal yang tinggi, salah satu kaedah terbaik untuk anda mulakan pelaburan anda ialah dengan melabur emas secara fizikal, banyak cara yang boleh dilakukan dengan membeli dinar emas, bar emas atau barang perhiasan emas sebagai pelaburan. Dalam masa 5 ke 10 tahun, emas dijangka akan meningkat dan anda boleh memperolehi keuntungan apabila harganya naik.
Namun sekiranya anda adalah seorang pelabur yang inginkan pelaburan jangka masa pendek, tidak mahu memikirkan bagaimana untuk menyimpan emas fizikal anda, anda boleh mulakan pelaburan emas anda dengan memilih broker yang menawarkan kemudahan platform dan modal yang rendah untuk anda berdagang emas. Dengan kontrak emas (1/100 daripada saiz kontrak biasa), anda tidak memerlukan modal yang rendah iaitu serendah $50.
Baca Juga: Cara Terbaik Untuk Pelaburan Emas Dengan Bermodal Kecil Di Malaysia 2021
Perdagangan Emas Dalam Talian
Konsep perdagangan emas yang paling mudah di pasaran forex adalah memantau carta emas yang dipasangkan dengan dolar AS, iaitu XAU/USD. Sekiranya pelabur membuat spekulasi bahawa harga emas berbanding dolar AS akan naik, maka mereka membeli XAU / USD. Sebaliknya, jika pelabur meramalkan bahawa harga emas akan menurun, maka mereka akan menjual XAU / USD.
Unit yang digunakan dalam perdagangan emas dalam talian biasanya disebut “lot”, di mana 1 lot sama dengan 100 auns (3.11 kilogram) emas.
Sekiranya anda ingin membeli 1 lot emas fizikal dengan harga USD $ 1,730, nilai transaksi anda ialah USD$ 173,000. Nilai tukar semasa USD sama RM adalah 1:4.1, maka anda perlu menyediakan modal sebanyak 720,000 ringgit untuk membeli 1 lot emas.
Skala modal ini sangat besar, bukan? Dan kebanyakan orang tidak mampu membelinya.
Namun dalam trading emas online, anda tidak perlu menyiapkan RM 720,000 untuk membeli 1 lot emas. kenapa?
Kerana dalam trading emas online, terdapat leverage dan ukuran kontrak. Sebagai contoh, Mitrade menyediakan leverage 1: 100. Sekiranya anda menggunakan leverage 1: 100 pada kedudukan $ 1,730 /auns, anda hanya perlu mendepositkan $17,3. Apabila anda menutup kedudukan anda pada $ 1750, keuntungan anda akan menjadi $ 20.
Walaupun dana terhad, anda boleh menggunakan alat leverage untuk membeli dan menjual emas dengan modal kecil, dan berpeluang dapat untung besar, dan bahkan memulakan perdagangan serendah 0,01 lot.
Sila perhatikan carta di bawah untuk perbandingan trading emas antara emas fizikal:
Perbezaan | Emas Online | Emas Fizikal |
Harga Beli | $1,730/troy ounce | $1,730/troy ounce |
Ukuran transaksi | 0.01 | 0.01 |
Leverage | 1:100 | 0 |
Modal yang diperlukan | $17.3 | $1,730 |
Harga Penutup Pesanan | $1750 | $1750 |
Keuntungan | $20 | $20 |
Peluangan atas pelaburan | 110% | 1.1% |
Dari perbandingan di atas, jelas terlihat bahwa perdagangan emas online terdapat banyak kelebihan dibandingkan dengan emas fisik, bukan? Antaranya ialah :
● Anti Kerumitan
Tiada masalah untuk menyimpan emas, tidak perlu memikirkan tentang risiko kecurian atau kehilangan, tidak perlukan kos tambahan seperti kos pengurusan, kos transaksi, kos duti stamp. Anda boleh mulakan dengan modal yang rendah dan memperolehi keuntungan dengan cepat.
● Mudah dan Menguntungkan
Mudah untuk melakukan transaksi pada bila-bila masa sahaja sama ada untuk mendepositkan wang atau mengeluarkan wang anda. Segalanya diatas talian sahaja. Anda boleh memperolehi keuntungan dalam dua cara sama ada waktu emas sedang naik ataupun sedang turun.
● Sistem Real-Time
Dagangan anda akan dilakukan di platform secara atas talian dimana perdagangan tersebut berlaku secara masa sebenar. Anda hanya perlu memantau dengan rapi dagangan anda.
● Mulakan Dengan Modal Kecil
Modal yang digunakan juga kecil dan risiko kerugian juga kecil. Dengan $ 50 anda sudah boleh memulakan dagangan anda.
● Kemudahan Auto Buy – Auto Sell
Dalam Platform Mitrade, anda boleh menetapkan pembelian dan penjualan secara automatik, mengehadkan kerugian dan keuntungan.
Nota Penting:
Anda sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal. Leverage ibarat pedang bermata dua. Selain berpeluang dapatkan keuntungan besar, dan jika arah perdagangan salah maka ia akan memberi kerugian besar juga.
Bagaimana untuk memulakan perdagangan emas di Mitrade?
Step 1# Pendaftaran Atas Talian yang Pantas
Gunakan e-mel untuk mendaftar dan selesaikan penilaian risiko. Anda juga boleh menggunakan akaun Google dan Facebook untuk log masuk dengan satu akaun.
Step 2# Lengkapkan Pengesahan Identiti
Isikan maklumat yang diperlukan untuk pengesahan identiti dan tunggu semakan pembukaan akaun, kira-kira 1-2 jam(Maklumat anda dilindungi oleh klausa kerahsiaan).
Step 3# Deposit Akaun Untuk Berdagang
Pelbagai kaedah untuk deposit termasuk kad kredit, transfer bank, dll. Mitrade tidak mengenakan bayaran untuk pengendalian.
Step 4# Mula Berdagang Emas
Setelah deposit diisi, sudah tiba masanya anda membuka kedudukan. Mulakan dengan menyesuaikan ukuran kedudukan, memanfaatkan, kemudian buka posisi panjang atau pendek mengikut analisis pasaran anda. Seperti yang disebutkan di atas, Anda juga dapat menetapkan perintah perlindungan untuk meminimumkan risiko, yaitu stop loss dan trailing stop loss.
Step 5# Menutup Pesanan
Setelah memerhatikan pergerakan harga dan carta yang menunjukkan kedudukan anda menguntungkan, jangan ragu untuk menutup kedudukan dengan segera. Begitu juga, apabila ramalan anda tidak sesuai dengan jangkaan, segera tutup kedudukan agar kerugian tidak terlalu besar.
Mengapa Mitrade? Adakah Ia Selamat?
Kenapa saya cadangkan Mitrade? Mitrade adalah broker online yang terkemuka di Australia dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), Selain itu Mitrade juga telahpun berhasil memperolehi lesen nombor dibawah Cayman iaitu lesen lengkap Perniagaan Sekuriti Pelaburan yang bernombor rujukan 1612446.
Di Mitrade anda boleh mahirkan diri dahulu dengan memulakan akaun demo untuk membiasakan diri dengan platformnya kemudian setelah anda mahir anda boleh terus mulakan dagangan anda dengan akaun dan modal duit sebenar. Mitrade juga menawarkan perlindungan baki negatif dimana modal anda akan dilindungi dan kerugian anda tidak akan melebihi modal awal anda.
Kesimpulan Ramalan Harga Emas
Ringkasnya, dalam persekitaran ekonomi global yang kompleks, minat para pelabur untuk emas tidak surut. Dengan kadar faedah rendah dan persekitaran berisiko tinggi dijangka akan terus memberikan persekitaran yang baik untuk pasaran emas antarabangsa. Dari perspektif jangka Panjang pula, di bawah latar belakang kecairan global tetap longgar, dolar yang lemah di masa depan dan penghindaran risiko akan menaikkan harga emas secara terus, dan emas masih mempunyai nilai peruntukan dalam jangka sederhana dan panjang.
Walau bagaimanapun, pelabur masih perlu memerhatikan kejutan jangka pendek yang disebabkan oleh pelepasan kemajuan positif dalam pengembangan vaksin dan ketidakseimbangan petunjuk kekuatan relatif, dan turun naik jangka pendek lebih sesuai untuk perdagangan CFD.